Masalah Berat Badan Berlebihan

Friday, April 21, 2017

37 comments
Masalah Berat Badan Berlebihan  |  Salam Jumaat buat semua... Semalam aku ada temujanji klinik check kandungan aku ni yang sepatutnya sebulan sekali dah jadi 2 minggu sekali gara-gara masalah berat badan berlebihan... Huhu.. Semalam check berat, masih melebihi dari yang sepatutnya.. Sepatutnya berat badan aku hanya naik 0.5 kilo sahaja dalam masa sebulan.. Tetapi berat badan aku naik sebanyak 2.5 kilo ye.. Hadoii.. Banyak tu naik.. 


Bukan masalah berat badan aje yang aku hadapi, malahan aku juga hadapi HB rendah.. Mula-mula check dekat jari aje.. Result 10.7.. Dah masuk bilik nurse, sekali nurse tu suruh aku pergi amek darah pulak.. Katanya, manelah tahu kot-kot result dia lebih tinggi.. Aku pun ikutkan aje la.. Dah dapat result, tengok-tengok lagik rendah laaa dari yang dekat jari tu.. 10.3 aje.. Berhuhu la aku.. Kena la bebel sekarung guni dengan nurse sebab tak makan ubat yang diberi.. Bukan tak makan langsung, makan.. Tapi bila ingat makan la.. Hehe.. Lepas ni kene konsisten la makan ubat... Risau jugak HB rendah ni.. Bahaya untuk baby..

Dah bila banyak sangat masalahnye, step seterusnya terpaksa la mengadap doktor pulak.. Sekali lagi nak hadap bebelan maut.. Hehe.. Bila dah siap disiasat oleh doktor, makanya, keputusan yang aku dapat adalah kena MINUM AIR GULA.. Arghhhh tidakkkkk!! Nightmare for me!!

sumber foto : http://nadiamusa.net/

OMG.. Aku tak pernah minum air gula lagi sebelum ni.. Mengandungkan Qhaliff aku tak kena minum air gula pun.. Kali ni aku kena hadap dengan penuh tabahnya.. Huwaaaaaaa... Belum rasa lagi aku dah dapat bayangkan macam mana keadaan aku ketika itu nanti.. 

Tarikh untuk minum air gula tu belum ditetapkan lagi.. Nurse akan call aku bagi tarikhnya.. Moga ianya dipermudahkan buat aku yang tak berapa nak kental anak tekak ni.. Ekeke.. Jangan muntah berjelanak nanti sudah la.. Huhuhu

Masalah Berat Badan Berlebihan
Masalah Berat Badan Berlebihan


Dua tiga hari ni aku rasa terlalu letih tak bermaya.. Bila dikaji-kaji mungkin disebabkan cuaca sekarang yang agak panas dan aku kurang minum air.. Tambahan pulak HB aku rendah.. Mungkin faktor-faktor nilah yang buatkan badan aku rasa terlalu letih dan tak larat.. Aku rasa nak baring aje sepanjang hari.. Kepala pun berdenyut-denyut... Moga lepas ni keadaan aku bertambah baik lepas aku disiplinkan diri dengan menelan ubat yang ada.. Hehehe..

Aku tengah kuatkan semangat untuk buat beberapa lagi entry untuk job review aku.. Harapnya aku dapat buat secepat mungkin... Ikutkan ketidaklarat sekarang ni, memang tak sanggup nak mengadap pc lama-lama.. Sakit kepala oh!! Tapi kene jugak siapkan.. Gambar dah siap edit, cuma perlu draft sahaja.. Sekejap jerk kot.. Hehe.. Doakan aku ye kengkawan semoga cepat baik.. 



Read More

100Plus Edge Non-Carbonated Terlebih Sedap!

Wednesday, April 19, 2017

45 comments
100Plus Edge Non-Carbonated Terlebih Sedap!  |  Assalamualaikum... Hi korang!! Ngah lunch ke tu? Ke tengok membuta di tengahari... Hehe.. Pagi tadi keluar bekfes dengan member opiz.. Macam biasalah, kantin tak buka makanya terpaksa la keluar makan di luar.. Otw balik tadi, singgah Shell cucuk duit sesambil tu terasa nak minum 100Plus pulak.. Jadi beli la 2 botol.. Untuk aku satu, untuk kawan aku satu.. Hehe.. Kali ni beli 100Plus Edge Non-Carbonated terlebih sedap untuk menghilangkan haus... Hiks..

