Deluxe Nail Clipper With Magnifier Dari Lunavie

Wednesday, April 26, 2017

15 comments
Deluxe Nail Clipper With Magnifier Dari Lunavie  |  Wohaa!! Korang pernah potong kuku baby korang sampai berdarah-darah? Sebab tak nampak dan jari dorang terlalu kecil.. Aku pernah oh!! Sampai berdarah jari si Qhaliff aku kerjakan sebab tak nampak punya pasal.. Mane tak nya time tu dia tengah baby lagi, jari kecil sangat.. Main radah jerk potong.. Kalau tak potong, nanti panjang berjela pulak.. Lepas kejadian tu, aku jadi takut nak potong kuku dia.. Trauma sekejap.. Sampaikan aku suruh orang lain tolong potongkan.. Hehe.. Sekarang ni aku dah tak yah risau lagi sebab aku dah berjumpa dengan kepit kuku ajaib.. Deluxe Nail Clipper With Magnifier dari Lunavie... Serius ajaib sebab banyak kelebihannya kepit kuku ni.. Jom aku cerita...

Deluxe Nail Clipper With Magnifier Dari Lunavie
Deluxe Nail Clipper With Magnifier Dari Lunavie

Haaa ni la rupa kepit kuku tu... Comelkan... Kepit kuku ni memang kecil bilahnya.. Khas untuk baby... Firstime aku tengok kepit kuku ni, agak rasa pelik jugak.. Dah kenapa ada bende alah dekat depan tu.. Untuk apa sebenarnya.. Apa fungsinye.. Lepas aku belek-belek dan siasat, rupanya itu adalah kanta pembesar... Terus teruja badak aku.. Pertama kali tau dapat kepit kuku comel camni... Terima kasih Lunavie kerana hadiahkan Deluxe Nail Clipper With Magnifier yang comel ni.. Lepas ni, aku dah tak takut lagi nak nak potong kuku baby baru aku nanti... Dah ada kanta pembesar kat depan tu.. Mudah kerja aku.. Untuk Qhaliff pun aku boleh guna.. Silap-silap kuku aku pun aku guna kepit kuku ni.. Hahaha..Ngade-ngade kann!! Ok, jom tengok apa kelebihan kepit kuku ni..

Kanta pembesar

Nampak tu, siap ada kanta pembesar lagi bagi memudahkan mommies memotong kuku baby mereka dengan selamat.. Tak payah nak kecik-kecikkan bijik mata dah nak potong kuku anak.. Terus teropong dekat kanta pembesar tu jerk.. Jelasss nampak kuku anak yang comel tu.. Pemotongan pun lancar aje.. Memang terbaik..

Kanta Pembesar boleh laras

Ok, kalau korang nak tahu kanta pembesar tu boleh laras hokeh!! Bukan statik aje macam tu.. Tengok gambar kat atas tu, boleh laras sampai 3 step... Hebat kan...

Kanta Pembesar boleh ditanggalkan

Kalau korang rasa mata korang jelas dan tak perlu kanta pembesar masa nak potong kuku baby, nahhh korang boleh tanggalkan aje kanta pembesar tu.. Sangat senang.. Tak pun lepas guna korang nak cuci kepit kuku ni, korang boleh la tanggalkan kantanya.. Pastu baru cuci.. Kalau nak cuci tu lebih elok guna mild soap and water after each use.. Cewahhh speaking london pulak aku.. Haha!!

Pemegang disalut getah

Korang nampak yang warna hijau turqoise tu.. Haa tu material dia getah ye.. Bila ketip kuku, getah tu dah grip jari aku.. So, tak de la terlepas ketip kuku tu time potong kuku baby.. 

Banyakkan kelebihan Deluxe Nail Clipper With Magnifier dari Lunavie ni... Rekaciptanya memang superb.. Menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang ibu untuk memotong kuku anak mereka.. So, sangat recommended buat ibubapa yang ada baby.. Untuk baby baru aku nanti, aku dah ada Deluxe Nail Clipper With Magnifier ni.. Jadi, dah tak perlu runsing dalam bab potong kuku anak nanti.. Alhamdulillah.. Hiks...

