Bihun Goreng Tom Yam

Bihun Goreng Tom Yam  |  Petang tadi terasa nak makan mee goreng.. Tapinya encik suami request bihun goreng.. Dia memang tak suka sangat mee lebih suka bihun.. Jadi, aku setuju aje lah dengan cadangan dia tu.. Time dok sediakan bahan-bahan, idea nak buat bihun goreng tom yam pun datang.. Terus kerah encik suami belikan pes tom yam.. Tak pernah buat lagi sebelum ni.. Walaupun tak pernah buat, aku tetap kuatkan diri untuk cuba sesuatu yang tak pernah aku buat.. hehe.. 


Cuma ada sedikit frust bila mana encik suami bawak balik pes tom yam putih.. Huhu.. Pasrah jerk lah aku.. Tapi alhamdulillah bihunnya tetap jugak menjadik.. Pada awalnya nak buat setengah bungkus aje.. Sekali encik suami suruh pulak buat sebungkus terus.. Banyak-banyak siapa nak makan.. Tapi aku buat jugak la.. Haha.. Ok, jom tengok resepi Bihun Goreng Tom Yam versi Lea Azleeya..


Resepi Bihun Goreng Tom Yam

Bahan-Bahan
1 bungkus bihun - rendam sehingga lembut dan toskan
1 labu bawang besar - hiris (nak kisar pun boleh)
3 ulas bawang putih - ketuk
200gm ayam - potong kecil
2 senduk cili kisar (aku sukat guna senduk nasik)
3 sudu pes tom yam (terpaksa guna pes tom yam putih sebab encik suami salah beli.. huhu)
1 biji tomato - hiris nipis
3 helai daun limau purut
Lobak -hiris nipis memanjang
Lada - potong  nipis serong
1 mangkuk air (kalau nak bihun basah lebihkan sukatan air)

Cara-Cara
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan
  • Masukkan cili kisar dan pes tom yam.. Tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan ayam dan masak sekejap..
  • Masukkan air, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masak seketika dan masukkan lobak, tomato dan sawi
  • Kemudian masukkan daun limau purut yang telah dicarikkan
  • Bila dah sayur dah lembut, masukkan bihun dan goreng sehingga ramuan sebati
  • Last sekali masukkan lada yang telah dipotong nipis..
  • Masak seketika dan bolehlah dihidang


Lebih sedap kalau makan dengan telur dadar.. Perghh terangkat.. Selamat mencuba..


7 comments on "Bihun Goreng Tom Yam"
  1. Sedapnyaaa! Nanti nak try jugaklah buat :)

    ReplyDelete
  2. My mum selalu buat bihun goreng tom yam..sedapp..kalau angkat makanan ni kat tetamu.allah..habis semua nya.

    ReplyDelete
  3. kalau nak sedap goreng bawang besar dulu..lepas tu baru masukkan bhn kisar.. kalau suami MN tak suka letak ikan bilis dalam bihun tak pernah di buat orang katanya..padahal mama MN selalu je letak..

    ReplyDelete
  4. SESEKALI UBAH SELERA DARI KEBIASAAN BEST KAN...AKAK PUN SUKA UBAH2 SELERA..BUAT BIHUN SINGAPORE LA..BIHUN SUP LA..

    ReplyDelete
  5. Sedap!
    Aida pernah rasa mihun tomyam cenggini.
    But sendiri jarang masak mihun goreng :-) hi hi hi

    ReplyDelete
  6. Memang sedap dan terangkat bila makan meehoon goreng tomyam nie.. Power.

    ReplyDelete