Hang Out Dengan BFF Sambil Pekena Makanan Korea Sedap

Sunday, April 15, 2018

Hang Out Dengan BFF Sambil Pekena Makanan Korea Sedap  |  Alkesahnya dah berbulan-bulan berlalu tetapi baru ada masa untuk aku memorikan dalam blog aku ni.. 28 Februari yang lalu, aku memang dah plan siap-siap sebelum tu untuk ambil cuti bagi menenangkan fikiran pergi berjalan-jalan sambil happykan diri bersama BFF aku, si Yatt.. Dari dulu lagi memang begitulah cara kami.. Kami akan keluar bersama time hari bekerja sebab tak nak ganggu hujung minggu yang memang dah diperuntukan hari untuk bersama keluarga.. 


Masa untuk diri sendiri ni penting tau bagi meneutralkan kembali diri dan fikiran daripada tekanan di tempat kerja mahupun dirumah... Hehe... Selalunya kami akan keluar dari rumah sama waktu dengan kami pergi kerja.. Kenalah keluar awal sikit supaya perut dapat diisi terlebih dahulu sebelum misi kami jalankan.. Haha!! Bila dah perut kenyang, baru seronok nak jalan-jalan.. Betul tak?

Hari tu kami makan dekat kedai berhampiran rumah aku je.. Malas nak jelajah tempat yang jauh.. Lepas makan, barulah kami rancang apa aktiviti seterusnya.. Kami perlu setting masa dengan baik sebab jam 5 petang aku harus ambil anak aku pula di rumah pengasuh.. Masa tu ibarat emas bagi kami..

Black Panther Jadi Pilihan


Macam biasa, aktiviti menonton wayang harus ada dalam jadual kami.. Kali ni kami pilih movie Black Panther untuk santapan mata kami.. Pertama kali kami menonton di MBO selepas beberapa bulan dibuka di Kuantan City Mall (KCM)... Biasanya kami layan movie di Golden Screen Cinema (GSC) jerk.. Oh lupe, selalunya kami akan pilih hari rabu untuk kami keluar bersama sebab tiket wayang murah pada hari tersebut.. Nak berseronok pun, kena save bajet jugak kan.. Haha!!

Pada awalnya kami sangka tiket wayang di MBO ni mahal.. Rupanya, banyak pilihan rupanya.. Ada yang mahal ada juga yang murah mengikut seat dan juga hall... Kami memilih untuk menonton di small hall sahaja walaupun kami diberi cadangan oleh mereka untuk mencuba hall yang ada 'katil'.. Haha!! Kira katil la tu kan, sebab siap boleh baring lagik katanya.. Kalau kami pilih hall tu, rasanya kami tak menonton sebaliknya kami membuta.. Haha!!

Sementara tunggu nombor hall menyala!

 Nak bergambar kat sini pun boleh cetus kontrolbesi.. Haha!

Sebelum masuk panggung, kita bergambar dulu..

Black Panther? Hurmm pada pendapat aku, jalan ceritanya not bad.. Best jugak.. Tak membosankan.. Itu paling penting bila tengok wayang.. Kalau bosan, memang boleh kejadian keluar awal la jawabnya.. Hehe.. Cerita ni ada serius, sedih dan lawak.. Nampak macam cerita serius kan, tapi dalam serius tu ada jugak lawaknya.. Atau, kami jerk yang rasakan ianya lawak.. Haha!! Kiranya tak rugi la kami menonton cerita ni.. Berbaloi-baloi bayar tiket walaupun tiket tak mahal mana sebab hari rabu.. Half price!

Pekena Makanan Korea Sedap Di MyeongDong Topokki

Hang Out Dengan BFF Sambil Pekena Makanan Korea Sedap, Makanan Korea Sedap, MyeongDong Topokki, Kuantan city mall, kaki wayang, black panther movie

Eceli, ini adalah kali pertama aku makan makanan korea.. Aku ulangi, kali pertama!! Serius, sebelum ni memang aku tak ada terlintas langsung kat hati nak makan makanan korea sebab aku ni jenis yang tak suka explore makanan baru dan pelik.. Disebabkan desakan kawan aku sorang ni, aku cabarlah diri untuk makan makanan korea ni..

