Pakar Mengesyorkan Makanan Berkhasiat Menjamin Mental Yang Fokus Untuk Kecemerlangan Akademik

Pakar Mengesyorkan Makanan Berkhasiat Menjamin Mental Yang Fokus Untuk Kecemerlangan Akademik |  Siapa yang tidak kenal dengan satu jenama besar di Malaysia iaitu BRAND'S.. Rata-rata rakyat Malaysia pasti sudah sinonim dengan jenama ini.. Pada 24 Ogos 2018 yang lepas, mereka mengadakan BRAND’S® SMART Achievers Award yang ke-12 bagi memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian paling cemerlang dalam peperiksaan dan juga aktiviti kokurikulum. Yang bestnya, tahun ini BRAND'S menjemput pakar dari Singapura untuk berkongsi tentang sains disebalik Essence of Chicken BRAND.. 

WE DID IT! BRAND'S Smart Achievers 2018 recipients

Amalan pemakanan berkhasiat adalah satu faktor penting bagi mencapai tahap prestasi optimum untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran serta aktiviti ko-kurikulum seseorang, kerana ia menjadikan minda serta tubuh badan lebih bersedia dalam meningkatkan produktiviti, sesuatu yang ramai kurang memberi perhatian kerana kesibukan rutin harian semasa di peringkat sekolah lagi.

Mengamalkan pemakanan berkhasiat menjamin tahap mental yang lebih fokus serta daya tumpuan seseorang dalam meningkatkan produktiviti, membantu mengurangkan tekanan dan membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk menjalani aktiviti seharian bermula dari pagi sehingga lewat malam - Yau Chin Chin, Pengurus Kanan, Bahagian Permohonan & Kajian Saintifik, BRAND’S® Suntory Asia.

Yau Chin Chin, BRAND'S Suntory Asia's Scientific Research & Application Senior Manager

Bercakap kepada ibu bapa dan para pelajar pada majlis penyampaian hadiah BRAND’S® SMART Achievers Award, beliau berkongsi tentang informasi sains di sebalik produk terkenal BRAND’S® Sari Pati Ayam serta menerangkan tentang bagaimana ianya boleh mengurangkan kelesuan fizikal, meningkatkan daya tumpuan secara mental dan mengekalkan kesejahteraan emosi.

Satu-satunya pati ayam dalam pasaran yang disokong oleh lebih daripada 44 kertas saintifik antarabangsa dan hasil kajian klinikal membuktikan bahawa pengambilan harian BRAND’S® Sari Pati Ayam mampu meningkatkan daya ingatan sehingga 15% serta meningkatkan daya tumpuan sebanyak 22% sambil menambahkan metabolisme sehingga 16%.

Peningkatan aliran darah serta saluran oksigen ke otak dan tubuh badan akan menghindarkan keletihan mental dan fizikal, di samping mengurangkan kemurungan serta tekanan hormon, kortisol, supaya keupayaan untuk kekal cerdas atau fokus tidak terjejas - Yau Chin Chin, Pengurus Kanan, Bahagian Permohonan & Kajian Saintifik, BRAND’S® Suntory Asia

One of the guests exploring Seenz band, one of the interactive games set up during the event

Ini dapat membantu para pelajar untuk mengekalkan minda yang tajam dan mempunyai daya tumpuan yang lebih baik semasa di dalam kelas dan ketik mengulangkaji pelajaran, manakala peningkatan aliran darah dan metabolism membantu untuk mengekalkan tahap tenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti mereka sepanjang hari.

Sebagai sokongan daripada hasil-hasil kajian tersebut, seramai sekurang-kurangnya 21 orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan akhir mereka tahun lepas dan mereka telah pun dipilih untuk menerima anugerah di majlis BRAND’S® SMART Achievers Award.

BRAND'S Smart Achievers 2018 SPM category recipients

BRAND'S Smart Achievers Award 2018 College _ University Category recipients

Bermula daripada sekolah menengah sehingga ke peringkat universiti, mereka semua dipilih daripada ratusan permohonan untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik, bagi mendapatkan penganugerahan yang didambakan, yang hanya akan diberikan kepada penerima paling cemerlang dalam bidang akademik dan prestasi kurikulum tambahan.

