9herb
Showing posts with label 9herb. Show all posts

Make Up Tahan Lama Dan Lebih Cantik Dengan Beauty In The Drops 9Herbs

Saturday, November 11, 2017

12 comments
Make Up Tahan Lama Dan Lebih Cantik Dengan Beauty In The Drops 9Herbs  |  Wanita dan make-up berpisah tiada.. Betul tak? Atau ada yang tak suka bermake-up kat sini? Tak dinafikan, ada juga yang tak suka pakai make up tetapi bilangannya lebih kecil dari yang suka bermakep.. Macam aku sendiri, kalau keluar mesti nak bermake-up kecuali kalau datang angin malas, memang make-up ala kadar aje.. Aku bila pakai make-up mesti nak kena pastikan make-up yang aku pakai tahan lama dan tak bercapuk bila berpeluh.. Nak tahu macam mana cara untuk make-up tahan lebih lama? Jom aku ajar korang.. 


Cara Untuk Make Up Tahan Lebih Lama

Ok, kali ni aku dengan baik hatinya nak share dengan korang tips untuk jadikan make-up yang korang pakai tu boleh tahan lama dan lebih cantik dari biasa.. Moga dengan tips yang aku kongsikan ni dapat membantu korang semua..

1.  Pastikan Wajah Bersih Sempurna
Sebelum bermake-up, seharusnya korang cuci dulu wajah korang sebersih-bersihnya.. Please jangan malas ye.. Jangan cuci ala kadar saje hokeh.. Pastikan korang bersihkan wajah korang dengan sempurna.. Kalau tak dicuci dengan sempurna, kotoran dan minyak yang masih berbaki di muka korang tu akan membuatkan make-up korang mudah hilang.. Ok, selepas dah bersih sempurna, seelok-eloknya pakailah pelembap yang mempunyai SPF supaya kulit muka dapat dilindungi dari sinar uv...

2.  Pilih Produk Yang Sesuai Dengan Kulit
Pemilihan produk make-up perlulah bersesuaian dengan kulit korang.. Kalau kulit korang jenis berminyak, pilihlah make up yang jenis oil-free.. Jangan pula korang pergi bantai beli make-up yang berminyak pula.. Nanti bertambah-tambahlah berminyaknya muka korang tu.. Ingat tau!!

3.  Menggunakan Bedak Tabur
Bedak tabur digunakan selepas make-up bagi menghasilkan make-up yang lebih sempurna... Selain itu juga, bedak tabur ini berfungsi untuk menjadikan make-up tahan lebih lama.. Jadi, jangan lupa shopping bedak tabur ye lepas ni.. Hehe..

4. Penggunaan Make-up Primer
Penggunaan make-up primer sangat penting kerana ianya dapat membuatkan kulit kita jadi lebih lembut dan make-up boleh bertahan lebih lama.. Make-up primer ini perlu dipakai menyeluruh sehingga bahagian leher untuk nampak lebih sekata.. Kalau korang nak tahu, inilah rahsia aku untuk make-up tahan lama dan lebih cantik.. Guna make-up primer lebih mudah, tak cerewet dan jimat masa.. Nak tahu aku guna make-up primer jenama apa? Mari aku kongsikan dengan korang semua..

Make Up Tahan Lama Dan Lebih Cantik Dengan 9Herbs Beauty in the Drops

make up tahan lama, beauty in the drops, 9herbs, make up primer, day serum, serum muka, serum terbaik,
Make Up Tahan Lama Dan Lebih Cantik Dengan Beauty In The Drops 9Herbs

Inilah rahsia aku.. Dengan Beauty in the Drops (BitD) dari 9Herbs Health & Beauty ni, make up aku tahan lama dan lebih cantik.. Siap ada effect glowing tau dan paling best make-up tak bercapuk.. Tapi perlu diingat ye, bila apply BitD ni  kat muka janganlah berlebihan tau, kalau terover pakai nanti make up akan  mudah bercapuk... So, pakai berpada-pada ye dalam kuantiti yang sepatutnya barulah make up tahan lama dan tak bercapuk.. Kalau korang nak tahu, MUA pun ramai yang gunakan make up primer Beauty in the Drops ni untuk dapatkan hasil make up tahan lebih lama dan cantik glowing..  Mesti korang tak sabar nak tahu lebih lanjut tentang produk ni kan... Jom aku story mori kat korang tentang keistimewaan Beauty in the Drops ni.. Mesti korang teruja.. 

Apa itu Beauty in the Drops?


Beauty in the Drops (BitD) merupakan UV Face Primer dan Luminous Day Serum.. Ia bertindak sebagai asas sebelum menggunakan make up atau selepas make up dan juga boleh digunakan tanpa make up yang dapat membantu melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas.. Kalau korang nak tahu, dalam Beauty in the Drops ini mengandungi minyak Argan dan minyak Jojoba yang sangat kaya dengan antioksidan dan membantu mengawal minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit.. Selain itu, ia juga mengandungi Vitamin E untuk anti-penuaan.. Baunya pun best tau.. Wangi dan menyegarkan, terhasil dari minyak aromaterapi.. Memang menyenangkan bila apply kat muka.. 

2 Bahan Utama Dalam Beauty in the Drops


Minyak Argan
  • Sepertimana yang kita tahu, minyak Argan ni kaya dengan Vitamin E dan Omega 3, 6 & 9 serta sesuai untuk semua jenis kulit.. Ia juga sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit.. selain itu, dapat melembab, menegang, menghalus dan mencerahkan kulit serta dapat mengatasi jerawat, radang dan sunburn serta menjadikan kulit lembut dan bersinar secara semulajadi..
Minyak Jojoba
  • Minyak Jojoba merupakan lilin cair atau Wax Ester yang memiliki ciri-ciri yang sama dengan struktur kulit manusia dan sangat sesuai untuk kulit sensitif. Minyak Jojoba ini mampu melembut, melembap dan menghaluskan kulit.. Disamping itu juga, ia dapat mengatasi masalah kulit berminyak, mencegah jerawat, anti radang dan sebagai anti penuaan serta dapat menjadikan kulit sihat dan cantik..

