Pengorbanan Seorang Adik Buat Seorang Kakak

Thursday, May 19, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Uh.. Mata masuk habuk pagi ni... Cerita  ni lama dah sebenarnya aku simpan dalam hp aku... Tapi baru pagi ni aku baca... Perghhh... Memang mata masuk habuk la... Sebelum ni tak berkesempanan nak baca... Sungguh tersentuh jalan cerita nya.. Boleh dijadikan pengajaran buat kita... Kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya... Kasih sayang yang tak boleh didapati dimana-mana... Sebab kisah ni sangat memberi inspirasi, aku nak abdikan kisah ni dalam blog aku... Boleh la korang juga memasukkan habuk ke dalam mata korang... haha!!...



Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai..

"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut;

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... Sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa dengan kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa, "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak.... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi... Aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.. 

Semoga bermanfaat perkongsian ini.

Pengorbanan sekecil mana pun, pasti diingati.. dikenang.. Janganlah berharap balasan semahal mana, kerana yang sikit itu sebenarnya itulah yg bernilai besar..

Ingatlah akan sillaturahim sesama manusia, apatah lagi sesama adik beradik..

❤❤❤❤❤❤❤❤

kenapa? mata masuk habuk ke?....
Read More

Segmen blogwalking hujung minggu by Ann

Wednesday, May 18, 2016

1 comment
Assalamualaikum wbt..

Nampak takkkk!! LA join segmen yang berunsurkan bloglist dan blogwalking lagik.. Haha.. Memang sah la buang tabiat yek..!! Jadi seronok pulak join segmen yang macam ni.. Yelah mane tak seronoknya, para pemenang dapat jadi bloglist untuk blog penganjur haaaa... Ahakzz.. 


LINK SINI
Klik banner untuk join sama..  Jangan memalu nak klik yekk hehe..!!


Kalau korang pun dah tersampuk macam aku jugak, jom la sama-sama join segmen by Ann ni disamping support kawan blogger kite ni.. 

Hadiah yang ditawarkan.. :-

** 3 Pemenang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Ann..
** Blogger Ann akan blogwalking ke blog para peserta seperti mana tajuk segmen ini..



Tarikh Segmen
16/5/2016 - 20/5/2016


Read More

Jom Blogwalking

No comments

Assalamualaikum wbt..

Hari ni memang membizi join Kursus Pengacaraan Majlis.. Tak punyai masa yang panjang untuk berehat-rehat di mana-mana blog kawan-kawan.. Ini pown sempat la jengok sekejap blog sendiri di waktu rehat... hehe.. Panjang lak membebel yek...

Okeh.. Macam yang semua tahu, 05hb haritu aku ada buat GA - First Giveaway Prelove by Lea Azleeya yang akan tamat akhir bulan ni 31 Mei 2016 untuk mencari 4 orang pemenang... Senarai pemenang pown aku dah senaraikan... Alhamdulillah, setakat ni aku dah blogwalking ke semua blog peserta GA aku dan aku follow juga... Terima kasih yang tak terhingga kepada para peserta yang sudi menyertai first GA aku yang tak seberapa ni..

Bagi korang yang belum menyertai dan sudi menyertainya boleh la klik kat Banner kat bawah ni ye.. Penyertaan korang semua sangat-sangat dialukan dan sangat-sangatlah aku hargai... Disamping kita dapat kenal antara satu sama lain..


Jom la join korang-korang semua.. Klik banner yek.. 


Korang juga boleh blogwalking ke blog-blog para peserta... Yang tak join pown boleh kalau nak blogwalking.... Tak salah.. Leh la kenal-kenal... tambah-tambah kenalan... Tak gitu..?? Kalau nak kenal @ blogwalking ke blog mereka leh klik gamboooo0o0oo kat bawah ni yek..



Klik pica untuk ke senarai peserta


Sebelum join tu mesti korang nak tahu apa hadiah yang disediakan atau lebih tepat lagik ditawarkan ye dak??.. Haa kalau nak tau korang leh laaa klik pulak gambar kat bawah ni ye.. Senarai hadiah akan tertera selepas korang buat klik-kan.. haha.. Rosak perkataan dapat kat aku.. haiss... Maafkan sayyeeee..!!



