Selesa Dengan Amez Care

Saturday, August 20, 2016

No comments
Assalamualaikum wbt..


Selesa Dengan Amez Care  |  Barang yang aku tunggu-tunggu akhirnya sampai jugak... Mesti korang nak tahukan ape yang aku shopping ni kan... hehe!.. Baru-baru ni, aku ada lah memborang Pads wanita dan Pantyliner jenama Amez Care.. Pernah dengar tak jenama ni?? Amez Care...  Haaa kalau tak pernah dengar meh lah aku cerita serba sedikit tetang Amez Care ni.. 


Amez Care ni adalah satu jenama bagi tuala wanita.. Tuala wanita Amez Care ni bukan tuala wanita biasa-biasa ye.. Ianya adalah tuala wanita berherba... Bila bukak aje paket Amez Care ni, aku dah terbau wangian herba yang terkandung dalam tuala wanita ni.. Wangii ohhhh Amez Care Bio Herbal Functional Sanitary Pads Napkins ni..!! Nak tahu herba apa yang ada dalam Amez Care Bio Herbal Functional Sanitary Pads Napkins ni?? Teruskan pembacaan korang ekk!!
Dalam Amez Care Bio Herbal Functional Sanitary Pads Napkins ni terkandung bahan-bahan herba semula jadi seperti :-

Aloe Vera
This is a powerful antiseptic that will sooth the skin and clean the sensitive regions of the female body.

Peppermint
This combats infections and bacteria. In addition to this, it effectively eliminates pain and helps eliminate troublesome menstrual symptoms.

Tea Plant Extract
This substance aids in blood circulation and reduces the chance of the development of blood clots.

Chamomile Oil
This herbal remedy fights infections, combats mental oppression and reduces inflammation.

Lavender
This aids in the elimination of nervous tension, reduces pain, disinfects the skin, and soothes anxiety and depression.


Inilah Amez Care Bio Herbal Functional Sanitary Pads Napkins yang aku borong tu.. Ada 3 jenis ye... Yang warna pink kat atas sekali tu, pantyliner.. Yang warna purple tu, untuk overnight dan yang biru tu, untuk harian... Jom tengok keistimewaan yang ada pada setiap satu jenis tuala wanita Amez Care ni..

( 30 Pads - RM 11.90 )



Pantyliner ni aku dah cuba guna... So far aku rasa sangatlah selesa... Terasa bersih sepanjang hari... Ukuran pantyliner Amez Care ni aku suka sebab lebar dan panjang... Penyerapan yang baik.. Aku suka sangat..!! Memang berbeza dengan pantyliner tradisonal yang lain...


( 10 Pads - RM 12.90 )



Untuk yang overnight ni aku guna untuk waktu malam time period hari tu... Dah nama lagik overnight kan mesti la pakai waktu malam.. Hehe.. Tapi sebenarnya yang waktu malam ni boleh aje guna siang bila time hari pertama period hingga hari ketiga period.. Kebiasaannya, 3 hari pertama period kite perlukan perlindungan yang lebih... Tak gitu?? Kalau tak mesti berlaku kebocoran... Tapi untuk Amez Care Night ni aku memang guna malam sahaja untuk 3 hari pertama... Nak save ohhhh!! Haha.. Pakai yang night ni sangat selesa... Tak perlu takut bocor lagik dah sebabnya Amez Care Night ni didatangkan dengan 9 lapisan yang akan melindungi kita dari kebocoran... Siap ada wings lagik tu.... Memang tak bocor...!!


( 12 Pads - RM 12.90 )



Yang harian ni, macam biasalah, pemakaian harian seperti biasa ketika period.. Juga mempunyai 9 lapisan dan bersayap dengan ukuran panjang 240mm.. Yang ni juga selesa aku pakai.. Pendek kata jenama Amez Care ni sangat selesa dan aku dah jatuh cinta dengan Amez Care... Bukan saja kebersihan terjaga malah terasa segar dan sihat...  Kalau korang tak percaya, korang boleh beli satu dan try.. Kat mane nak beli?? Haaa meh aku kasi tau kat mana ada jual Tuala Wanita Amez Care ni..

DIMANA AMEZ CARE DIJUAL??



Online Store... Yep pertamanya korang boleh dapatkan tuala wanita Amez Care ni di online store mereka iaitu www.amezcare.com.... Sekarang ni zaman dah maju, tak perlu lagik nak pergi pasaraya nak beli tuala wanita.. Oder online aje mudah.. Kecuali kalau nak guna segera memang kene cari dekat pasaraya la yek... Haaa kalau dekat shopping mall pulak korang boleh dapatkan Amez Care ni di Aeon Wellness, Midvalley... Kat sana ada dijual tuala wanita Amez Care ni.. 



Lepas ni korang boleh la serbu Aeon Wellness di Mid Valley untuk dapatkan Amez Care ni.. Takkan menyesal dengan Amez Care... Korang mesti cuba..


Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang Amez Care,
korang boleh lawati website atau media sosial Amez care seperti dibawah ni :-

Website

Facebook

Instagram


Read More

Jom Join "Book Giveaway By Abam Kie and Friends"

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Jom Join "Book Giveaway By Abam Kie and Friends" |  Holaaa...!! Aku nak war-warkan kat korang ni... Blogger Abam Kie ada buat Book Giveaway bagi memupuk semangat membaca dikalangan kekita ni... Aku juga adalah salah seorang sponsor untuk Giveaway  ni.. hehe.. Jom la korang-korang semua menghavockan lagik GA ni.. Meh aku kasitau ape syarat-syarat yang kene patuhi bagi menjoinkan diri dalam GA ni... Mudah dan ringkas je habaq hang...!!

Syarat-syarat:

1. Follow blog atau google + Abam Kie dan penaja2 berikut:

Abam Kie
Bin Muhammad
Henrietta Jose
Cik Noor
Lea Azleeya
Shahida Mohamed


 2. Buat entri bertajuk "Book Giveaway by Abam Kie and Friends"

3. Letak banner dekat entri.

4. Backlink kan ke SINI

5. Publish!

6. Tinggalkan link entri giveaway anda di ruangan komen entri INI ..


Ok.. Ini pulak senarai hadiah untuk pemenang GA ni... Semua berbentuk buku ye... Ehh penanda buku pown ada... Hehehe Janji ada perkataan buku yekk!!

Buku-buku dan novel menarik menanti para pemenang bertuah!

1 buah buku X 2 pemenang oleh Bin Muhammad.
1 buah novel dan 1 penanda buku X 3 pemenang oleh Henrietta Jose
1 buah buku X 1 pemenang oleh Cik Noor 
1 buah novel X 1 pemenang oleh Lea Azleeya
1 buah novel X 2 pemenang oleh Shahida Mohamed
1 buah novel X 1 pemenang oleh Gadis Misteri
1 buah buku X 2 pemenang oleh Abam Kie

Hadiah terjamin kepada peserta pertama dan terakhir! Top up RM5!

Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara undian oleh Abam Kie :)



Mula : 20 Ogos 2016

Tamat : 9 September 2016



Selamat Berjaya..!!


Read More

Jadikan Hadiah Lebih Bermakna Di Printcious.my

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Jadikan Hadiah Lebih Bermakna Di Printcious.my  |  Teringat dulu-dulu, zaman bercintan cintun.. Kemain banyak dapat hadiah... Bila dapat hadiah hati berbunga-bunga.. haha.. Nak-nak lagik dapat personalised gifts yang sangat bermakna buat kita.. Banyak-banyak personalised gifts yang aku dapat dulu, yang paling aku rasa bermakna ialah sebuah mug yang dihiasi dengan gambar kami dan kata-kata yang penuh makna yang ditujukan khas buat aku.. Bila dapat hadiah yang bermakna, terasa diri sangat dihargai dan disayangi... Betoi tak?? 

Tapi sebenarnya, hadiah peribadi ni bukanlah semata-mata mug sahaja.. Ada banyak lagik hadiah peribadi yang dok ada dalam pasaran sekarang ni.. Contohnya, cushion, mousepad, canvas, cover hp dan banyak lagik lahh!! Zaman dah semakin maju dan canggih.. Semua dihujung jari.. 

Baru-baru ni, nak dijadikan cerita.. Adalah sorang kawan aku ni, dok stressss memikirkan tentang hadiah yang nak diberikan pada sahabat baik dia sempena birthdaynya nanti.. Dia cakap dia bosan dah dengan hadiah-hadiah dekat kedai-kedai biasa.. Semuanya sama jerk.. Takde kelainan katanya.. Dia cakap lagik, kalau boleh dia nak sesuatu yang berbeza dan lebih bermakna.. cewahh kemain ko ekkk!!

Bagi menghentikan stresss kawan aku tu, aku pown kenalkanlah dia dengan sebuah Online Gift Shop malaysia ni, Printcious bagi memudahkan dia mencari personalised gifts buat sahabatnya itu... Tak payahlah dah nak bersusah payah bersesak-sesak dekat shopping mall semata-mata nak mencari hadiah... Dekat Printcious segalanya ada.. Mudah dan cepat... Paling penting, BERMAKNA...


Bertepatan dengan taglinenya "Precious Gift From Your Heart", Printcious menyediakan perkhidmatan percetakan secara online dengan lebih dari 200 hadiah DIY yang boleh dijadikan hadiah lebih bermakna sempena harijadi, wedding day ataupun majlis-majlis korporat seperti T-Shirt, Mug, Puzzle, Cover HP, Cushion, Mousepads dan banyak lagi.. Dah korang tunggu ape lagik tu?? Jom la kita usha hadiah apa yang ada di Printcious...


Okeh, ini adalah antara kategori-kategori yang ada di Printcious... Korang dah tak perlu nak pening-pening atau stresss.. Kat sini macam-macam jenis hadiah ada... Pilih aje mane yang korang rasa ohsem untuk dijadikan hadiah peribadi... 