Bagi yang tak suka pakai make up pun boleh guna Beauty in the Drops ni tau sebab ianya boleh dipakai tanpa mengenakan sebarang solekan dan boleh melindungi kulit dari sinaran uv bila korang berada di luar.. Nahhh mudahkan.. Kalau malas make up, just pakai Beauty in the Drops ni pun dah cukup.. Muka tetap glowing uollsss... Bukan glowing aje tapi berseri-seri dan lembut.. Oh ye, produk ini juga tahan lama dan kalis air.. Bagi yang kaki make up pula, bila korang guna BitD ni, make up korang mampu bertahan selama 12 jam.. Wow, lama tu wehh!! Bestkan?..

Apakah Kesan Penggunaan Beauty in the Drops?


Kalau dilihat bahan-bahan aktifnya, ternyata Beauty in the Drops ini mempunyai banyak manfaatnya kerana bahan aktifnya adalah 100% dari bahan semulajadi yang mengandungi pelbagai khasiat.. Tentu korang nak tahu apakah kesan yang diperolehi dari penggunaan Beauty in the Drops ni kan?.. Jom kite semak satu persatu..
  • Menjadikan wajah jelita secara semulajadi
  • Merawat bintik dan tompok hitam di wajah
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan
  • Menutup liang pori bekas jerawat
  • Mencerahkan wajah
  • Melembapkan wajah
  • Menegangkan kulit wajah
  • Melembutkan kulit wajah
  • Merawat tona kulit tidak sekata
  • Meremajakan dan menganjalkan kulit
  • Merawat kulit kusam
  • Merawat kulit berminyak
  • Menghilangkan jerawat halus
  • Menghalang pertumbuhan jerawat baru

Apa Kelebihan Beauty in the Drops?

Antara kelebihan yang korang akan perolehi dengan menggunakan Beauty in the Drops ini adalah :-
  • Mudah dipakai dan menjimatkan masa
  • Dapat mencantikkan dan merawat wajah
  • Mengandungi 100% bahan semulajadi
  • Bersih dan merawat kulit dari dalam
  • Kulit lebih cerah dan glowing tanpa make up
  • Tiada bahan kimia merbahaya
  • Selamat, tiada kesan sampingan
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Kaya dengan antioksidan
  • Tidak berminyak



Cara Penggunaannya

Cara nak gunanya sangatlah mudah.. Semudah ABC bak kata orang.. Ikut aje step yang aku bagi kat bawah ni ye...
  1. Goncang dulu sebelum digunakan
  2. Picit hujung getah penitis, kemudian lepaskannya.. 
  3. Longgarkan penitis dari bekas kaca
  4. Picit perlahan-lahan hujung getah penitis dan terus titiskan ke sekitar muka iaitu di dahi, pipi, hidung dan dagu, kemudian ratakan keseluruh wajah
  5. Lepastu, bolehlah mula bermake-up..
Tips
  • Untuk hasil lebih baik, titiskan sekali lagi sebagai sentuhan terakhir.. Bak kata omputeh, make up finishing..
  • Untuk kesan lipstik yang lebih lama dan fresh, boleh titikkan pada bibir dan ratakan.. Lepas tu boleh apply lipstik kegemaran korang.. 
Info
  • Satu botol Beauty in the Drops ini mengandungi 30ML bersamaan 750 titik dan ianya dapat bertahan selama 3 hingga 4 bulan mengikut kekerapan penggunaannya..


Tekstur Beauty in the Drops


Orite, bercerita pula tentang tekstur Beauty in the Drops ini.. Warnanya ofkoslah warna purple iaitu warna kegemaran aku sendiri.. Hehe.. Kebetulan pulak ye.. Teksturnya tak terlalu pekat dan likat tetapi sedikit cair dan mudah diapply ke wajah.. Di dalamnya ada bling-bling tau.. Inilah yang memberikan effect glowing pada wajah si pemakai.. Wajah nampak lebih sihat, cantik dan berseri gitu.. Aku suka dengan baunya.. Harum dan sangat menenangkan..


TAK MELEKIT ok!! Kulit menjadi lembap dan lembut bila disentuh..
Itu yang bestnya tentang Beauty in the Drops ni.. 

Jom tonton video dibawah ini untuk lihat dengan lebih jelas teksturnya..



Testimoni Pengguna Beauty in the Drops 








Dapatkan Beauty in the Drops Dari 9Herbs Untuk Make Up Tahan Lama Dan Lebih Cantik 

Dengan hanya menggunakan Beauty in the Drops ini, korang akan dapat apa yang korang inginkan selama ini.. Make up tahan lebih lama, kulit wajah glowing dan flawless serta wajah cantik berseri sekelip mata tanpa sebarang make up.. Jadi, tunggu apa lagi, jom dapatkan Beauty in the Drops ini sekarang.. Jangan sampai kehabisan stok, nanti korang yang menyesal.. Jom beli sekarang..!!

Berita baik untuk semua pembaca Blog Lea Azleeya.. Untuk pembelian Beauty in the Drops di website 9Herbs, korang berpeluang menikmati special offer dengan menggunakan Promo Code seperti dibawah :-
IMC-BitD#1

Jangan lupa tuntut Promo Code anda SEKARANG untuk mendapatkan tawaran istimewa!!


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Whatsapp
012-454 0187 - Kak Raaina


Read More