Suffy B Genius Menjadikan Si Manja Kekal Sihat, Bijak Dan Kuat

Suffy B Genius Menjadikan Si Manja Kekal Sihat, Bijak Dan Kuat  |  Semakin membesar anak semakin kurang jumlah pengambilan susu.. Sebabnya mereka dah makan pelbagai jenis makanan yang mungkin bagi mereka lebih sedap dari susu yang mereka minum.. Kebanyakannya akan mengalami masalah ini.. Begitu jugalah dengan anak aku si Qhaliff tu.. Semakin hari semakin kurang jumlah pengambilan susunya.. Risau juga aku sekiranya dia tidak mendapat nutrisi yang secukupnya untuk perkembangan otak dan badannya.. Kadang aku terfikir, mungkin dia dah bosan dengan rasa susu yang dia minum sekarang ni.. Untuk tidak terus menerus runsing, aku mencari alternatif lain bagi membolehkan dia mendapat nutrisi yang secukupnya dengan menukar susunya.. Susu apa yang menjadi pilihan aku? Ya, sudah tentulah susu tepung Suffy B Genuis yang boleh menjadikan si manja kekal sihat, bijak dan kuat..

Suffy B Genius Menjadikan Si Manja Kekal Sihat, Bijak Dan Kuat

Suffy B Genius? Susu apa tu? Tak pernah dengar pun.. Haaaa mesti ramai yang tertanya-tanya tentang susu formula Suffy B Genius ni kan.. Jangan risau, nanti aku akan perkenalkan kepada semua terutama ibubapa yang mempunyai anak 1-3 tahun tentang susu Suffy B Genius ini.. Sebelum tu, jom kita ambil tahu serba sedikit tentang jenis makanan yang diperlukan dalam diet Si Manja yang berusia 1 tahun dan keatas.. Jangan pandang remeh perkara ni ye kerana dalam diet Si Manja, keperluan susu masih penting buat Si Manja untuk membesar kekal sihat, bijak dan kuat .. Sila jangan abaikan ye ibubapa sekalian.. Hehe.. Jom semak!!

Jenis Makanan Yang Diperlukan Dalam Diet Si Manja 1 Tahun Dan Keatas

  • Apabila anak semakin membesar, mereka sudah boleh diperkenalkan dengan hidangan keluarga walaupun hidangannya perlu dihancurkan atau dipotong kecil-kecil terlebih dahulu..
  • Hidangan tersebut juga perlulah sesuai untuk si manja terutamanya dalam penggunaan gula, garam dan rempah ratus..
  • Susu juga masih memainkan peranan yang penting dalam diet si manja, meskipun jumlah pengambilannya semakin berkurangan iaitu kira-kira 2 - 3 hidangan produk tenusu dalam sehari.
  • Selepas si manja berusia 12 bulan, mereka boleh dipertimbangkan untuk diberi susu lembu penuh krim sebagai minuman utama dengan syarat si manja dibekalkan dengan diet yang baik, pelbagai dan seimbang.
  • Si manja juga hendaklah diberi makanan dari pelbagai jenis dalam jumlah hidangan yang ideal seperti 4 hidangan makanan karbohidrat sehari, 2-3 hidangan produk tenusu sehari (termasuk susu si manja), 1-2 hidangan daging atau pilihan lain sehari dan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari.

Suffy B Genius Menjadikan Si Manja Lebih Sihat, Bijak Dan Kuat 


Memandangkan dalam diet Si Manja, susu masih memainkan peranan penting, aku memilih untuk menukar susu Qhalif kepada jenama susu yang lain memandangkan sejak kebelakangan ni kuantiti dia menyusu agak berkurangan.. Jadi, jenama susu yang menjadi pilihan aku sudah semestinya Susu Tepung Suffy B Genius keluaran dari sebuah syarikat bumiputera Suffy Dairy Group Sdn. Bhd... Kenapa aku pilih susu ni? Istimewa sangat ke susu ni? Haaaa inilah nak story mori dengan korang ni tentang keistimewaan yang ada pada susu tepung Suffy B Genius ni..

Aku yakin setiap ibubapa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka.. Begitu jugalah dengan aku.. Malah mempunyai anak yang sihat, bijak dan kuat adalah impian bagi setiap ibu bapa.. Betul tak? Jadi, sebagai jenama susu formula yang dipercayai oleh setiap ibubapa di Malaysia, Suffy Malaysia memahami akan keperluan ibubapa yang inginkan produk susu yang selamat, berkualiti tinggi dan berkhasiat untuk anak-anak mereka serta dijual pada harga yang mampu milik.. Oleh sebab itu, Suffy memperkenalkan susu formula rumusan untuk kanak-kanak iaitu Suffy B Genius dengan Formula B3 yang dirumuskan dengan DHA (15mg/100g), vitamin, mineral serta tambahan prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu si manja kekal sihat, bijak dan kuat..

Apa Itu Formula B3?



Salah satu keistimewaan Suffy B Genius ini adalah ia dirumus dengan formula B3... Apa yang dimaksudkan dengan Formula B3 ni? Meh baca ni..

BRILLIANT
Suffy B Genius mengandungi DHA yang merupakan antara komponen utama di dalam otak. Ia berfungsi untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak

BALANCE
Suffy B Genius membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian yang diperlukan oleh si manja. Nutrisi yang seimbang membantu si manja untuk membesar dengan lebih baik.

