Datuk Jamal Abdillah Sah Bernikah Lagi

Wednesday, May 24, 2017

11 comments
Datuk Jamal Abdillah Sah Bernikah Lagi  |  Terkujat mak tengok berita dekat Metro Online pagi ni dengan tajuk "Ya, saya sudah bernikah".... Alhamdulillah, penyanyi Datuk Jamal Abdillah sah bernikah lagi... Menurut Metro Online pagi ni, beliau mengakhiri zaman dudanya dengan seorang gadis berusia 23 tahun berasal dari Kulim, Kedah.. Tahniah buat Datuk Jamal Abdillah.. Semoga bahagia dan kekal hingga jannah.. 

Jamal Abdillah Berkahwin Lagi
sumber foto : Metro Online

Aku and family memang meminati Raja Pop Malaysia ni.... Dulu-dulu time aku bebujang dulu selalu lah pergi nonton konsert beliau.... Setiap kali pergi konsert beliau, memang tak kan kecewa dengan persembahan yang diberikan olehnye.. Powerrr ohh suara dia.. Tu belum dia Azan lagi.. Meremang bulu roma dengar... 

Pape pun aku doakan, semoga perkahwinan kali ni adalah perkahwinan beliau yang paling bahagia dan kekal hingga jannah... Amiin.. :)

Artikel dari Metro Online - sumber : Metro Online


Read More

Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan

13 comments
Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan  |  Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.. Dah bersediakah korang untuk menghadapi Ramadhan tahun ni? Atau ada yang dah terbayang-bayang suasana beraya di kampung sekarang ni? Hiks.. Bersempena bulan Ramadhan yang akan tiba nanti, Lazada Malaysia tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama meraikannya dengan mengadakan jualan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya bermula 19 Mei 2017 sehinggalah 30 Jun 2017 dengan tawaran diskaun sehingga 90%... Banyak tu uolls.. Rugi kalau tak guna kesempatan yang ada ni untuk borong apa yang patut untuk persediaan Ramadhan dan Hari Raya nanti..


Kemahennn teruja aku bila Lazada Malaysia buat sale sempena Ramadhan ni.. Aku dah usha-usha barang yang best-best untuk dibeli.. Siap buat wishlist lagik.. Haha!!

Bukan setakat jualan Ramadhan, Lazada Malaysia juga meraikan para blogger dengan menganjurkan Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest yang berlangsung bermula 19 Mei sehingga 23 Jun 2017 ini dengan tema yang berbeza setiap minggu.. Wahhh memang teruja sangat aku nak  join contest ni... Kalau boleh setiap minggu nak join hokeh!!

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Contest kali ni akan berlangsung selama 4 minggu dengan topik yang berbeza setiap minggu.... Setiap blogger boleh sertai lebih dari 1 penyertaan.. Ini bermakna peluang untuk menang memang cerah.. Hehe.. Semakin ramai blogger yang menyertainya, semakin banyaklah hadiah yang akan disediakan nanti... So, korang-korang semua yang bergelar blogger, moh le kite pakat join ramai-ramai ye.. Hadiah mingguan pun disediakan tau untuk 3 orang blogger bertuah bagi setiap minggu.. Memang terbaikk!!

Orite, jom ikut aku join untuk minggu pertama ni.. Apakah tema untuk minggu ni??

Minggu Pertama
Tema : DELICIOUS RAMADHAN
Tarikh : 19 Mei 2017 - 01 Jun 2017

Biasa kalau bulan Ramadhan, juadah yang agak istimewa yang biasa aku buat setiap tahun adalah Roti Jala dan Kari Ayam.. Kalau nak buat Roti Jala dan Kari Ayam ni haruss kena tunggu hari cuti.. Kalau hari bekerja memang akan kelam kabut... So, lebih baik tunggu hari cuti baru buat sesuatu yang istimewa untuk juadah berbuka.. Ok, tak yah nak bebel panjang sangat, jom tengok resepi Roti Jala Lembut & Sedap beserta Kari Ayam yang biasa aku gunakan...

Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan


Roti Jala Lembut & Sedap

Bahan-bahan :-
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air (dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara Penyediaan :-
  • Blend semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dengan menggunakan Tefal Blender Blendforce Triplax.. Kalau nak tahu adunan sudah boleh dijala atau tidak, cuba masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan... Jika aduanan tersebut keluarnya tidak putus-putus, maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non stick Tefal Super Cook Frypan.. Kalau pekat, boleh tambah air lagi sehingga boleh dijala...
  • Selepas dijala di atas kuali, biarkan dalam beberapa saat.. Kalau dah masak tak perlu dibalik, terus aje diangkat dan digulung..
  • Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kari ayam.. 



