zalora
Showing posts with label zalora. Show all posts

Shopping Blouse Muslimah Moden Di Zalora

Friday, September 8, 2017

12 comments
Shopping Blouse Muslimah Moden Di Zalora  |  Baru-baru ni mood rajin tiba-tiba datang menyinggah.. Habis semua almari pakaian aku selongkar dan kemas.. Eh, bila dah kemas dan asingkan pakaian yang aku dah tak nak pakai lagi (ibarat habis madu sepah dibuang.. haha!!), rupanya koleksi baju aku yang masih boleh dipakai dah menyusut.. Patutlah aku rasa macam asyik dok ulang pakai baju yang sama aje sebelum ni.. Hurmm, jadi, aku pun berhasratlah untuk menambah koleksi baju aku terutamanya blouse.. Sejak dah berkeluarga ni, aku lebih selesa mengenakan blouse berbanding t-shirt... Memandangkan aku seorang yang berhijab, maka blouse yang menjadi pilihan aku adalah blouse muslimah moden.. Banyak juga online shop yang dah aku terjah untuk mencari blouse muslimah ni dan aku dah jatuh hati dengan koleksi blouse di Zalora.. Jom ikut aku shopping blouse muslimah moden di Zalora...

Zalora, zalora malaysia, blouse, blouse muslimah, tops, blouse murah, shopping blouse, beli blouse, blouse zalora, blouse moden, blouse muslimah moden
Shopping Blouse Muslimah Moden Di Zalora

Sebenarnya aku dah beberapa kali juga pernah bershopping di Zalora Malaysia ni.. Setakat ni perkhidmatan yang diberikan sangat memuaskan.. Tak kiralah dari segi kualiti barangan, servis penghantaran mahupun harga... Sebab itulah, kali ni aku kembali untuk bershopping di Zalora... Ok, kalau korang nak tahu, di Zalora Malaysia, terdapat pelbagai jenis Women Blouse dengan design yang menarik dan cantik yang boleh korang pilih mengikut citarasa masing-masing.. Memandangkan aku mencari blouse muslimah moden, makanya carian aku hanyalah tertumpu kepada blouse muslimah sahaja.. Hehe.. Kalau korang nak tengok koleksi blouse yang lain, korang kenalah terjah sendiri nanti ye.. Apa-apa pun jom tengok koleksi blouse muslimah moden yang cantik-cantik di Zalora Malaysia.. 



Wafiyya by Dollscarf...  Annura Blouse ini bercirikan peplum labuh sesuai untuk wanita muslimah.. Ini adalah salah satu blouse yang menjadi pilihan aku sebab blouse ni labuh dan menutupi bahagian 'belakang'... hiks... Pernahlah juga berangan nak memakai blouse peplum sebelum ni, tetapi banyak yang singkat.. Jadi aku kuburkan hasrat itu.. Bila dah terjumpa peplum yang labuh macam ni, haruslah aku grab sehelaikan... Sesuai dipadankan dengan skirt labuh.. Wahhh terlebih ayu lah pulak nanti yek!!! Jom tengok koleksi yang lain pula..



Aqeela Muslimah Wear... Overall Top.. Blouse ni lebih simple dan santai... Kalau korang suka yang simple dan santai, aku recommend sangat blouse ni.. Aku pun suka!!  Bolehlah pakai semasa bersantai dengan keluarga.. Takde lah rasa rimas sangatkan.. Yang penting keselesaan semasa hangout dengan anak-anak.. Kita masukkan dalam wishlist cepat-sepat ye... Huhu..




MsDahlia... Haura Tunic... Yeahhh aku berkenan sekali dengan blouse ni... Blouse yang aku cari-cari.. Sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis keramaian dan boleh bergaya sakan dengannya.. Boleh juga dipakai untuk ketempat kerja.. Labuh, sopan dan cantik... Itulah ciri-ciri yang ada pada blouse ni.. Cewahhh.. Korang tak merah mata ke tengok blouse ni?? Rugi tak grab tau...!!



Najjah.. Ayana Top dan Denim Tweed Top.. Aku dah masukkan dalam wishlist aku blouse yang berwarna kelabu tu.. Denim Tweed Top... Minat sangat dengan designnya.. Simple tapi menarik.. Paling penting breastfeeding friendly... Ada zip di depannya.. Sangat sesuai untuk ibu yang sedang menyusu... Jadi, ibu yang sedang menyusu jom pakat-pakat beli blouse cantik ni...



