Fakta dan mitos mengenai WD-40®

Wednesday, July 12, 2017

11 comments
Fakta dan mitos mengenai WD-40®  |  Tidak mustahil jika dikatakan bahawa setiap garaj atau rumah memiliki  satu tin biru WD-40. Malah sampai ada yang berkata produk itu lebih popular dari sebuah i-Pod. Untuk yang tidak tahu, Norm Larsen, pengasas syarikat Rocket Chemical Company, dianggap sebagai pengasas sebenar WD-40.  

Fact dan mitos mengenai WD-40®
Fact dan mitos mengenai WD-40®
Pada tahun 1953, dengan hanya tiga kakitangan sahaja, Rocket Chemical dilihat  sebagai sebuah syarikat yang baharu bertapak sewaktu  ia cuba menghasilkan produk pelarut  antikarat dan  penyahgris untuk industri aeroangakasa. Ujian yang ke-40 yang berlaku  di dalam sebuah makmal kecil di San Diego, California, USA akhirnya membuahkan hasil. Kerana itu ia diberikan nama WD-40, bersempena produk Water Displacement (Sesaran Air) yang disempurnakan selepas percubaan yang ke-40.  

Produk itu pada mulanya digunakan oleh Convair, sebuah kontraktor aeroangkasa. Convair menggunakan WD-40 untuk melindungi lapisan luar sebuah peluru berpandu Atlas dari karat dan kakisan. Kemudiannya, Larson membuat satu versi WD-40 di dalam bentuk tin penyembur aerosol dan dilancarkan di San Diego dalam tahun 1958. Kini selepas 60 tahun dicipta dan lebih 2,000 jenis penggunaan yang telah dijumpai, WD-40 terus mendapat sambutan dan dianggap sebagai satu produk yang perlu ada bagi setiap rumah.  

WD-40 terus popular dan semakin lama semakin banyak kisah-kisah menarik mengenainya yang tersebar di serata dunia. Ada yang menarik hati dan dianggap sudah mencapai status mitos dunia. Di bawah ini adalah di antaranya.  


Mitos : Formula rahsia WD-40 bukan lagi rahsia 
Fakta : Selepas 60 tahun, isi kandungan produk WD-40 masih dianggap rahsia industri. Segala tuduhan bahawa formula WD-40 bukan satu rahsia adalah tidak benar.        



Mitos : WD-40 mengandungi minyak ikan 
Fakta : Ramai pelanggan berkongsi pengalaman mereka menangkap ikan terbesar di dalam sejarah memancing mereka selepas menggunakan WD-40 untuk melindungi mata kail dan umpan mereka.  Mungkin kerana itu, mereka beranggapan WD-40 mengandungi kandungan minyak ikan yang dapat menarik perhatian ikan. 

Ia langsung tidak benar sama sekali!!

Apapun, WD-40 memang boleh digunakan untuk melindungi peralatan memancing daripada berkarat tetapi pihak syarikat tidak menggalakkan ia digunakan sebagai umpan ikan.   



Mitos : Produk pelbagai guna WD-40 sebenarnya bukan pelincir 
Fakta : Walaupun WD-40 bermaksud produk sesaran air, ia sebenarnya mengandungi campuran istimewa pelbagai pelincir. Formula WD-40 juga mengandungi agen antikarat, bahan  untuk penetrasi,  sesaran air dan penyingkir tanah.   



Mitos : Produk Pelbagai Guna WD-40 tidak boleh digunakan untuk rantai basikal 
Fakta : Walaupun WD-40 bukanlah gris, antara kandungannya ialah minyak pelincir yang kuat. Ia adalah produk yang sangat baik untuk penjagaan basikal dan ia mengelakkan  kotoran dan lembapan daripada melekat di  permukaan komponen besi.   


Oleh kerana itu, anda boleh gunakan WD-40 pada basikal anda tetapi pastikan anda lap keluar lebihan semburan WD-40 sebelum anda mengayuh basikal.   



Mitos : WD-40 ialah penawar untuk arthritis! 
Fakta : Tidak benar langsung dan syarikat WD-40 tidak menggalakkan penggunaan WD-40 untuk tujuan perubatan. Tiada  sebarang informasi atau alasan  tentang bagaimana ia mampu menjadi penawar yang efektif untuk arthritis. Produk ini mengandungi bahan sulingan petroleum dan perlu digunakan dengan cermat, sama seperti produk-prduk lain yang mengandungi bahan yang sama.  