Kari Ayam

Bahan-bahan :-
350gm bahagian isi ayam (potong kecil)
1 sudu kecil cili giling
2 biji kentang (potong dadu)
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
3 cawan air
1 inci asam gelugur
1 sudu kerisik
1/2 cawan santan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :-
5 ulas bawang merah
1/2 inci lengkuas
1 inci halia

Cara Penyediaan :-

  • Tumis bahan kisar hingga beraroma bersama daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga... Masukkan bancuhan serbuk kari + cili giling. Tumis hingga pecah minyak..
  • Selepas dah pecah minyak, masukkan kentang dan ayam.. Kacau rata.
  • Masukkan air dan renehkan sehingga kentang empuk..
  • Kemudian, masukkan santan, asam gelugur, kiub ayam Knorr, kerisik, garam dan gula.. Renehkan lagi..
  • Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan roti jala.. 


Ni lah resepi yang selalu aku guna untuk buat roti jala dan kari ayam.... Setiap tahun pasti aku akan buat roti jala... Dulu-dulu biasa buat roti jala, guna kuali biasa aje.. Bila buat asyik dok lekat aje kat kuali, terus aje beli kuali non stick... Aku lebih suka guna jenama Tefal.. Sebab tu la blender dan kuali non stick aku dari brand Tefal.. Proses penyediaan Roti Jala pun jadi lebih mudah bila aku menggunakan barangan seperti Tefal Blender Blendforce Triplax dan Tefal Super Cook Fryfan ni.. Aku beli barangan Tefal ni dulu kat Lazada Malaysia.. Sekarang ada diskaun tau untuk 2 barang ni... Jom kita terjah..





Kalau korang nak dapatkan barangan kat atas ni, boleh klik aje link bawah gambar tu ye.. Dah alang-alang beli barangan Tefal tu, beli la terus bahan-bahan untuk buat kari ayam tu kan.. Korang juga boleh dapatkan Serbuk Kari Ayam dan Daging Adabi dan juga Kiub Pati Ayam Knorr di Lazada Malaysia tau.. 



Kat Lazada Malaysia apa yang tak de kan.. Sekecil-kecil barang pun ada dijual.. Tu yang bestnya Lazada Malaysia ni.. Kalau korang rasa nak shopping sakan sempena Ramadhan ni, bolehlah terjah laman web Lazada Malaysia sekarang untuk menikmati diskaun hebat sehingga 90% bermula dari tarikh 19 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017 ini... Jangan lepaskan peluang ni tau.. 

Jadi apa tunggu lagi tu?? Jom pakat serbu LAZADA MALAYSIA sekarang!!!


Read More

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul

6 comments
Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul  |  Ramai betul blogger tengah buat giveaway SGShop ni.... Bab-bab shopping ni haruslah kena join kalau ada yang buat giveaway.. Sebab ada barang yang nak dibeli di SGShop Malaysia sebenarnya... Kalau menang, tak payah dah aku susah-susah keluarkan duit untuk dapatkan barang yang aku nak tu kan.... Hehe.. Kali ni, aku join pulak giveaway by blogger Lokman Amirul ni.. 

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul
Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul
Klik banner untuk join

Aku dah selamat daftar akaun di SGShop Malaysia dengan menggunakan username : LeaAzleeya.... So, dengan lafaz bismillah aku menjoinkan diri dalam giveaway ni.. hehe...

Hadiah untuk pemenang giveaway ni adalah shopping credit bernilai RM 100 untuk 10 orang pemenang.. Andai kata ada rezeki aku untuk menang ni, harusss aku beli kabinet baju untuk baby baru aku nanti.. Hajat hati nak letak kat umah mak aku.. Senang time pantang nanti.. Aku dah siap usha dah kat SGShop kabinet tu.. Nak tengok tak camne gayenye?? Meh aku tunjuk..


Banyak lagi sebenarnya pilihan.. Tapi aku tertarik yang ni sebab warna putih dan cam comel jerk gambar-gambar yang ada depan pintu kabinet tu.. 

Orite, kalau korang berhajat jugak nak shopping free di SGShop Malaysia, bolehla join giveaway  ni.. Kot-kot rezeki menyebelahi kitakan.. Leh la shopping kabinet comel ni..


Tarikh Tutup
31 Mei 2017


Read More

Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2017

Tuesday, May 23, 2017

10 comments
Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2017  |  Korang dah isi ke borang Waktu Peringkat (WP) bagi bulan puasa ni? Aku baru jerk isi tadi... Aku pilih waktu kebiasaaan aku datang kerja iaitu WP5 - 8.00 pagi hingga 4.30 petang... Balik Awal setengah jam.. Seperti tahun-tahun yang lalu juga.. 

Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2017
Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2017

Surat pekeliling bagi tahun  ni tak dikeluarkan sebenarnya tapi Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2016 - Tambahan Waktu Peringkat (WP) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadhan digunapakai untuk tahun 2017... Jadual waktu bekerja di bulan Ramadhan dikeluarkan mengikut negeri ye... Jom check..

Jadual 1

 Jadual 2

 Jadual 3

 Jadual 4


Read More