Sebelum try dekat baby baru tu nanti, jom kite try kepit kuku Qhaliff dulu.. Ahakz..!!


Tengok tu, jelas terbentang kuku si Qhaliff.. Ni dalam gambar mungkin tak clear sangat.. Kalau kat luar memang jelas dan saiz kuku jadi lebih besar.. Dengan lancarnya aku ketip kuku dia.. Qhaliff pun pelik-pelik jerk tengok ketip kuku baru ni.. Hehe..

Okehlah, kalau korang nak tahu Deluxe Nail Clipper With Magnifier terdapat dalam 2 warna... Warna hijau turqoise cam yang aku ni dan satu lagi warna pink... Harganya sangatlah murah, bak kata orang harga berpatutan dan berbaloi-baloi kalau beli sebab sangat memudahkan kerja memotong kuku baby dengan selamat dan jayanye.. hiks.. Nak tahu berapa harganya??

Harganya hanya RM 17.90 sahaja!!



Features :-

  • Carefully designed to cut your baby nails safely
  • Our newly developed magnifier can let you see baby nails clearer while trimming
  • Keeping nails shorter helps avoid scratches
  • Blades are child sized and curved for safer trimming
  • Fold-away magnifier
  • Wash with mild soap and water after each use


Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Website 

Facebook

Instagram



Read More

Giveaway by BCSB : Road To 100K View

14 comments
Giveaway by BCSB : Road To 100K View  |  Holaaa!! Yeahh nk join giveaway lagi petang ni... Korang dah join ke blom? Kalau belum jom lah ramai-ramai menjoinkan diri dalam Giveaway by BCSB : Road To 100K View ni anjuran Blogger Ana Suhana.. Hadiah menarik menanti korang tau.. Apa-apa pun aku nak up banner giveaway dulu..

Giveaway by BCSB : Road To 100K View
Giveaway by BCSB : Road To 100K View
KLIK BANNER KALAU NAK JOIN YE..

Giveaway ni sempena pencapaian pageview blog beliau mencecah 100K dan berlangsung selama sebulan.. 2 orang pemenang di cari untuk memenangi 2 hadiah menarik.. Nak tahu hadiah ape, korang p la skodeng sendiri yek kat blog Ana Suhana ni.. 

Ok, dengan lafaz Bismillah aku menjoinkan diri aku dalam giveaway ni.. Yeahh!!

Tarikh Tamat
26 Mei 2017


Read More

Currently Reading | 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail

9 comments
Currently Reading | 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail  |  Assalamualaikum wbt... Hi korang!! Yeahh selepas berhempas pulas menghabiskan novel RAM, kini aku beralih pulak ke buku islamiah... Baca buku ni kena jugak berselangseli dengan buku ilmu kan.. hehe.. Kali ni aku tertarik untuk baca buku 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail... Dengar ceramah dari Ustaz Elyas Ismail ni pun dah best, mesti buku karya beliau pun best kan... 'Best' yang aku maksudkan tu, apa yang disampaikannya sangat bermanfaat...

20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail
20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail

Aku start baca buku ni pada 18hb April 2017 yang lalu tapi masih belum habis kerana sejak kebelakangan ni banyak sangat masalah yang aku hadapi.. Agak tergendala pembacaan aku kali ni.. Harapnya aku dapat habiskan pembacaannya dengan lancar selepas ni.. Kalau baca sangkut-sangkut ni risau apa yang dibaca sebelumnya hilang begitu saja... Rugi la... 

Nanti dah habis baca baru aku buat review ye.. hehe.. 