Untuk mengetahui lebih lanjut akan produk WD-40 ini dan juga pelbagai penggunaannya serta video-video demonstrasi penggunaan WD-40, layari  www.wd40.asia hari ini!


Read More

Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky

22 comments
Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky  |  Assalamualaikum wbt.. Hai korang! Pagi ni bertungkus-lumus langsaikan syarat-syarat untuk satu giveaway ni.. Hehe.. Giveaway apa tu? Haaa giveaway anjuran Blogger Opzzpinky and friends "Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky"... Rayakan sebulan, jadinya haruslah ada lagi giveaway duit raya... Memandangkan giveaway ni ramai sponsor, so banyaklah yang kene follow.. Kirenya bertungkus-lumus la sikit untuk tepati syarat yang ditetapkan.. Alhamdulillah, semua dah settle.. 

Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky
Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky
Banner pun comel jerk.. Hiks.. Okeh, kalau korang nak join boleh klik banner kat atas ni ye.. Seramai 23 orang pemenang yang dicari untuk diberikan duit raya.. Manelah tahu ada rezeki menang duit rayakan.. Disamping support member-member yang buat giveaway dapat jugak tambah kenalan yang mana belum follow tu.. Jom korang join ramai-ramai.. 


Tarikh Tamat
22 Julai 2017


Read More

Koleksi Novel Yang Belum Dibaca

16 comments
Koleksi Novel Yang Belum Dibaca  |  Rasanya ramai dah tahu kot aku ni memang 'hantu buku'... Aku memang suka baca buku dan suka membeli dan mengumpul koleksi buku.. Bila dah jadi koleksi aku, memang sayang sangat nak jual.. Kebanyakan orang, bila dah baca akan dijual sebagai preloved book.. Kengkadang ada rasa nak jual sebab kabinet buku dah penuh, tapi bila difikirkan balik sayang la pulak.. Hehe.. Mungkin akan datang kot kalau dah tak tertampung ruang untuk simpan, aku akan jual separuh darinya... Huhu...Terdapat banyak lagi sebenarnya koleksi novel yang belum dibaca oleh aku kat rumah nunnn.. Entah bila boleh aku habiskan semuanya... Ada novel yang aku pinjam dari kawan dan ada novel yang dah lama aku beli tapi buat pekasam.. Ahakz..

Koleksi Novel Yang Belum Dibaca
Koleksi Novel Yang Belum Dibaca
Baca Juga :-

Tu dia bersusun novel yang belum aku baca... Yang novel seram tu, aku tangguhkan dulu baca sebab rasa macam tak berapa nak sesuai aku baca sekarang.. Haha.. Boleh terima tak alasan tu?? Koleksi Sunan - Ramlee Awang Murshid tu aku pinjam dari kawan aku.. Peminat tegar karya Ramlee Awang Murshid, si Yatt.. Lama dah aku pinjam, dia pun hangin dah dengan aku.. Haha..!! Yelah, novel kesayangan dia kan.. Aku pulak lambat hantar balik.. Seb baik aku ni BFF dia, tak dapat lah dia nak marah-marah.. Ekeke... Insyaallah aku akan usahakan baca secepat mungkin...

Mungkin koleksi novel yang belum dibaca aku ni akan bertambah nanti... KIta tunggu dan lihat nanti ye.. Novel ape akan aku tambah dan peram nanti.. kehkehkeh!! Buat masa ni aku nak habiskan novel The Greatest Of Destiny! dulu... Kemudian baru koleksi sunan tu kot.. Oh ye, semalam dok up gambar koleksi ni dekat IG dan dok berbalas komen dengan kengkawan.. Pastu, adalah sorang kawan blogger ni komen tanye dah baca ke buku The Unsung Hero by Melur Jelita... Memang belum la... Jadinya, dia nak hadiahkan buat aku novel tersebut.. Allahuakbar.. Terkejut aku.. Rezeki datang tanpa didugakan.. 


Thankz to Blogger Siqah (Haqisfila) coz sudi hadiahkan novel The Unsung Hero pada Lea... :) Memang tak sangka betul dapat hadiah novel.. Thankz tau.. Moga Siqah sentiasa dilimpahkan dan dimurahkan rezeki yang halal olehNYA... Amiin YRA... 