Klik pica yek untuk tau hadiah-hadiah nyeee...


Okeh.. hadiah pown dah tahu... so, apa lagik.. jom la join GA aku ni bagi yang belum join.. hikss.. Hadiah tak seberapa pown, harapnya korang sudila join yek... Terima kasih korang... Sayang korang semua.. :)


Read More

Pencarian Bloglist Jun 2016

Tuesday, May 17, 2016

7 comments

Assalamualaikum wbt..

Sejak kebelakangan ni, suka benar aku untuk join segmen pencarian bloglist.. Tataw la kenapa... Buang tabiat barang kali.. haha...!! Petang yang indah nan permai ni, dengan suka hatinya aku nak join segmen dari rakan blogger aku.. BEEHA AZMAN .... Apa-apa pown kasi up dulu banner yang comey lotte ni... hiks..!!


Nak join kalu... Sila klik banner ye..!!

Syarat-syarat yang ditetapkan mudah dan sudah aku patuhi.. Cewahh patuhi tuu... Ayat tamo kalah oh...!! Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah berupa ..... Beeha akan pilih 10 orang untuk dijadikan bloglist blog beliau bagi bulan Jun 2016  dan 5 blog akan di-review oleh beliau.. Ahakzz.. Best...!!

Ok.. Gut Luck kepada semua para peserta dan juga buat diriku sendiri.. hohoho...

Tarikh Tamat Segmen
04 Jun 2016



Read More

Review | Sample Drypers Touch

No comments

Assalamualaikum wbt..


Akhirnya sampai jugak sample pampers DRYPERS TOUCH yang ditunggu-tunggu sekian lama.. Sebenarnya dah lama apply untuk sample ni.. Tapi baru semalam mendapat.. hiks.. Thanks to Drypers team.. 


Semalam lepas balik kerja pergi shopping seluar kerja encik husband... Sampai rumah dah lewat... Sampai aje depan pagar rumah, tengok ada bende tergantung dekat pagar.. Ingatkan ape la.. Rupa-rupanya abang posmen sangkut sampul yang berisi Drypers Touch ni dekat pagar... Tak muat kowt dia nak sumbat dalam peti surat... hehe..


Masuk rumah, kasi la si kecik ni pegang.. Sekali dia koyak dua sampul surat tersebut.. haha.. Tak sabar leeee tuu nak tau ape dalam sampul tu... Keluarlah 2 pek sample Drypers Touch tersebut... Terus aje dia buat main... Seronok sangat dapat pampers baru.. Haha.. (Anak seronok ke mak yang seronok ni??) 1 Pek ada 2 keping Drypers Touch... Wahh teruja nak guna.. So, pagi ni, aku rasmikan Qhaliff dengan Drypers Touch ni sebelum hantar ke pengasuh... Aku pilih saiz M untuk sample ni.. Nasib baik la sample ni sampai sekarang.. Kalau sampai lebih lewat jawabnya sedekah dekat orang lain la.. Qhaliff dah nak bertukar saiz L dah... hehe..


Dari pemerhatian aku pagi tadi.. Drypers touch ni lebih selesa.. Lembut je.. Bahagian luarnya agak lembut apatah lagi bahagian dalam.. Saiz M tapi agak besar dari saiz M Drypers Wee Wee Dry... Tentang kebocoran, aku tak pasti lagi sebab baru aje test pagi tadikan... 


Mungkin dengan kualiti yang ada pada Drypers Touch ni, harganya pun sedikit mahal dari yang lain... So, kiranya berbaloi-baloi la dengan kualitinya... Aku pown tak beranilah nak beri komen lebih-lebihkan sebab baru pagi ni pakaikan untuk anak.. Tapi dari pemerhatian yang sedikit tu, aku dapat rasakan Drypers Touch ni agak selesa untuk anak kita... Bagi yang mementingkan keselesaan dan berkemampuan boleh la mencuba dan menggunakan Drypers Touch ini untuk anak-anak..  hehe..


Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan Drypers Touch ni boleh la klik kat SINI... Mana la tau kan kowt-kowt korang nak buat survey tentang Drypers Touch ni kan.. Aku punye review ni bukan la best sangat ayatnya dan tak berapa nak lengkap.. haha..!!


Read More