Kisah Disebalik Roti Hangit

Tuesday, August 2, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Kisah Disebalik Roti Bakar Hangit  |  Semalam aku terima text whatsapp dari sahabat baik aku.. Kisah Roti Hangit.. Mula-mula rasa malas nak baca.. Lastnya aku gagahkan diri jugak untuk baca.. Rupanya ada pengajaran disebalik kisah tersebut.. Kat sini aku nak kongsikan kisah tersebut dengan korang sume.. Yang mana dah terbaca sebelum ni mungkin dah tahu kisah ni... Tak kisahlah.. Yang penting bagi aku cerita ni penuh dengan pengajaran dan bagus untuk di kongsikan bersama.. Sedih tau kisah  ni.. Amaran keras!! Sila sediakan tisu sebelum baca.. Haha..!!

Gambar hiasan



KISAH ROTI HANGIT

Seorang anak menceritakan....

Setelah sepanjang hari ibuku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya. . . . . . .

Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku. . . . . kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu. . . . . . .

Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa. . . . . . .

Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya. . . . . . .

Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohonan maaf ibuku:
'Sayang, jangan risau tentang itu. . . . .memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit. . . . . . .

Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam, aku bertanya,
'betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit. . . . . . .

Ayahku merangkul aku ke dada nya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:
'Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.
Lagi pun roti yang dibakar lebih daripada biasa, walhal rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati. . . . . . .

Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada sesetengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain. . . . . . .

Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh selamanya. . . . . . .

Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah kemaafan kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara yg remeh. . . . . . .

Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara. . . . . . .

Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya. . . . . . .

Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia negatif. . . . . . .

Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka. . . . . . .

Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati. . . . . . .

***pesanan untuk diri sendiri***

Read More

Giveaway Pertama by Farah Sanusi

Monday, August 1, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway Pertama by Farah Sanusi  |  Salam petang buat korang.. Petang ni teruja nak join Giveaway by blogger Farah Sanusi.. Kenapa aku teruja?? Haaa sebabnya GA ni menawarkan hadiah yang menarik uollsss.. Disamping tu saje nak menghavockan GA ni.. Support kengkawan blogger.. Tapi yang paling utama adalah syarat yang ditetapkan tak memudaratkan aku.. hehe.. Mudah dan ringkas baq hang...!!

Okeh.. Dengan lafaz bismillah aku terjoin Giveaway Pertama by Farah Sanusi ini.. Kalau korang nak join boleh la klik banner yang comel kat atas tu ye.. 

Blogger Farah Sanusi mencari 10 orang pemenang ye (yang akan dipilih melalui Random.com).. wowww!! ramai tu uollssss... hehe.. Korang nak tau tak hadiah yang beliau nak kasi kat para pemenang GA ni... Meh aku kasi tau.. Antara hadiahnya ialah :-


Dianz Vitamin untuk 2 orang pemenang



Kopi Pak Belalang untuk 5 orang pemenang

&

Shawl untuk 3 orang pemenang


Bestkan hadiah-hadiahnya.. Dah apa tunggu lagik tuuuuuu.. Jom la ramai-ramai serbu blog Farah Sanusi join GA ni.. hehe.. 

Tarikh GA
01 - 31 OGOS 2016


Read More

Ranking Alexa Sotskirt.blogspot Julai 2016

5 comments

Assalamualaikum wbt..


Ranking Alexa Sotskirt.blogspot Julai 2016  |  Holaaa... Kembali check rank di Alexa.com ... Cam biasa masuk jerk 01hb aku harus menge-check aku punye Rank Alexa.. hehe.. Jom tengok Rank Alexa aku duduk ditangga berapa riban.. Haha..!! Ada peningkatan atau penurunan... Jom check...

Rank untuk Bulan Julai 2016 (Tarikh check 01 Ogos 2016)


MEI 2016
Global Rank  :  2,150,284
Rank in Malaysia  :  11,492

JUN 2016
Global Rank  :  1,732,082
Rank in Malaysia  :  12,927

JULAI 2016
Global Rank  :  945,531
Rank in Malaysia  :  7,191

Alhamdulillah ada peningkatan.. hehe.. Sonoxxxx sangat ohh..!! Korang dah check belom?? Nak check tak?? Jom check dekat sini..--->  www.alexa.com


Read More

Pemenang Segmen Bloglist Sotskirt.Blogspot Ogos 2016

12 comments
Assalamualaikum wbt..



Pemenang Segmen Bloglist Sotskirt.Blogspot Ogos 2016  |  Hi korang..!! Hari ni aku nak umumkan pemenang bagi Segmen yang aku anjurkan pada 14 Julai 2016 yang lalu untuk mencari 10 orang blogger untuk dimasukkan kedalam bloglist blog aku ni.. Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016 telah tamat pada 31 Julai 2016.. Terima kasih kepada semua peserta yang telah memeriahkan segmen tersebut.. Semoga di masa akan datang korang masih sudi bagi support kat segmen yang akan aku anjurkan nanti yek.. Korang memang OHSEMNESSS...!!

Ok.. Jom tengok siapa yang menang.. Aku buat pemilihan melalui random.com.... Tahniah kepada yang telah dipilih oleh encik random.com.. Kepada yang tak terpilih, jangan kecik ati atau putus asa yek, bulan depan cuba agik ekk.. 

10 yang terpilih adalahhhh....!!











Tahniah sekali lagik kepada pemenang.. senarai peserta boleh check dekat sini ye.. [SENARAI PESERTA]

Read More