Orite yang ni pula dari 2 butik berbeza.. Dua disebelah kiri dari butik Soonaru Muslimah dan 2 lagi disebelah kanan dari  butik Qasaya... Kedua-dua design blouse ini ada daya tarikan tersendiri yang membuatkan aku tak teragak-agak untuk memasukkannya dalam senarai koleksi blouse aku.. Hehe.. Ayana Blouse dari Soonaru Muslimah, designnya nampak lebih moden manakala Katy Printed Blouse dari Qasaya pula, nampak lebih sweet.... 

OMG!! Banyaknya pilihan blouse muslimah moden di Zalora Malaysia... Yang mana satu harus aku pilih.. ?? Semuanya dah aku masukkan dalam wishlist aku.. Takan nak beli semua kot.. Rabak poket ohh!! Haha.. Jadi aku kena buat pilihan yang tepat... Beginilah aku bila dah menjamu mata di Zalora... Boleh rambang mata jadinya.. Kalau diikutkan hati, semuanya aku nak beli.. Tapi memandangkan aku dah buat bajet untuk shopping blouse ni, kenalah ikut bajet kan.. Boros itu amalan syaitonnnnn...!!

Oklah, aku nak bertenang sebentar sebelum aku membuat pilihan terakhir yang mana aku nak beli.. Jadi, kalau korang pun berminat untuk mendapatkan blouse muslimah, korang bolehlah terjah laman web Zalora ye sebabnya terdapat banyak lagi sebenarnya koleksi blouse muslimah yang boleh didapati daripada Zalora Malaysia ni... Selain pilihan yang banyak, harga pun sangat berpatutan... Bagi yang belum pernah bershopping di Zalora Malaysia tu, lepas ni bolehlah try shopping di Zalora.. Rasakan sendiri pengalaman bershopping dengan menikmati perkhidmatan yang terbaik diberikan buat korang... 

Aku sudah!! Korang bila lagi?? 


Read More

Firstime Berbelanja Di Zalora

Monday, October 10, 2016

12 comments
Assalamualaikum wbt..


Firstime Berbelanja Di Zalora  |  Cerita ni dah lama sebenarnya.. Baru hari ni berkesempatan nak up entry tentangnya.. Ahakzz.. Kire cam throwback la kan.. Firstime berbelanja di Zalora.. Ye, inilah kali pertama aku bershopping di Zalora.. Sebelum ni hanya dok usha aje tak beli pown.. Hehe.. Apa yang aku beli kat sana ye?? Kalau korang nak tahu, jom teruskan pembacaan korang ye sampai habis.. 

Pada mulanya aku rasa cam nak beli foundation sebab dah lama kowt tak guna foundation.. Usha la dekat foundation section... Hurmm cam takde yang menarik hati pulak... Pastu terjah pulak lipstick section.. Wahhh terus teruja badak aku.. Banyak gile kowt jenis lipstik.. So, aku decide beli lisptik sahaja... Lipstik apa jadi pilihan aku?? Jom skodeng..!!

LIPSTICK GOLDEN ROSE!!



Yes, aku beli 2 ketol Golden Rose Velvet Matte Lipstick... Aku kalau beli lipstik mesti pilih yang jenis matte.. Nampak lebih sempurna dibibir dan kene dengan muka aku.. Hehe.. Bila pakai yang shine, rasa tak kene aje dengan muka aku ni.. Tataw la kenapa.. Atau mata aku yang bermasalah.. Tapi memang aku tak suka lipstik jenis shine.. huhu..

Ikutkan hati nak rembat semua warna.. Tapi apakan daya duit tiadaaaaaaa.. Haha cam lagu jerk ye.. Lipstik Golden Rose ni warna dia semuanya menarik.. Dalam banyak-banyak warna aku pilih No. 16 & No. 12... Susah gile kowt nak buat pilihan.. Semua lawa warna dia.. Berhari-hari dok fikir nak pilih warna apa.. Lastnya rembat dua warna ni aje la dulu buat masa ni.. Akan datang maybe aku beli lagi.. Rasa cam nak kumpul lipstik Golden Rose pulak lepas ni.. Aku dah jatuh chentaaa dengan lipstik golden rose ni... Jom tengok 2 warna pilihan aku dengan lebih dekat...

