Keputusan Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Ke-3 2016

Monday, December 5, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt..


Keputusan Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Ke-3 2016  |  Semalam telah berlangsungnya Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Ke-3 bagi tahun 2016.. Sempat juga aku menonton semalam walaupown tergesa-gesa kerana melunaskan urusan yang lebih penting sebelumnye.. 

Konsert Akhir Gegar Vaganza semalam telah menampilkan 6 finalis yang terdiri daripada Ameng, Azharina, Gmie, Intan Sarafina, Siti Sarah dan Zarul..Konsert berlangsung di Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam.. 

Pada konsert final tersebut, untuk persembahan pertama mereka telah menyanyikan 2 buah lagu secara medley dan sebuah lagu dalam pusingan "Battle"... Jom tengok lagu apa yang dorang nyanyi malam konsert final itewww..!!

Pusingan Medley

Lagu untuk task pertama

Pusingan Battle

Ameng (Duhai Malam) VS Intan Sarafina (Sampai Hati)

Zarul (Bila Cinta Didusta) VS Gmie (Bukalah Hati)

Azharina (Kesetiaan) VS Siti Sarah (Seandainya)


Bagi aku, persembahan dorang malam tu memang ohsem dan mantap.. Kalau aku duduk di tempat juri jawabnya takde keputusan la malam tu.. haha.. sebab semua hebat-hebat belaka..

Untuk anugerah khas kali ni adalah pilihan peminat.. Anugerah Persembahan Pilihan Penonton dimenangi oleh Siti Sarah.. Ehh Jihan dan Nabil pown dapat juga anugerah khas tau.. Dato' Seri Vida sediakan hadiah untuk pengacara bagi menghargai mereka berdua mengacarakan rancangan gegar vaganza iteww.. Hehe.. Tahniah buat mereka..

Siapakah Juara Gegar Vaganza Musim Ke-3 [2016]??

Meh tengok senarai ni..



TEMPAT KE-6

G-Mie



TEMPAT KE-5

Intan Sarafina



TEMPAT KE-4

Ameng



TEMPAT KE-3

Zarul



NAIB JUARA

Siti Sarah



JUARA

Azharina


Tahniah kepada semua pemenang.. Korang memang ohsem..!!


Tonton Konsert Akhir Gegar Vaganza 2016

Read More

Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina

5 comments
Assalamualaikum wbt..


*Sila klik banner diatas untuk join*

Hadiah :
1 x cash voucher dari Premier Clinic
1 x beauty box dari The Face Shop
1 x beauty box dari Missha
1 x beauty box dari Premier Clinic
2 x beauty box dari Skinfood

Tarikh Giveaway : 5 Disember - 15 Disember 2016

Read More

6 Tip Kekal Sihat Ketika Bercuti

Saturday, December 3, 2016

10 comments
Assalamualaikum wbt..


6 Tip Kekal Sihat Ketika Bercuti  |  Bercuti!!! Wahh seronoknya... Memang seronokkan kalau dapat bercuti.. Dapat kenal tempat orang.. Tenangkan fikiran.. Paling best dapat menikmati keenakan pelbagai makanan yang ada di tempat orang.. Pergilah mana pown, mesti nak rasai keenakan apa jua hidangan yang memberikan keseronokan saat bercuti... 

Tapi korang kenalah beringat dan berpada-pada juga dalam segala hal yang dilakukan semasa bercuti ye.. Kerana semasa bercuti ni, mungkin tenaga yang diperlukan agak lebih sikit.. Mana tak nye, ke sana ke sini.. So, kenalah berhati-hati kerana kengkadang keseronokan yang kita kecapi tu mungkin boleh membuatkan kita jatuh sakit.. hah gituuu!!

Satu lagi perlu korang ingat, bukan semua jenis makanan yang ada dalam dunia ni sesuai dengan perut kita.. So, berhati-hatilah dalam memilih menu untuk santapan.. Jangan main bedal aje.. Nanti mudarat diri.. Hiks..

Jadinya, untuk tetap sihat sepanjang bercuti, naahhh aku kasi tip untuk korang... Mungkin dapat membatu korang sepanjang bercuti nanti..


1 BERSENAM

Walaupun bercuti, bersenam juga perlu dilakukan.. Jika anda perlu menempuh penerbangan yang jauh, cuba berjalan di sepanjang laluan tengah di dalam pesawat untuk merenggangkan tubuh setiap satu jam.. 

Manfaatkan juga kemudahan gimnasium jika ia disediakan di hotel penginapan anda..


2 MAKANAN BERSIH

Cari tempat makan yang bersih.. Walaupun percutian anda itu percutian 'cari makan', anda tetap perlu memastikan tempat makan yang dikunjungi terjamin kebersihannya.. 