BOOST
Suffy B Genius dirumus istimewa dengan Prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman si manja.


Bahan-Bahan Utama Suffy B Genius


Untuk membesar dengan sihat, si manja sangat memerlukan nutrisi yang lengkap dan mencukupi.. Jadi, Suffy B Gemius ini adalah pilihan tepat ibubapa kerana ia dirumuskan dengan Formula B3 yang mengandungi DHA, Prebiotik dari FOS dan Manna serta vitamin dan mineral bagi memenuhi keperluan si manja.. Tetapi haru diingat, susu ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 1-3 tahun dan tidak sesuai untuk bayi di bawah umur 12 bulan..

2 bahan utama yang terkandung dalam Suffy B Genuis ini adalah :-

1.  Kurma


Buah Kurma merupakan buah yang tinggi kandungan fiber. Fiber sangat penting untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Juga mengandungi vitamin B3 yang dikenali sebagai Niasin. Selain itu juga, kurma membantu menguatkan daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang dan membentuk minda anak-anak supaya lebih cergas.


2.  Madu



Madu pula mengandungi glukosa yang membantu untuk memberikan sumber tenaga kepada tubuh badan. Selain itu, madu juga dapat meningkatkan perkembangan otak dan melancarkan sistem penghadaman anak..

Maklumat Pemakanan Suffy B Genius



Cara Penyediaan Suffy B Genius



Cara penyediaan Suffy B Genius ni sama sahaja seperti penyediaan susu formula yang lain.. Tiada bezanya pun.. Cuma korang perlu tahu sukatan yang betul sahaja untuk menyediakan susu ini.. Berapa sukatannya? Jom tengok video kat atas dan aku sertakan sekali cara penyediaan secara bertulis di bawah ni ye.. Bertulis?? Hehe bertaip la.. Haha!!

Cara Penyediaan :-
  • Campurkan 4 sudu (30gm) susu tepung Suffy B Genius dengan 200ml air suam (45○C) yang telah dididihkan secukupnya.
  • Saranan penyusuan sehari : 3 kali

Cara Penyimpanan
Simpan dalam bekas kedap udara di tempat yang dingin dan kering. Untuk memastikan kesegaran susu, habiskan dalam tempoh sebulan.


Qhaliff Suka Susu Suffy B Genius!


Alhamdulillah, selepas bertukar kepada susu Suffy B Genius ni Qhaliff dah kerap mintak susu... Mungkin rasanya sedap kot.. Hehe.. Selera makan pun dah ada sikit berbanding sebelum ini.. Dia tetap aktif bermain setiap hari seperti biasa tetapi sampai masa dia akan minum susu dan makan.. Kadang tu, macam terlalu kerap pulak dia mintak susu sampaikan aku pulak kene alihkan perhatian dia.. Haha.. Kan saranan untuk pengambilan susu ni hanya 3 kali sehari.. Kalau dah sampai 6 kali mintak, kenalah alih perhatian dia.. Hehe.. Apa-apa pun aku bersyukur dengan perubahan dia.. Tambahan pula, dia sekarang sentiasa bertenaga dan kekal cergas..

Dapatkan Sekarang Susu Suffy B Genius Untuk Si Manja Kekal Sihat, Bijak Dan Kuat


Eceli susu Suffy B Genius ni masih baru di pasaran tetapi jenama Suffy itu sendiri sebenarnya sudah lama dimana sebelum ini Suffy Malaysia telah mengeluarkan beberapa produk seperti Suffy Goat, Suffy Pure Goat, Suffy Annis Nutricios dan yang terbaru adalah Suffy B Genius. Mungkin ada dikalangan korang sudah familiar dengan jenama Suffy ini.. Jadi, kepada ibubapa di luar sana apa tunggu lagi!! Jom dapatkan sekarang Susu Suffy B Genius untuk si manja kekal sihat, bijak dan kuat..


HARGA ASAL

Suffy B Genius (900g)
RM 28.90

HARGA PROMOSI

Suffy B Genius (900g)
RM 22.90
(Pembelian boleh dibuat di laman web https://shopee.com.my/suffymalaysia dan
SAH sehingga 14 Julai 2018 Sahaja)



Untuk sebarang pembelian atau maklmat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Twitter

Shopee

Suffy Careline
05-525 2992

Email
admin@suffy.com.my

Alamat
Suffy Dairy Group Sdn. Bhd.
NO. 29, Laluan Meru Perdana 11,
Taman Meru Perdana 2
31200 Chemor,
Perak


10 comments on "Suffy B Genius Menjadikan Si Manja Kekal Sihat, Bijak Dan Kuat "
  1. kita tak pernah lagi dengar pasal suffy genius ni..tapi bila tengok khasiatnya tu,macam tertarik pulak nak cuba

    ReplyDelete
  2. bahagia muka Qhaliff dapat minum susu Suffy. pasti sedap dan lazat

    ReplyDelete
  3. Nur pun suka rasa..cikma try sendiri pun sedap..hihi

    ReplyDelete
  4. skrang ni da banyak pilihan2 kan.. mudah parents nak pilih =)

    ReplyDelete
  5. First time dengar pasal susu nie.. Banyak khasiatnya ye..

    ReplyDelete
  6. Anak e'in dah masuk 2 tahun nie susah betul nak makan. Asyik nak susu je. Huhu

    ReplyDelete
  7. Produk berkualiti tapi harga murah yakmat. Good job Suffy Malaysia

    ReplyDelete