100Plus Edge Non-Carbonated Terlebih Sedap!
100Plus Edge Non-Carbonated Terlebih Sedap!
Sebenarnya aku tak pernah tahu pun 100Plus ada yang tiada karbonat ni.. Yang aku tahu hanya 100Plus biasa tu.. Yang tu memang bergas la.. Kalau tak nak kasi gelegak perut terpaksa aku bukak penutup dia dan biarkan gas dia berlalu pergi dibawa angin aircond pejabat... Haha.. Tapi tetap masih terasa gasnya..


Tak silap aku Jumaat lepas aku beli 100Plus yang biasa ni.. Time tu la member aku tegur, nape tak beli yang non-carbonate.. Aik!! Ada ekk?? Nampak sangat aku ketinggalan zaman kan.. hehe.. Yelah, aku jarang-jarang jerk beli minuman bergas ni.. Tak berapa suka.. Perut aku tak tahan dengan minuman bergas.. Tapi hari tu rasa memang nak minum sangat 100Plus ni, tu yang p beli jugak tu.. Hehe..


Dan harini, dah alang-alang berhenti kat Shell, aku beli la 100Plus Edge Non-Carbonate ni untuk dicuba... Firstime masuk mulut, alamakkk!! tak sedapnyee... Yelah, biasa dok minum yang bergaskan.. Kali ni rasa pelik pulak.. Tapi dua kali masuk mulut baru rasa sedap.. Hurmm sedap jugak rasa dia.. Sekejap jerk aku minum dah habis sebotol.. Haha.. Nampak tak kesedapan dia.. Perut pun selesa aje sebab tak de gas.. Memang terbaik.. Nanti boleh beli lagi untuk tenaga aku seharian.. Korang patut cuba yang ni tau.. Best!!


Read More

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

21 comments
Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!  |  Wohaaa!! Hi korang.. Assalamualaikum.. Pepagi buta dah dapat jemputan dari budak kecik ni (Syed) ajak join segmen yang dianjurkannya.. Jadinya, haruslah join ye support kengkawan blogger.. Kalau tak dijemput pun, nak buat muka tak malu jugak join Segmen Seorang Syed Nak Bloglist! ni.. Haha..!!

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!
Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!
Ok, dalam syarat segmen ni, untuk syarat ke-5 kena nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis Short Review tentang Blog Seorang Syed... Jom baca aku membebel sal budak kecik ni.. haha!!

Kenapa??

Ok, aku nak sangat berada di dalam bloglist Seorang Syed ni sebab aku tahu blog dia dah semakin femes sekarang menjadi tumpuan blogger-blogger maupun non-blogger berkunjung ke blog beliau terutama awex-awex cun yang tengah dok usha beliau sekarang ni.. Haha.. Manelah tahu kot-kot yang berkunjung ke blog seorang syed tu, sudi klik blog aku pula kan.. Hiks..

Selain tu, aku nak soh budak kecik ni sentiasa ingat blog aku dan sentiasa terjah blog aku ni.. Kikiki (boleh ekk camtu) Haha!! Dramaaa sangat aku... Paling penting, dapat eratkan silaturahim dan dapat tambah kenalan sekiranya ada yang masih belum mengenali antara satu sama lain...


Short Review Tentang Blog Seorang Syed

Bagi aku, Blog Seorang Syed ni mampu menjadi salah sebuah blog yang terkenal satu hari nanti.. Artikel yang ada dalam blog ni, bagus dan mampu menarik ramai pengunjung dan followers... Cara penyampaian artikel best.. Aku suka baca... Tak memeningkan.. Selamber.. Santai.. 

Selain itu, Blog Seorang Syed ni kemas dari segi templatenye... Tak semak mata memandang.. Widget-widget yang ada pun tersusun dengan baik dan hanya ada widget yang perlu sahaja.. Iklan yang ada dalam blog beliau pun tak menyesakkan nafas aku bila masuk ke blognya.. Paling penting Blog Seorang Syed cepat loading bila masuk.. Bila seseorang blogger tu nak blogwalking, dorang mesti seronok nak masuk blog yang loadingnya tak berat.. Tak de la lama berjanggut nak tunggukan.. Aku paling tensen bila masuk blog kengkawan yang berat sangat loadingnye.. Huk!! Nasib baik blog budak kecik ni fast loading.. Kalau tak amukan puaka akan berlaku diblognya.. Wahahaha..