Kalau masih tak dapat nak pilih melalui kategori-kategori yang ada, korang cuba pulak pilih gift berdasarkan kategori penerima atau jenis majlis... Pilih la sama ada untuk lelaki atau perempuan... Untuk hadiah birthday, wedding atau father's day... Mudahkan?? Tak perlu stress-stress k.. hehe..

Nak best lagik korang customizekan gifts korang tu... Lebih tepat lagik DIY-kan hadiah korang... Do It Yourself!! Ianya akan lebih bermakna.. Tak percaya silalah cuba create sendiri ye..!!


Ini adalah antara jenis-jenis hadiah yang boleh korang DIY-kan... Best sangat weehhhhh!!! Aku rasa nak create jugak la satu hadiah khas untuk anak saudara aku yang akan sambut birthday tak lama lagi... hehe.. Ohsemm!! Meh ikut aku DIYkan hadiah untuk anak saudara aku tu... Yeyyy!!


Okeh..!! Untuk hadiah tersebut, aku pilih Magic Mug untuk dihadiahkan kepada anak saudara aku tu.. Eh!! mug pown ada magic ke?? Haaa jangan tak tahu ye, mug ni ada kuasa ajaib... Mug ni boleh bertukar wajah bila kita masukkan air panas kedalamnya... hehe.. Ajaibkan.. Kalau nak tengok sendiri betapa ajaibnya mug ni, kene la beli satu... Baru boleh merasai keajaibannya itu.. Ahakz..

Untuk mug ni aku pilih corak seperti gambar diatas dan juga aku pilih warna maroon.. Aku rasa warna maroon cantik dan ohsem.. Dah pilih corak dan warna mana yang berkenan, jom kite customise sekarang!!


Untuk hiasan mug ni pulak, aku memilih untuk mengabdikan gambar kami sebagai kenang-kenangan dan juga sepatah dua kata ucapan besday untuk dia supaya hadiah ini menjadi lebih bermakna buat anak saudara aku tu.. hehe.. Kalau dia minum air guna mug  ni nanti, gerenti punya lah dia ingat aku.. haha... Seronok pulak create hadiah sendiri.. Tambahan pulak, customisation tool di Printcious ni sangatlah mudah untuk digunakan umpama makan kacang jerk mudahnye... User-friendly bak kata omputeh...


Nahh nampak, dah siap pown aku edit mug pilihan aku ni... Cantik tak?? Camnilah lebih kurang rupa mug tu nanti.. Hasil kreativiti aku sendiri... Kreatif kehh?? Haha... Okeh, rasanya aku dah berpuas hati dengan design yang aku customise sendiri ni... Bolehlah terus "Add to Cart".. Selesai.. Mudah dan cepat.. 

Macam mana dengan korang pulak?? Ada tak nak carik hadiah untuk sape-sape?? Kalau ada, apa tunggu lagik.. Jom daftar di Printcious untuk mendapatkan hadiah DIY yang menarik untuk yang tersayang...

Bersempena bulan kemerdekaan ni, Printcious menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk setiap barangan.. Dapatkan diskaun tersebut dengan menggunakan code : MERDEKA30 sah sehingga 31 Ogos 2016.. Apa tunggu lagi, tempahlah sekarang hadiah peribadi anda untuk yang tersayang di Printcious... Ianya akan menjadi lebih bermakna hanya di Printcious.my - "Precious Gift From Your Heart"...


Untuk Keterangan lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Twitter

Blog

Youtube

Instagram




Read More

Hadiah Giveaway Sudah Selamat Belayar

Friday, August 19, 2016

1 comment
Assalamualaikum wbt..


Hadiah Giveaway Sudah Selamat Berlayar  |  Alhamdulillah rehat tadi dapat selesaikan urusan poslaju yang tertangguh agak lama... Biasalah hari jumaat rehatnya panjang sikit masa.. Sempatlah nak buat urusan di luar lama sikit.. hiks.. 

Tadi aku dah poslajukan hadiah giveaway untuk pemenang Giveaway Pertama Edisi Raya by SYF.DEAN.. Aku sebagai sponsor untuk GA tersebut.. Pemilihan pemenang dilakukan sebanyak 2 kali kerana hadiah tidak dituntut.. huhu.. Untuk hadiah yang aku sponsor iaitu Tudung AJ 2 helai untuk 2 orang pemenang dah pown aku poskan tadi.. Lama jugak nak tunggu pemenang menuntut hadiah beliau... Untuk pemilihan kedua ni, aku sendiri yang pergi sergah pemenang sebab aku dah tak nak simpan lama-lama hadiah mereka.. Rasa cam ada beban jerk atas bahu ni ohhh..!! Hahaha.. Boleh cenggitu...??


Sambil-sambil tu aku pos terus memory kad kawan aku sorang ni yang dah lama aku peram... Kesian dia, dah beli handphone baru tapi memori kad tak jugak sampai-sampai.. Sori ekk Encik..!! Haha.. Hadiah dah belayar... Memori kad pown dah belayar mencari tuan yang baru.. Aku pown terasa lega.. Terlepas semua beban yang ada dekat bahu selama ni.. Ewaahhh.. Dasyat betul ekk bebanan tu.. kengkonon...!!


Read More