chilindo
Showing posts with label chilindo. Show all posts

Chilindo.com Buat Aku Meroyan!!

Tuesday, August 1, 2017

24 comments
Chilindo.com Buat Aku Meroyan!!  |  Apa sudah jadi ni?? Aku pun terjebak sama membida barang di Chilindo.com sehinggakan menyebabkan aku MEROYAN...!! hahaha... Kalau dah masuk laman web Chilindo memang susah nak keluar... Banyak sangat barang menarik yang boleh dibida.. Baru-baru ni aku saje la test membida di Clilindo.. Ternyata ianya membawa kesan ketagihan yang agak kronik.. Nasib baik aku dapat kontrol lagik nafsu membeli aku ni.. Hehe.. Sesambil dok menahan nafsu membeli, sempat jugak la berjaya membida beberapa barang... Apakah gerangan barangan itu?? Jom kite selongkar kotak Chilindo itewww!!

Chilindo.com Buat Aku Meroyan!!
Chilindo.com Buat Aku Meroyan!!

Mula-mula aku sendiri tak yakin dengan laman web Chilindo ni.. Betul ke laman web ni.. Boleh percaya ke... Tapi bila aku tengok ramai rakan blogger dah membida barang disana dan barang pun sampai dengan selamatnya dimuka pintu, barulah aku yakin yang laman web ni tidak menipu... Dan akhirnya aku pun terjebak sama mencuba nasib membida barang yang aku rasa aku nak miliki.. 


Setelah membuat bidaan beberapa kali, dan inilah hasilnya.. Tak de la banyak.. Ni pun aku main sambar aje.. Rasa berkenan je, aku terus bida.. Alhamdulillah nasib menyebelahi aku dan aku dapat dengan harga yang murah.. Murahlah bagi aku sebab setiap barang yang ada, harganya tak sampai pun RM13.. Ada yang dua ringgit lebih, tujuh ringgit lebih.. paling mahal rasanya 12 ringgit lebih.. hehe.. Total semua barang yang aku beli ni RM53.54 termasuk kos penghantaran dan juga caj perkhidmatan.. Kire ok la kan.. Paling aku suka, jam dinding yang unik tu.. Memang terbaik.. Rasa nak beli lagik 2 ketol pasni.. Haha..!!

Kalau korang nak cuba membida juga, moh le pakat terjah laman web www.chilindo.com sekarang.. Banyak sangat ohh barang kat sana.. Boleh gile meroyan nanti.. kohkohkoh!!


Read More