Dengan rasa penuh bangga, para pelajar dan ibu bapa mereka telah hadir ke majlis pengaugerahan yang istimewa ini, yang mana mereka telah menerima hadiah berupa wang tunai dan hamper produk sebagai penghargaan. Mereka datang daripada 8 negeri yang berlainan sejauh Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Perak.

BRAND’S® SMART Achievers Award mempunyai 4 kategori yang menawarkan hadiah berupa wang tunai – PT3/UEC Tingkatan 3 (RM500), SPM (RM1,000), STPM/UEC Tingkatan 6/pra-universiti (RM1,500) dan peringkat university/kolej (RM2,000).

Yong Kai Sze from Perak one of the recipients under PT3 category

(L-R) Teh Yoong Sin (STPM recipient), Kuang Ming Ming and Loke Wai Yan (Form 6 UEC recipient) at the BRAND'S Smart Achievers Award 2018 event

Program ini bertujuan untuk menggalakkan dan membolehkan generasi muda untuk mencapai kebolehan mereka dan terus untuk mencapai cita-cita untuk menjadi seorang pemimpin di masa hadapan. Program ini juga telah menganugerahkan hamper 280 para pelajar elit bermula daripada tahun 2006.

BRAND’S® memberi penganugerahan kepada para pelajar cemerlang dengan hadiah wang tunai yang lumayan serta memberikan pengiktirafan bagi kalangan rakan sebaya mereka kerana telah menjadi ahli kumpulan elit BRAND’S® SMART Achievers. Penganugerahan ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada mereka yang mana ianya bukan dahaja sekadar memperolehi keputusan akademik yang cemerlang malah juga mencapai prestasi yang baik dalam aktiviti ko-kurikulum sebelum memohon untuk memasuki kelab yang berprestij ini - Kuang Ming Ming, Pengurus Besar, BRAND’S® Suntory Malaysia.

Pendaftaran untuk memasuki Anugerah tahunan yang terkenal ini telah pun dibuka sehingga 31 Disember 2018 dan para pelajar yang menduduki peperiksaan akhir pada tahun ini boleh memulakan hasrat impian mereka sekarang untuk menjadi salah seorang penerima anugerah BRAND’S® SMART Achievers pada tahun hadapan.

We nailed it guys!

Muat turun borang pendaftaran yang boleh didapati di laman web www.brandsworld.com.my atau mereka boleh mendapatkannya di Pusat Perubatan Cina terpilih serta farmasi utama, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara, yang mana BRAND’S® Sari Pati Ayam yang berkhasiat ini boleh didapati bagi membantu untuk meningkatkan kuasa ketahanan minda dan tubuh badan untuk para pelajar yang sedang membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan.



Dikeluarkan di kilang yang disahkan HALAL bertempat di Bukit Jelutong, BRAND’S® Sari Pati Ayam merupakan minuman berkhasiat semula jadi yang dihasilkan tanpa garam tambahan dan bebas kolesterol dan lemak, sesuai untuk diminum setiap hari.



7 comments on "Pakar Mengesyorkan Makanan Berkhasiat Menjamin Mental Yang Fokus Untuk Kecemerlangan Akademik"
  1. Sha pernah minum pati jenama Brands ini.. Bagus..

    ReplyDelete
  2. Tubuh cergas..minda cerdas..menjana generasi yang berkualiti...justeru jaga kualiti pemakanan adalah utama.

    ReplyDelete
  3. bila badan cergas,barulah boleh buat kerja kan..Brands ni dah lama berada di pasaran,ramai jugak penggunanya..nampak produk ni bagus kan

    ReplyDelete
  4. busyra pernah baca bebrapa review mngenai produk ni.. mmg terbaik rata2 review yg bagi tau. tq kak lea sharing. :)

    ReplyDelete
  5. Kalau dah pakar kata bagus, why not cuba kan?

    ReplyDelete