Tu aje kot misteri Blog Seorang Syed ni yang dapat aku rungkaikan takat ni.. Tuan Tanah Blog Seorang Syed ni pun baik hati dan suka blogwalking blog kengkawan.. Mungkin sebab tu jugak ramai yang suka berkunjung ke blog beliau..

Aku doakan agar, Blog Seorang Syed ni terus menuju kejayaan dan terkenal satu hari nanti...

Orite, jom pakat-pakat join segmen ni.. Rugi tau tak mengenali tuan punya blog ni tau.. Dah la encem, cikgu pulak tu.. Haha.. Moh-moh kite pakat join..

Tarikh Tamat
30 April 2017


Read More

Review Novel | Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir

Tuesday, April 18, 2017

13 comments
Review Novel | Semangat Hutan & Tombiruo Terakhir  |  Alhamdulillah akhirnya habis jugak aku baca 2 buah novel sambungan daripada novel Tombiruo.. Kalau nak ikutkan memang susah untuk habiskan pembacaan novel-novel ni dalam masa yang singkat.. Biasa memakan masa berminggu-minggu baru boleh habis.. Tapi disebabkan ni adalah novel PINJAM, so aku habiskan jugak secepat yang mungkin.. Kalau boleh tak nak la pegang novel orang lelama kan.. Hehe.. Jom tengok review novel Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir...

Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir
Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir


Sebenarnya kisah Tombiruo ni ada 3 buah novel kesemuanya... Novel pertama dah aku review sebelum ni.. Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir ini adalah sambungan daripada novel Tombiruo.. Aku suka penulisan Ramlee Awang Murshid kerana jalan ceritanya agak berbeza dengan novel-novel yang ada di pasaran yang pernah aku baca sebelum ni.. Atau aku sendiri yang hanya suka membeli novel cinta sebelum ni.. Haha.. Sebab tu tak pernah jumpe novel seperti novel RAM ni.. Ahakz.. 

Semangat Hutan

Semangat Hutan
Semangat Hutan
Semangat Hutan ni kisah dia lain sikit dari novel yang pertamanya.. Kisah bermula apabila Amiruddin datang ke KL untuk melamar Wan Suraya tetapi terjadi salah faham antara mereka sehingga membuatkan mereka membawa haluan sendiri.. Bila silap faham terungkai, Wan Suraya bertindak untuk menjernihkan salah faham tersebut sehinggalah terjadinya perkenalan antara Wan Suraya dan Tan Sri Nasir.. Tan Sri Nasir ni bujang terlajak dan terpikat dengan Wan Suraya..

Tan Sri Nasir plan untuk sambut birthdaynya di dalam pesawat peribadinya dan menjemput Wan Suraya untuk membuat liputan majlis tersebut sedangkan ada niat lain disebalik jemputan tersebut.. Hanya beberapa orang dijemputnya termasuk Lucy yang mendesak Tan Sri Nasir untuk turut serta dalam majlis tersebut dengan memperkenalkan dirinya sebagai seorang wartawan..

Rupanya Lucy adalah penjenayah dan telah merancang untuk menawan pesawat tersebut sebagai tebusan untuk melepaskan ketuanya dipenjara yang berhadapan hukuman gantung.. Penawanan pesawat tersebut menyebabkan berlakunya kejadian pesawat terhempas sehinggakan mereka terdampar di Hutan Keningau tempat Tombiruo tinggal.. Pelbagai kejadian buruk berlaku keatas mereka mangsa-mangsa terhempas yang terselamat itu.. Dalam masa yang sama, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut yang digelar Rogon yang juga digeruni oleh penduduk setempat.. Dari satu mangsa ke satu mangsa mati akibat diserang Rogon.. 

Hanya beberapa orang yang terselamat.. Amiruddin juga terkorban menjadi mangsa Rogon semasa mempertahankan rakan-rakan daripada menjadi mangsa Rogon.. Akhirnya Rogon dibunuh oleh Tombiruo Hutan Keningau iaitu Ejim..

