Jangan Sisihkan Orang Yang Nak Berubah

Monday, June 13, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Pica from Tarbiah Sentap


Jangan Sisihkan Orang Yang Nak Berubah |  Semalam aku dok baca buku Tarbiah Sentap 3... Pagi ni rasa terpanggil untuk aku share kat sini satu artikel dalam buku tersebut yang aku sendiri rasa menarik dan terbaik... Semalam aku dah share artikel ni kat facebook aku sebenarnya.. Hari ni nak share kat sini lak.. Jom baca...

JANGAN SISIHKAN ORANG YANG NAK BERUBAH

Bila orang nak berubah, mengapa perlu kau pandang rendah, UNGKIT KISAH SILAMNYA dan patahkan semangat serta pertikaikan niat baiknya?

Mengapa perlu begitu??

Umar Al-Khattab yang pernah berniat nak bunuh nabi, bila dia masuk islam, nabi sambut dengan kegembiraan!!

Khalid Al-Walid yang telah menjadi dalang utntuk kemenangan kafir quraisyh ke atas umat islam tika perang uhud, bila dia masuk islam, nabi dan sahabat sambut dengan kegembiraan!!

Amru Al-Asr, yg menjadi wakil kaum musyrikin untuk menghalang umat islam tika mereka berhijrah ke habsyah, bila dia masuk islam, nabi dan sahabat sambut dengan kegembiraan!!

Persoalannya :-

"Mengapa perlu kau sisihkan dan pulau mereka-mereka yang mahu berubah??"

Adakah dikau DENGKI?
Adakah dikau BENCI perubahannya?

Atau....

Adakah dikau bencikan kebaikan, dan dikau membenci orang yang ingin melakukan kebaikan?

Muhasabahlah bersama wahai temanku..

Berilah harapan dan bimbinglah mereka-mereka yg MAHU berubah..


sumber : Team Tarbiah Sentap
#tarbiahsentap3


Read More

Hari Ke-8 Puasa

2 comments


Hari Ke-8 Puasa | Tup tap tup tap dah hari ke-8 puasa yek.. Sekejap je masa berlalu.... Kang tetiba dah raya... huhu.. Cam biasa sabtu ahad aku memang bercuti berblog... Insyaallah sikit masa lagi bolehla berblog di hari cuti dengan lebih selesa.. 

Korang camne?? Puasa penuh atau dah terbabas tinggal puasa... hehe.. 

Aku dua tiga hari ni alhamdulillah rezeki banyak sangat.. Melimpah ruah.. Ada aje undangan untuk berbuka puasa... Syukur sangat... Macam-macam menu dah masuk kedalam perut ni time berbuka.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah... Terima kasih kepada yang sudi menjemput kami sekeluarga... hiks..

Hari ni tataw lagik plan masak ape.. Semalam sebenarnya dah siap-siap masak.. Then ada pulak call masuk jemput berbuka puasa di rumahnya.. Huhu.. Untuk tak menghampakan orang, aku terima undangan tu.. Lauk yang aku dah masak tu, buat bersahur aje la.. 

Puasa tahun ni meriah sikit.. Meriah dengan undangan berbuka.... hehe.. 


Read More

Giveaway Ramadan 2016 By NurAlja

6 comments

Assalamualaikum wbt..


Giveaway Ramadhan 2016 oleh NurAlia adalah satu cara untuk mengenali blogger lain disamping merapatkan ukhwah terutama pada blogger baru.. Jom meriahkan lagi Giveaway ini yang berlangsung dari 10 - 13 Jun 2016 Sahaja...


Pendapat aku tentang Blog NurAlia :-

1.  Dari segi template, bagi aku sangat menarik dan chomel.. Dari segi pemilihan warna.. Biru pink... Ohsem.. Susun atur yang kemas..

2.  Dari segi penyampaian atau entry blog pula, sangat best sebabnya banyak buat review... Tips2 yang berguna.. Tak membosankan bila baca setiap entry yang di upkan..

Wahh pendapat dah cam juri lak aku ni.. haha..!!


Tarikh Giveaway
10 - 13 Jun 2016


Read More

Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru

Friday, June 10, 2016

15 comments

Assalamualaikum wbt..


Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru | Hai korang..!! OK tak pagi ni?? hehe.. Pagi ni tengok dekat ruangan cit-cet, ada jemputan join giveaway oleh rakan baru dari  blog Nafas Baru, Nurina Izzati... 

Hadiah-hadiah yang ditawarkan:
1. Shawl x 3 (2 Shawl Madinah, 1 Shawl Vietnam)
2. Purse Kipling x 1
3. Keychain Vietnam x 7


Syarat-syaratnya :-

1. Follow blog ini. - Done
2. Subscribe YouTube channel : Nims Productions - Done 
3. Buat satu entry bertajuk “Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru”. Copy banner di atas dan link ke entry ini. - Done
4. Tinggalkan link entry anda di bawah post ini. - Done
5. Kalau tak keberatan sila nyatakan anda follower ke berapa dan subscriber ke berapa di YouTube supaya senang untuk disemak. (bagi follower dan subscriber baru) - Done ( blog #1264 | Utube #96 kowt.. hehe tak pasti tengok kat mane nombornye.. hiks.. )


Bila tengok hadiah... Hurmm MENARIK... Then tengok syarat lakk.. MUDAH... So, dengan senang hatinya aku join giveaway ni.. Yey...!! Disamping itu memang dah terniat nak support kawan-kawan yang buat giveaway... Alhamdulillah syarat tak susah.. Kalau syaratnya agak rumit, fikir 10 kali jugak nak join... Sebabnya di tempat aku ni melayar internet adalah agak terhad ye.. FB tak boleh.. Twitter pown tak boleh.. hehe...

Jom ar reramai join giveaway ni.. Leh la support antara satu sama lain disamping berkenal-kenalan antara kita..



Read More