Golden Rose Velvet Matte Lipstick 

Pilihan aku : NO. 12 & 16

NO 16 : Brown Beige


Golden Rose Lipstick ni berasal dari Turki.. Tak rugi beli lipstick ni sebab warna dia cantik dan selesa bila di pakai.. Terasa yakin pada diri bila pakai lisptick ni.. Cewahh.. Gituuu!! Kalau korang pown berkenan dengan warna ni dan nak tengok warna-warna lain lagi, korang boleh la terjah laman web Zalora ye.. Banyak gile kowt warna-warna yang terlebih ohsem kat sana menanti korang.. Jom aku kasi link untuk memudahkan korang bershopping produk Golden Rose ni..


Golden Rose di Zalora


Read More

Lip Balm Body Shop Malaysia Terbaru

Monday, September 26, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Lip Balm Body Shop Malaysia Terbaru  |  Hi korang!! Siapa dekat sini pengguna tegar lip balm angkat tangannnnn!! Haha.. Okeh, kali ni aku nak perkenalkan kat korang Lip Balm terbaru keluaran The Body Shop... Kalau korang adalah pengguna setia produk The Body Shop mesti korang tak sabar nak beli Lip Balm yang ohsem ni untuk menambah koleksi make up korang kan.... Hehe.. Ok, tamo bebel pepanjang, moh le aku perkenalkan kat korang Lip Balm Body Shop terbaru...


The Body shop merupakan antara jenama kecantikan yang sangat digilai oleh pencinta kosmetik.. Malah di Malaysia terdapat banyak cawangan The Body Shop di pelbagai pusat membeli-belah dan menjadi tumpuan ramai wanita... Jenama ini telah melebarkan sayapnya di pelbagai negara di seluruh dunia dan diakui sebagai antara jenama kecantikan yang paling dipercayai oleh para pelanggannya...


Jenama The Body Shop amat terkenal dengan rangkaian produk kecantikan dengan pilihan yang sangat meluas... Antara produknya yang paling popular ialah pelembap bibir... Jom kita lihat 3 jenis Body Shop Lip Balm yang paling menjadi kesukaan wanita di Malaysia! Keep scrolling!..

The Body Shop - Born Lippy Poisonberry Passionfruit Rouges

A lips moisturiser in a pot is all you need!! Born Lippy Poisonberry Passionfruit Rouges ni adalah pelembab bibir yang melembapkan dan memberikan tekstur yang bersinar bersama perisa berry eksotik yang membuatkan bibir anda kelihatan 'smooth' dan tampak lembut..

The Body Shop - Born Lippy Stick Lip Balm Pomegranate

Born Lippy Stick Lip Balm Pomegranate ini pula adalah sejenis pelembab bibir yang hadir dalam bentuk 'stick'.. Pelembap bibir ini menbuatkan bibir anda a pop of colour, a shot of moisture and a soft shine... Ianya melembapkan bibir anda dan membuatkannya kelihatan bersinar serta hadir dengan perisa buah delima..

The Body Shop - Wild Argan Oil Solid Oil Lip Balm

Rich solid oil for soft, radiant lips, enriched with organix Community Fair Trade argan oil form Morrocco.. Ini adalah lip balm yang anda pasti mahukan bagi mendapatkan indulgent solid oil texture with instant hydration.. Lip balm ini memberikan bibir anda rasa lebih lembut and smooth kerana kaya dengan minyak argan Community Fair Trade Wild dari Morocco..

Haaa macam mana?? Ohsem-kan Lip Balm Body Shop ni.. Rugi tau kalau tak cuba Lip Balm keluaran The Body Shop ni.. Kalau korang nak tahu, aku dah pernah guna Lip Balm yang jenis stick tu.. Memang ohsem laa.. Moist aje rasa bibir... Lembut bak sutera.. cewahhh!! Tapi aku dapat guna sekejap je sebab adik aku dah rembat lip balm tersebut.. Katanya, lip balm ni lain dari yang lain... Dia suka... Hurrmmm jawabnya terpaksa la aku  beli yang lain lepas ni.. Huhu.. Tapi serius, bibir aku dah tak kering bila guna lip balm The Body Shop ni.. Memang terbaikk!!

So, apa tunggu lagi?? Korang pown kene cuba tau.. Rugi tak cuba.. Seriuss ohhh!!




Read More