Srikandi Cintaku (OST Hantu Kak Limah) Nyanyian Dato' Awie & Mus May Buat Aku Tersenyum

Saturday, August 11, 2018

Srikandi Cintaku (OST Hantu Kak Limah) Nyanyian Dato' Awie & Mus May Buat Aku Tersenyum |  Kecoh sekarang ni dekat facebook orang dok bercerita tentang filem komedi seram terbaru arahan Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah.. Majoriti berpendapat filem kali ni lebih kelakar dari yang sebelum ni.. Aku tidak pasti kebenarannya sebab aku belum lagi berkesempatan menontonnya sendiri.. Tak sabar juga sebenarnya untuk menonton filem Hantu Kak Limah ni yang telah mula ditayangkan di pawagam pada 9 Ogos yang lalu..



Bukan sahaja filem ini disebut-sebut oleh orang tetapi OST filem Hantu Kak Limah ini juga viral dimana-mana.. Jika dulu, lagu Cinta Kristal nyanyian asal Rahim Maarof viral, kali ini lagu Srikandi Cintaku pula menjadi pilihan untuk OST Hantu Kak Limah ini yang dinyanyikan semula oleh Dato' Awie dan juga Mus May..


Best ke? Ofkos la best weh!! Dua lagenda rock malaysia tu..

Aku memang salah seorang peminat mereka sejak dulu lagi.. Asal Dato' Awie berlakon, mesti kena tengok.. Asal Mus May nyanyi, mesti nak kene dengar.. Eh, Dato' Awie tak nyanyi ke? Haha!! Ofkoslah kene dengar juga kalau Dato' Awie nyanyi.. Dorang  ni memang bersuara emas.. Rasanya setakat ini tiada gantinya mereka ni.. Kalau dulu, lagu Cinta Kristal kembali menjadi siulan selepas Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ditayangkan, kini Srikandi Cintaku pula menjadi sebutan.

Korang dah tengok ke video klip OST filem ini? Comel sangat weh!! Serius aku cakap, Srikandi Cintaku (OST Hantu Kak Limah) nyanyian Dato' Awie dan Mus May buat aku tersenyum sebabnya video klipnya sangatlah 'comel'.. Haha!! Ditambah pula gabungan dua suara lagenda rock Malaysia yang mantap.. Memang meletop la jawabnya! Yang mana belum tengok, meh tonton sini..


Srikandi Cintaku (OST Hantu Kak Limah) 
Nyanyian Dato' Awie & Mus May

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan mu penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Kan ku usung oh jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku


16 comments:

  1. tengah hangat di pasaran citer ni.. ehe..

    ReplyDelete
  2. Samalahhh Mai pun suka nafas baru lagu ni.. hehe.

    ReplyDelete
  3. Best la Lea...lagi satu duetnya ngam..

    ReplyDelete
  4. hehe..comel arhh otai masih berbisa gituhh..catchy2 dia punya nafas baru

    ReplyDelete
  5. Ana pun tak sempat nak tengok lagi. Sob sob. Lagu dah sedap apa lagi movie dia kan. Lagu lama dengan nafas baru. Memang terbaik.

    ReplyDelete
  6. Tgh meletop cerita nie..kami x tengoj lagi..huahua..

    ReplyDelete
  7. Lagu dia best dengar cerita tu x tgk lagi

    ReplyDelete
  8. Belum tengok lagi Hantu Kak Limah...cadangnya sabtu nanti..tengok la cane

    ReplyDelete
  9. Kalau tengok nyanyian diorang dalam filem lagi mengancam.. Meremang bila dengar suara dioran tambah part mus may tarik tu.. Pergh..

    ReplyDelete
  10. ha'ah, memang best part dorang berduet menyanyi lagu ni..sedap dengar walaupun dah tukar rentak dia..dan cerita dia memang best..kelakar...

    ReplyDelete
  11. ha'ah, memang best part dorang berduet menyanyi lagu ni..sedap dengar walaupun dah tukar rentak dia..dan cerita dia memang best..kelakar...

    ReplyDelete
  12. ha'ah, memang best part dorang berduet menyanyi lagu ni..sedap dengar walaupun dah tukar rentak dia..dan cerita dia memang best..kelakar...

    ReplyDelete
  13. ha'ah, memang best part dorang berduet menyanyi lagu ni..sedap dengar walaupun dah tukar rentak dia..dan cerita dia memang best..kelakar...

    ReplyDelete
  14. belum sampai aura hantu kak limah lagi ni..hihi

    ReplyDelete
  15. Fuyoo mantap la lagu ni jadi ost...

    ReplyDelete