Lepas habis menonton, kami ke MyeongDong Topokki di dalam KCM juga.. Awal lagi kawan aku ni dah plan nak makan kat sini.. Aku ni dah biru muka tak tahu nak terima pelawaan dia atau pun tak.. Haha!! Kelakooo!! Almaklumlah jenis yang susah nak makan bende-bende diluar kotak.. Bagi aku, di luar kotak la.. Bagi korang, mungkin dah biasa dengan makanan korea ni kan..


Time nak order tu, aku dah tak tahu nak order apa.. Yang mana sedap pun ofkoslah aku tak tahu kan.. Jadi, jalan selamat aku pilih la menu yang berasaskan megi korea.. Nampak gambar pun menarik dan hot seller kat situ.. Apa yang aku order? Jom tengok..

Bersedia pilih menu

Ini pilihan aku.. Nampak sedap nak menarik..

Berasap lagi tuu... Mane tak berasapnya, sama berasap dengan hati aku sebab makanan aku ni dapat lambat gile.. Boleh pulak dorang terlupa buat yang aku punya.. Hampeh betul la..!! 2 kali pergi tanya baru dapat...


Menu pilihan aku adalah Hangul Chicken Ramyun berharga RM18.90... Set ni didatangkan sekali dengan sushi sayuran, bilis goreng (serius sedap), kimchi dan sayur kacang panjang. Air pilihan aku pula adalah Green Tea Ais.. Alhamdulillah menu pilihan aku ni dapat aku telan dengan aman tanpa rasa ragu-ragu sebab ternyata sedap.. Memang la megi tapi rasanya sedikit lain dari megi yang biasa aku makan.. Nama lagi megi korea kan, mestilah lain rasanya.. Tapi sedap wehh!!

Green Tea

Green Tea menjadi pilihan kitorang.. Inginkan sedap, rupanya tak rasa ape pun.. Haha!! Air teh tanpa gula.. Macam minum air kosong aje.. Itu pandangan kami yang selalu sangat minum air manis ni.. Padahal memang airnya rasa macam tu.. Green Tea kosong untuk kesihatan.. Orang korea kan memang mementingkan kesihatan.. Tak gitu hakak-hakak k-pop sekalian? Hehe..

Menu pilihan BFF aku

Rabokki namanya.. Dah nama cam robot jerk.. Hehe

BFF aku pilih untuk cuba Rabokki dengan harga RM17.90... Setnya juga seperti yang aku tadi juga ada sushi sayuran, bilis goreng, kimchi dan sayur kacang panjang... Kalau dilihat melalui gambar, aku rasa memang tekak aku tak boleh nak hadam menu ni.. Ternyata, bila aku cuba sikit yang BFF aku ni, tekak tak berapa nak terima sebab rasa peliknya agak kuat.. Tapi BFF aku boleh aje habiskan semuanya.. Hehe..

Cabaran makan Yangnyeom Chicken

Merah menyala warnanya..

Ini menu terakhir yang kami order.. Yangnyeom Chicken, RM 9.90 sahaja.. Nak tahu cabaran apa yang kami hadapi semasa makan ayam ni.. Pedas wehhh!! Pedas meletop.. Bukan sikit-sikit punye pedas.. Memang berapi mulut.. Aku larat makan seketul aje sebab pedas terlampau.. Yang lain BFF aku yang terpaksa habiskan.. Merah muka-muka dia nak habiskan ayam ni.. Memang tak order dah.. Haha!!

Haha.. sempat lagi dia kunyah tu time nak snap gambar.. Hadoii!!