Jangan sampai sepanjang perjalanan anda menahan sakit perut.. Jangan lupa mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.. Bawalah sabun antiseptik yang berbentuk gel dan tidak perlu dibilas, ke mana saja anda pergi..


3 BEREHAT

sebelum memulakan percutian, rancang jadual perjalanan anda sebaiknya.. Jika hari pertama anda seharian di luar dan banyak berjalan atau aktiviti lasak, biarlah hari berikutnya dimanfaatkan untuk beristirehat atau melakukan aktiviti yang membolehkan tubuh anda berehat.. 

Pilih juga aktiviti yang lebih santai seperti memanjakan diri di spa atau menonton pertunjukan teater, wayang dan jangan berjaga malam kerana anda memerlukan tidur yang cuku untuk aktiviti pada keesokan harinya.


4 ALAHAN

Jika anda mempunyai alahan tertentu, pastikan rakan anda tahu mengenainya.. Hal ini penting supaya rakan anda dapat membantu jika anda memakan sesuatu yang membuatkan anda alahan..

Beritahu juga cara pertolongan yang bagaimana harus dilakukannya jika reaksi alahan muncul..

Lakukan hal serupa jika anda memiliki penyakit tertentu..


5 KRIM PELINDUNG MATAHARI

Sinar matahari yang terik dapat memberi kesan buruk untuk kulit terutamanya bercuti di pantai atau berjalan-jalan di daerah panas terik..

Oleh itu, rajin-rajinlah memakai krim sun block dengan SPF25 atau lebih.. Sapukan juga pada tubuh anda setiap 1/2 jam hingga 1 jam sekali..

Dengan pemakaian krim sun block, kulit anda tidak gelap ataupun alahan kerana terdedah dengan sinaran matahari yang terik..


6 UBAT-UBATAN

Selalulah bawa ubat-ubatan yang biasa anda ambil/guna.. Walaupun anda tidak menghidapi penyakit tertentu yang memerlukan ubat khusus, bawalah ubat biasa seperti ubat sakit kepala, selesema, cirit birit, mabuk dan banyak lagi..

Justeru itu, jika nada sakit, anda sudah bersedia dengan ubat, sekali gus dapat mengelak daripada sakit itu berpanjangan..

Anda juga tidak perlu bergegas mencari farmasi atau kedai untuk mencari ubat pada saat diserang sakit..

Ubat yang anda cari juga adakalanya suka rdiperolehi di farmasi terutama ketika anda bercuti di luar negara.. Jadi, ubat yang dibawa dapat membantu anda..




Read More

Review Blog Lea Azleeya by Adik Rii Sa-vior

Thursday, December 1, 2016

8 comments
Assalamualaikum wbt

Review Blog Lea Azleeya by Adik Rii Sa-vior  |  Alahai tak terjaga dah blog aku ni sejak kebelakangan ni.. Silap-silap kembali berlumut.. Hehe.. Meh lee aku luangkan masa sikit untuk taip entry ni.. Entry yang hanya ada gambar dala draf yang dah lama di peram tanpa menaip apa-apa.. So, hari ni aku nak kasi settle entry ni sebab esok hingga ahad aku dah bizi menyertai Sukan AADK Peringkat Kebangsaan di Bangi.. Memang tak punya masa nak menjengok blog aku ni..


Okeh, dipendekkan cerita... Baru-baru ni aku dikejutkan dengan entry review dari blogger SA-VIORS [Adik Rii] ... Adik Rii telah mereview Blog Lea Azleeya ni.. Terharu aku membacanya.. Thankz too Adik Rii kerana sudi memilih blog picisan ini untuk direview.. Sayang kam0 ketat-ketat... :)

Review oleh Adik Rii [ SINI ]

Segan pulak bila baca review Adik Rii ni.. Hehe.. Rasa sangat dihargai.. Cewahh.. 

Buat Adik Rii,
Akak doakan semoga adik sentiasa dibawah lindunganNYA, dilimpahkan rezeki yang halal, bahagia dunia dan akhirat dan berjaya dalam dunia berblogging..



Ada lagi seperais dari Adik Rii untuk aku, Dapat pulak header dan cursor comel.. Haddoi.. Gilee terharu.. Insyaallah nanti akan digunakan.. Tak diblog, pasti akan dipakai di FB... Thankz Adik Rii...


Read More

wordless Thursday #6 - Terlebih Jujur

6 comments
Assalamualaikum wbt..




Terlebih jujur susah juga ye.. hehe

-SMiLe-


Read More