Di akhir cerita, Ejim dibawa ke Kuala Lumpur untuk menjalankan pembedahan bahagian mukanya menjadi manusia biasa oleh Dr. Haslia yang juga mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut.. Ejim dibawa bukan dalam keadaan rela tetapi di rancang oleh Dr. Haslia dan rakannya Dr. Rashid turut dibantu oleh Ondu.. Dia di tembak dengan pelali.. 


Review By Me!!

Untuk kisah kali ni, aku rasakan juga menarik tetapi novel Tombiruo pertama lagi mendebarkan aku jalan ceritanya.. Walau bagaimanapun, kisah dalam novel Semangat Hutan ni juga aku suka kerana watak utama iaitu Amiruddin mati dalam novel ni.. Kirenya tak de la klise sangatkan jalan cerita ni.. Kesedihan ada disitu.. Ada part-part yang membuatkan aku menitiskan air mata hokeh!! Nampak tak novel ni ada pelbagai emosi bila membacanya.. Seram ada, suspen ada, sedih ada, gembira ada.. Pendek kata semualah ada.. Hehe..

Novel ni aku mula baca pada 14 April 2017 dan tamat pada 16 April 2017.. 3 hari uolls.. huhu Habis aje, terus sambung novel Tombiruo Terakhir pulak.. Okeh, jom ke novel yang terakhir..


Tombiruo Terakhir

Tombiruo Terakhir
Tombiruo Terakhir

Tombiruo Terakhir mengisahkan pembawaan Ejim ke KL untuk pembedahan plastik terhadap mukanya yang cacat itu.. Pembedahannya berjaya dengan kadar penyembuhan yang singkat.. Janji awal, setelah selesai pembedahan Ejim akan dibawa balik ke Hutan Keningau kembali tetapi janji tinggal janji apabila Dr. Haslia telah jatuh cinta dengannya.. Hasil pembedahan, rupa Ejim saling tak tumpah seperti wajah adik kembarnya Amiruddin.. Kerana cinta, Dr. Haslia uruskan segalanya tentang Ejim termasuk menukar nama dan membuat dokumen diri buat Ejim serta membiasakan dia dengan keadaan bandar.. Tapi semua tu tak lama kerana jiwa Ejim tetap pada Hutan Keningau..

Situasi yang tak diingini berlaku dimana Tan Sri Nasir telah mengungkit segala jasanya untuk membaikpulih wajah Ejim sedangkan pada awal mereka lakukan atas dasar membalas jasa baik Ejim kerana menyelamatkan mereka semasa dalam Hutan Keningau dahulu.. Ini berlaku kerana Tan Sri Nasir takut akan kehilangan Wan Suraya yang ketika itu telah menjadi tunangannya dimana rupa Ejim sama dengan Amiruddin kekasih hati Wan Suraya yang telah meninggal dunia.. 

Akhirnya setelah pelbagai peristiwa dilaluinya dan 10 tahun berlalu, Ejim telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Suriani.. Mereka hidup di KL dan sampai satu masa Ejim terlalu rindukan Hutan Keningau.. Dia pulang bercuti kesana untuk  melepaskan rindunya dan berlakulah peristiwa dimana terdapat semangat hutan yang lain menjaga hutan tersebut dan Ejim juga menjadi penyelamat kepada manusia-manusia yang tersesat dalam hutan dan mendapat ancaman dari semangat hutan itu..

Review By Me!!

Bila habis aje baca buku ni pada hari ni 18 April 2017, aku rasa lega dan aku suka kisah Tombiruo ni.. Aku seronok bila Ejim ada kehidupan yang baru dengan wajah yang baru.. Terasa bersemangat je.. Sekurang-kurangnya ending cerita ni menyeronokkan dan bahagia walaupun sepanjang kisah ni berliku-liku situasi yang dorang harungi.. 

Aku bagi 5 bintang untuk cerita ni.. hehe.. Insyaallah aku akan baca juga novel dari penulis yang sama iaitu Laksamana Sunan.. Juga buku pinjam ye.. Haha.. Nasib baik aku baca buku pinjam, kalau baca buku baru keluar tak ke haru aku nak menunggu sambungan kisah dia.. Hadoii tak best ohhh!!

Oke lah, sampai sini jerk review aku yek.. Panjang leboo dah.. Kang korang bosan lak baca.. Huhuhu..








Read More