Read More

Selera Desa Kembara Iftar Di AnCasa Royale Pekan, Pahang

Monday, April 24, 2017

31 comments
Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Royale Pekan, Pahang  | Terlalu cepat masa berlalu, tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan buat sekian kalinya.. Mudah-mudahan Ramadhan kali ni memberi lebih keberkatan kepada kita.. Bila sebut sahaja Ramadhan, mulalah teringatkan suasana berbuka puasa di kampung halaman bersama ahli keluarga dengan menu berbuka masakan kampung dari air tangan bonda tercinta.. Sungguh meriah dan menyeronokkan.. Tak sabar rasanya nak berpuasa kan.... hehe.. Ok, entry kali ni aku nak berkongsi dengan korang satu tempat menarik yang menyediakan buffet ramadhan  berkonsepkan  "Selera Desa Kembara Iftar Di Pekan, Pahang". 

Pada 19 April 2017 yang lalu, aku berpeluang merasai sendiri juadah berbuka puasa yang disediakan di Kembara Iftar di Pekan Pahang anjuran Ancasa Royale Hotel.. Ok, untuk kedatangan Ramadhan bagi tahun ini, AnCasa Royale Pekan menyajikan pelbagai variasi hidangan yang bakal membawa kita mengembara ke seluruh ceruk negeri Pahang di bawah satu bumbung... Jom kite tengok hidangan apa yang ada..

Selera Desa Kembara Iftar Di AnCasa Royale Pekan, Pahang
Selera Desa Kembara Iftar Di AnCasa Royale Pekan, Pahang

Melangkah saje masuk ke Saffron Brasserie, aku dihidangkan dengan sajian Makanan Tradisi Pahang iaitu Opor Daging, Ikan Patin Masak Tempoyak dan Sambal Hitam Pahang... Teruja dibuatnya... Hidangan yang menyelerakan.. Tak sabar nak menikmatinya...

Opor Daging

Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak

Sambal Hitam Pahang

Haaa inilah tiga jenis makanan tradisi orang-orang Pahang.. Kalau korang nak tahu, Opor Daging sangat popular di Bandar Diraja Pekan, Pahang... Ia merupakan resipi Diraja Pahang tau... Resipinya dihasilkan dengan menggunakan rempah ratus asli yang telah dipanggang dan dicampurkan dengan beberapa bahan lain yang dapat membangkitkan rasa yang sangat enak dan menyelerakan.. Manakala Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak pula terlebih femes di daerah Temerloh.. Kalau pergi Temerloh memang tak sah kalau tak pekene Ikan Patin Masak Tempoyak ni.. Sedapnya hingga menjilat jari tau... Hehe.. Populariti Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak ni sebenarnya tak perlu disangkal lagi kerana masakan dari Pahang ini mempunyai peminatnya yang tersendiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya penggemar-penggemar ikan sungai... Ok, Sambal Hitam pula merupakan pembuka selera yang sangat terkenal dan hanya boleh ditemui di sekitar daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub..  Ia merupakan makanan tradisi turun temurun yang hingga kini masih diingati..

Sajian dan juadah menarik ini sudah pastinya diilhamkan daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari dan masakan melayu iaitu gabungan hebat di antara Chef Hazlan Hamzah, Chef Syed Badrul Hisham, Chef Mohd Zamri dan juga pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman..

Menyediakan tempat makan yang selesa

Menu-menu yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini di AnCasa Royale Hotel pekan adalah secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.. Wahh banyak tu.. Boleh sawan kalau tak kuat iman uolls... Aku sendiri pun tak terpilih lauk yang hendak dirasa.. Terlalu banyak.. Semua sedap-sedap dan menyelerakan.. Jom tengok hidangan yang sempat aku rakamkan..