Read More

Green Dinosaur Dari Juice Works Untuk Mereka Yang Tak Suka Sayur!

Tuesday, July 11, 2017

8 comments
Green Dinosaur Dari Juice Works Untuk Mereka Yang Tak Suka Sayur!  |  "Habiskan sayur-sayuran itu atau nanti tidak dapat pencuci mulut!". Ibu anda mungkin menggoda anda sebegini apabila anda masih kecil. Apabila anda semakin tua, anda mungkin pernah menggunakannya sebagai motivasi untuk mengambil makanan hijau anda setiap hari. Jika anda seorang ibu atau ayah sekarang, anda mungkin menggunakan helah yang sama pada anak-anak anda.  Kami tahu sayur-sayuran hijau bukanlah makanan kegemaran untuk setiap orang. Tetapi selalu ia mempunyai lebih daripada satu cara untuk mendapatkan nutrien yang luar biasa dari sayuran berdaun itu. Mengapa anda perlu memaksa diri anda jika anda tidak suka memakannya? Jadi, apa patut anda lakukan untuk mendapatkan nutrisi dari sayuran? Cuba dengan cara meminumnya! Sedap ke?

Green Dinosaur Dari Juice Works Untuk Mereka Yang Tak Suka Sayur!
Green Dinosaur Dari Juice Works Untuk Mereka Yang Tak Suka Sayur!
Terdapat begitu banyak kombinasi yang hebat dan rasa yang didapati di kiosk Juice Works yang boleh membuat anda berfikir semula mengenai hubungan anda dengan sayur-sayuran.  Khususnya untuk bulan Julai - dengan musim lychee yang lebat ini – Juice Works ingin memperkenalkan kepada anda minuman kami yang lazat, Green Dinosaur! Mengapa dinosaur? Kerana ia terdiri daripada banyak kebaikan yang terlalu lazat untuk ditolak!  

Apa yang terkandung didalamnya?

Ia mengandungi bayam, biji chia, kapur, laici (tentu saja!), jus tropika dan ais krim vanila rendah lemak - semuanya dicampur dengan sorbet untuk faktor penyejuk tambahan.  



Warna hijau semulajadi yang menakjubkan dari minuman ini berasal dari bayam, yang dikenali sebagai salah satu sayuran terbaik untuk dimakan dan ia telah disenaraikan sebagai Superfood oleh sesetengah ahli nutrisi.

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Popeye the Sailor begitu suka bayam? Ia adalah kerana sayur-sayuran berdaun ini kaya dengan larut air dan vitamin larut lemak, pelbagai fitonutrien, dan banyak klorofil. Ia juga adalah sumber mineral magnesium dan besi, vitamin B2, B6, K dan E, dan folat. Ia mempunyai kalsium, kalium, Vitamin A, mangan, dan juga tembaga!  



Sebagai tambahan untuk kewangian, ia di tambahkan dengan laici untuk keharuman, kemanisan dan airnya! Rasa keenakkan laici - ya, ia sangat baik dan ia juga adalah makanan kegemaran legenda imperial Yang Guifei, salah satu Empat Gadis Tercantik dari Cina Kuno - buah kecil ini penuh dengan kebaikan. Ia kaya dengan Vitamin C antioksidan, dan dikenali sebagai salah satu buah dengan kepekatan polifenol tertinggi di kalangan buah-buahan - termasuk rutin, yang merupakan bioflavonoid yang dikenali untuk menguatkan saluran darah. Ia juga mempunyai quercetin, antioksidan yang kuat dengan sifat anti-radang, serta kaempferol yang dikenali untuk manfaat kanser dan manfaat jantungnya.  

Oleh itu, jangan menyeksa diri anda dengan pinggan sayur-sayuran lagi. Dapatkan cawan anda, Green Dinasour hari ini!  

Green Dinosaur boleh didapati di dalam tiga jenis saiz iaitu :- 
Junior (250mL) - RM8.95; 
Midi (450mL) - RM9.95; 
Power (650mL) - RM10.95.  


Sedikit Info tentang Anti-Oksidan
Tidak pasti apa itu anti-oksidan? Jangan risau. Secara ringkasnya, ia adalah sumber pertahanan yang diberikan oleh alam semula jadi untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit. Mereka juga boleh membantu melambatkan proses penuaan.

Untuk keterangan lanjut, sila layari :-

Laman web


Read More