Ini harga yang perlu kami bayar.. Kami dapat diskaun tau 15%... Muka ada sinyummm!! Alhamdulillah rezeki aku ari tu, BFF belanja.. Hehe

Kalau korang nak cuba makanan korea atau korang memang seorang yang craving makanan korea, bolehlah cuba di Myeongdong Tapokki ni.. Mungkin ramai yang dah familiar dengan kedai ini sebab mereka ada cawangan dimerata-rata di Malaysia ni..

Alamat

MyeongDong Topokki (Kuantan City Mall)
Kuantan City Mall, 
Jalan Putra Square 6/1,
Putra Square, Kuantan, 
25300 Kuantan, Pahang


Lepas makan, kami bergegas pula ke Kuantan Parade untuk aktiviti seterusnya.. Sebelum meneruskan aktiviti, kami menunaikan dulu kewajiban kami kepadaNYA.. Kami bersolat di Surau Kuantan Parade... Bila dah selesai solat, baru senang hati nak teruskan aktiviti kami..

Seperti biasa, aktiviti wajib kami adalah aktiviti menyumbangkan suara.. Suara dahlah sumbang, kami sumbangkan lagi.. Hehe.. Selepas kami karok sejam dua, kami pun terus pulang.. Memang tak singgah dimana-mana dah sebab aku berkejar-kejar pula untuk ambil anak di rumah pengasuh.. Kesimpulannya, hang out kami kali ni memang best!! Ehh bukan kali ni jerk tau, tetapi setiap kali hang out pasti akan rasa puas hati.. Hilang segala gundah gulana hati dan stressss.. Hehe...

Tunggu next plan kami lagi ye...


15 comments:

  1. sedapnya. terliur dah sha tengok. kat sini rasanya takdak lagii restoran ni

    ReplyDelete
  2. "Me time" ya Lea...hehe..sesekali apa salahnya.
    Lepas ni dah boleh cuba menu korea yang lain pula Lea...

    ReplyDelete
  3. seronok sesekali dapat hangout dengan bff kan.enjoy betul tengok makanan tu.menggoda.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  4. xpernah mkn makanan korea..:)

    ReplyDelete
  5. Pedas eh makanan Korea ni. Zumal tak pernah makan lagi cafe2 Korea ni walaupun ada pengalaman kerja sebuah cafe camtu di Cyberjaya hujung tahun lalu...

    ReplyDelete
  6. Wah.. Seronokya Lea berdating dengan BFF.. Mengancam betul ramennya..

    ReplyDelete
  7. Berapa tak makanan Tu? Macam pedas je tapi mama suka

    ReplyDelete
  8. Seronok sungguh bila dapat hang out dengan kawan baik walaupun sekejap kan.

    Wah lepas ni kalau husniey singgah Kuantan bolehla cuba tengok wayang di MBO tu.. Haritu ke KCM teringin jugak nak layan movie tapi masa membataskan sebab nak ke kemaman pulak😂

    ReplyDelete
  9. Sesekali dapat me time dengan bff memang best. Hilang semua stress kejap kan.

    ReplyDelete
  10. Syoknyaa dapat spend masa dengan BFF.

    ReplyDelete
  11. Makanan korea memang sedap tapi saya tak tahan pedas... huhuhu prefer makanan jepun lagi sebab mereka kurang pedas.. hihihi.. Best kan dapat hangout dengan BFF...

    ReplyDelete
  12. best lah lea. hang out dgn bff.
    cerita-ceriti. gelak-gelak kan...
    tgk wayang sama-sama. a great me time ni :)
    aida still jakun dgn makanan korea ni.
    kat melaka tak byk restoran yg menarik...

    ReplyDelete
  13. Eh cam kenal je BFF lea tu. Kirim salam kt dia. Hehehe.

    CR pun tak pernah lagi merasa makanan korea mcm tu. Nanti kalau dtg boleh try rasa.

    ReplyDelete
  14. BFF memang cam tu..ahahha dia selalu ajak buat benda baru..tpi best pulak bila da cuba. Hahaha

    ReplyDelete