Kambing Panggang


Oleh kerana aku memilih untuk duduk di meja luar, makanya hidangan utama yang menjadi pilihan aku adalah Kambing Panggang... Kemain semangat pergi tadah pinggan dekat depan chef yang panggang kambing tu.. Hehe.. Aku suka hidangan ni.. Daging kambingnya lembut dan Black Pepper Sos nya pown superb sedap.. Katanya, Kambing panggang ni adalah hidangan utama sepanjang bulan puasa nanti.. Ini bermakna, hari-hari lah ada menu ni.. Memang terbaik.. Rugi kalau korang lepaskan peluang menikmati Kambing Panggang yang sedap ni..



Berjiran dengan Kambing Panggang adalah Roasted Chicken.. Aku juga tak ketinggalan untuk merasai keenakan ayam panggang  ni... Tak rasa rugi tau..!! Haha..


Nasi Mandy (Nasi Arab Kambing)
foto credit : www.seorangsyed.com

Oh, Nasi Arab Kambing ni kalau tak de dalam senarai menu buffet ramadhan memang tak sah... Nasi Arab Kambing atau lebih dikenali dengan nama Nasi Mandy ini dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk.. Kawan aku sempat rasa nasi arab ni.. Katanya boleh tahan sedapnya.. Terutama Ayam Berempah.. Memang terangkat.. hehe


Shell Out AnCasa Local

Chef yang menyediakan hidangan Shell Out yang sedap

Kawan aku ni tak sabar nak rasa Shell Out

Shell Out ni juga adalah hidangan utama di AnCasa Royale.. Pelbagai pilihan makanan laut yang ada.. Pilih saja yang mana korang nak makan dan Chef akan masakkan untuk korang.. Memang terbaik.. Masakannya pun sangat lah sedap.. Terlepas hajat aku nak makan Shell Out.. Alhamdulillah.. 


Satay Ayam & Daging

Steamboat dengan pilihan pelbagai sos

Bagi peminat satay dan steamboat, kat sini korang boleh nikmati Satay Ayam dan Daging dengan kuah kacang sepuas-puasnya.. Begitu juga bagi peminat Steamboat.. Pelbagai jenis sos yang dihidangkan memberi kelainan kepada hidangan ini.. 


Kueh Teow Goreng

Kueh Teow, Mee dan Bihun adalah hidangan yang disajikan secara bergilir-gilir.. Untuk kali ni, Kueh Teow Goreng yang dihidangkan.. Masakannya memang sedap.. Berselera aku makan.. Tu belum cuba Mee dan bihun lagi.. Pasti lagi sedap.. 


Roti John AnCasa

Haa korang ingat pasar malam jerk jual roti john.. Kat AnCasa pun ada dihidangkan roti john tau.. Tapi Roti John AnCasa ni special sikit.. Banyak bahan-bahan yang diisi dalamnya.. Tengok la tu sampai terkeluar sayur mayur... Rasanya pown sedap...

Habis dah hidangan dibahagian luar... Kita masuk bahagian dalam pula untuk melihat hidangan apa yang disajikan... 

Daging Salai Masal Lomak Cili Api

Ketam Bercili

Ini adalah antara masakan kampung yang ada.. Daging salai masak lemak cili api, ketam bercili dan ada beberapa lagi masakan kampung yang tak sempat aku nak snap gambar... Kalau korang lebih menggemari nasi putih berlaukkan masakan kampung, korang boleh cuba Daging Salai Masak Lemak Cili api ni.. Aku dah cuba dan memang sedap melatop.. 


Lasagna

Salah satu masakan ala barat yang dihidangkan di AnCasa Royale Hotel iaitu Lasagna.. Pertama kali aku rasa Lasagna hokeh!! Selalunya aku tengok je orang makan tanpa rasa nak mencuba.. Tapi kali ni aku sendiri merasakan kelazatan Lasagna di AnCasa Royale ni.. Not bad!! Sedap dan cheese nya menikam kalbu.. Haha!!


Pelbagai Ulam-Ulaman

Kalau dah sebut masakan kampung ni, memang tak terlepas dari hidangan yang berasaskan ulam-ulaman kan... Di AnCasa Royale menyedikan pelbagai jenis kerabu yang boleh dinikmati.. Macam aku sendiri memang peminat kerabu.. Bila tengok pelbagai jenis kerabu yang dihidangkan, aku jadi rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu.. Lastnya, aku ambil semua jenis dalam kuantiti sedikit untuk dirasai kesedapannya.. Ternyata semuanya sedap dan setanding dengan hiasannya.. Aku suka.. 

Yang dalam bekas petak-petak tu ikan masin dan telur masin ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian... Kemain lagi plating dia.. Sampai aku pun tak perasan tu ikan masin.. Hehe.. Ikan masin dan telur masin ni boleh dijadikan sebagai penambah rasa hidangan kita..


Pelbagai jenis Sambal

Tengok sambal-sambal yang ada ni pun dah rasa berselera makan nasi.. Ada sambal hitam, sambal mangga, sambal tempoyak, sambal cencalok, budu dan pelbagai lagi... Kalau dah ada sambal-sambal ni, aku rasa 2, 3 pinggan nasi pun boleh habis ni.. Bila ada sambal selera dia lain macam sikit.. hehe..


Gerai-gerai comel di AnCasa Royale
foto credit : www.seorangsyed.com

Konsep gerai jualan pun ada di AnCasa Royale.. Ini menampakkan lagi keunikan yang ada di sana semasa beriftar di AnCasa.. Antara juadah yang disediakan di gerai-gerai yang agak comel ni bagi aku adalah Nasi Ayam Royale, Mee Udang dan Ais Kacang... Jika korang nak kan satu hidangan yang lengkap bolehlah memilih Nasi Ayam Royale sebagai juadah berbuka puasa.. Menu Mee Udang juga disediakan.. Korang mintak baru chef masakkan untuk korang.. So, hidangannya boleh dinikmati ketika masih panas.. Bila singgah di gerai Ais Kacang ni, sampai tak tahu nak cakap apa.. Terlalu banyak pilihan bahan-bahan untuk ais kacang.. Tak tahu nak pilih yang mana satu.. Rasa nak isi semua je.. Tapi terlalu banyak la pulak.. Haha.. Korang pun pasti teruja kalau berbuka di sini nanti....

Hidangan pencuci mulut pun tak kurang hebatnya tau.. Pelbagai pilihan ada... Jom tengok..

Chicken Ham Roll

Pelbagai jenis Jeruk

Pulut

Pengat Pisang

Bubur Lambuk

Pelbagai jenis Kuih Muih dan Manisan

Sampai sahaja bahagian kuih muih dan manisan ni, aku dah teruja dengan hiasan dan susun aturnye yang cantik dan menarik.. Kuih Muih dan Manisan di dalam sebuah sampan.. Hehe.. Comel jerk kan konsepnye... Kat sini ada disediakan pelbagai jenis kuih muih dan manisan.. Sampaikan aku terkedu melihatnya.. Banyak wehh!!


Haaa inilah chef yang bertanggungjawab menyediakan semua hidangan kuih muih dan manisan ni.. Hebatkan... Hiasan dan susun aturnye pun terbaik...

Manisan sebagai pencuci mulut

Puding Raja

Bagi penggemar manisan, AnCasa Royale menyajikan anda dengan Puding Raja.. Puding Raja pada asalnya merupakan hidangan istimewa santapan diraja.. Tetapi kini semua lapisan masyarakat boleh menikmatinya di mana-mana sahaja.. Bukan itu saja, malahan ada kuih-muih melayu seperti Lepat Pisang, Binka Ubi, Kuih Talam dan pelbagai lagi dihidangkan untuk tetamu..

Kuih Muih tradisional melayu




Dibahagian kuih muih dan manisan ni aku sempat rasa cheese tart dan chocholate cake sahaja... Perut dah terlalu penuh time tu.. Memang dah tak larat nak makan lagi.. Tapi kalau tak rasa, rugi pulak kan.. So, aku amek 2 jenis aje la.. Aku suka kek coklatnya.. Memang sedap sangat dan terasa moistnya... Aku ni memang penggemar kek coklat.. Pergi mana-mana mesti nak cuba kek coklat kalau ada..

Makan dah tapi minumnya belum.. Hehe.. Hampir terlupa aku nak up gambar minuman yang disediakan di AnCasa ni.. Meh ikut aku, kita tengok minuman apa yang ada..


Ini adalah antara minuman yang disediakan.. Paling rare air mango dan air kelapa.. Kedua-dua jenis air ni aku ambil.. Nampak tak kerakusan disitu.. Haha.. Mane taknye, airnya memang super ohsem sedap.. Terasa kelapanya dan terasa mangonya.. Hilang dahaga aku...

foto credit : foto credit : www.seorangsyed.com

Sesambil makan sesambil dengar muzik, baru bestkan.. Berbuka puasa di AnCasa Royale, anda akan dihiburkan dengan nyanyian yang akan didendangkan oleh artis jemputan AnCasa Royale... Baru semangat sikit nak habiskan hidangan kan.. Sambil makan sambil layan lagu.. Baru meriah suasana.. 

Di Kembara Iftar AnCasa Royale ini juga, aku berkesempatan bersua muka dengan blogger yang aku panggil "Budak Kecik"... Hiks... Nak tahu tak siapa?? Dialah Seorang Syed.. Rupanya dia tinggi dari aku.. Haha.. Dalam gambar nampak kecik aje.. Dekat luar, bila berdiri sebelah aku, lahai terasa diri aku pulak kecik.. HAha!! Thankz ya Syed.... (Dah kenapa aku nampak gemuk?.. Eh lupa aku preggy rupanye.. Kikiki)


Ok lah.. Rasanya semua dah aku kongsikan dengan korang tentang kemeriahan dan keenakan juadah berbuka puasa di majlis Kembara Iftar di AnCasa Royale tempoh hari.. Secara keseluruhannya, aku sangat suka dengan juadah yang disediakan.. Menepati selera aku yang sukakan masakan kampung.. Terasa diri berada di kampung halaman sendiri.. Selain juadah yang pelbagai dan sedap, aku juga tertarik dengan service yang diberikan.. Bermula dari pintu masuk utama, aku dah disambut dengan penyambut tetamu dengan ramahnya.. Pendek kata semua staff AnCasa Royale ni sangat friendly... Sentiasa dengan senyuman manis.. Sejuk hati aku memandangnye.. Hehe.. Bukan itu saja, chef-chef pun turun padang dan sanggup terangkan kat aku ni tentang masakan yang dihidangkan.. Memang terbaik.. 

Terima kasih diucapkan kepada pihak AnCasa Royale, Pekan, Pahang kerana sudi menjemput diri ini untuk merasai sendiri kemeriahan dan keenakan juadah berbuka puasa yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadhan nanti... Tak rugi spend duit untuk berbuka di AnCasa Royale Pekan, Pahang ni tau kerana hidangannya sangat enak, pelbagai dan berbaloi-baloi..


Berita baik untuk korang... !!!

Tawaran HARGA ISTIMEWA akan diberikan kepada anda yang mendapatkan baucer awal dengan harga serendah RM58 sahaja..!! Tawaran ini sah sehingga 15 Mei 2017...

Selepas tarikh tersebut, baucer akan dijual pada harga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak...

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati lebih dari 100 juadah berbuka puasa di AnCasa Royale Pekan, Pahang dengan HARGA ISTIMEWA tersebut.. Dapatkan baucer sekarang sebelum  15 Mei 2017... Nikmati hidangan berbuka puasa dengan harga yang berbaloi-baloi..

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :-

No. Telefon
09 - 424 6600 
(Saffron Brasserie)

09 - 424 6700 
(Faks)

Alamat 
No. 2670, Jalan Pekan - Kuantan, 
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur

Website




Read More