Althea Bare Essentials | 3 Easy Step Korean Skincare Routine

Wednesday, April 4, 2018

Althea Bare Essentials | 3 Easy Step Korean Skincare Routine  |  Annyeonghaseyo! Ewaahh speaking korea pulak kali ni ye.. Almaklumlah tengah bercinta dengan produk dari korea, jadi kenalah belajar cakap korea walaupun sepatah.. Haha..!! Ok, sebelum ni LA dah pernah review produk kosmetik dari Althea dan kali ni sekali lagi LA nak bergossip tentang produk Althea yang diterbangkan terus dari Korea.. Bukan kosmetik tetapi skincare.. Kalau korang nak tahu, skincare ni sedang hangat diperkatakan di media sosial.. Sana sini orang dok bercerita tentangnya.. Dah viral uolls... Produk apa tu?? Memperkenalkan the new babies dari Althea, Bare Essentials - 3 easy step Korean Skincare roution... 

3 Easy Step Korean Skincare Routine , Althea, Bare Essentials, 10 step rutin penjagaan kulit yang orang korea

Sebelum tu, LA nak ucapkan tahniah buat Althea dengan kelahiran barunya ini, Althea Bare Essentials yang kini menjadi sebutan ramai orang disana sini.. Apa yang bestnya Bare Essentials ni? Haaa kalau nak tahu kenalah baca sampai habis ye sebab LA akan kongsikan dengan korang semua segalanya tentang Bare Essentials ni.. Rugi tau tak baca sampai habis.. Hehe.. Tak nak cakap banyak, jom kita unbox dulu kotak Althea yang sentiasa comel tak pernah tak comel ni.. 


Setiap kali dapat Althea box, perasaan teruja tu lain macam sikit... Tak sabar-sabar nak tengok isi dalamnya.. Bila dah buka kotaknya, automatik senyuman pasti terukir sampai ke telinga.. Hiks..! 


Warna putih bertulisan hitam.. Simple Packaging but nice.. I loikeeee!! Tetap nampak eksklusif... Orite, dalam box ni ada 6 item kesemuanya iaitu :-

Bare Essentials 3 Step Skincare Routine
♥♡ The Contour Cleanser (150g)
♥♡ The Primer Water (200ml)
♥♡ The Fixer Cream (50g)

+

♥♡ Bare Essentials Sample Sachet
♥♡ Mirror
♥♡ Althea Marble


LA kalau bab memlilih skincare ni memang cerewet sikit.. Kena pastikan produk tu betul-betul bagus dan tak memudaratkan sebab dulu pernah tersalah pakai skincare, habis muka naik jerawat.. Jadi, untuk langkah selamat LA memilih produk keluaran Althea ni sebabnya produk ni tak mengandungi bahan kimia berbahaya.. Lagi pun LA dah jatuh cinta sebenarnya dengan produk dari korea ni.. Bukan sahaja selamat digunakan tetapi ada banyak pilihan.. Tambah lagi bila tengok kulit orang korea semuanya cantik-cantik, nak la jugak jadi macam mereka kan.. Terpengaruhhhh sangat aku ni kan.. Haha!!


Dulu sebelum wujudnya Bare Essentials ni, LA pernah la jugak risik-risik rutin harian penjagaan kulit orang korea.. Terjumpalah 10 step rutin penjagaan kulit yang orang korea selalu amalkan untuk kekal cantik dan glowing.. 10 step tu weh.. Bukan sikit-sikit.. Tetapi dengan tabah dan rajinnya, LA amal lah jugak beberapa darinya.. Hehe.. Kengkonon nak acah-acah Kpop.. Sanggup amalkan tu.. Tetapi bila dah ada Bare Essentials ni, selamat tinggallah 10 step tersebut sebab dengan Bare Essentials ni, hanya perlu amalkan 3 step penjagaan kulit sahaja setiap hari.. Mudah dan cepat... Tak perlu dah bersusah payah.. Thank You Althea.. 

3 Langkah Rutin Penjagaan Kulit Yang Mudah Dan Cepat Dengan Bare Essentials


Cuba tengok skincare korang, ada berapa item semuanya? Mesti lebih dari 3 item kan.. Ok, kalau korang nak tahu, sebenarnya dalam step penjagaan wajah ni, perlu ada 3 perkara asas iaitu pembersih, penyegar (toner) dan pelembab.. Ini item wajib yang perlu ada dalam setiap skincare untuk memastikan wajah mendapat penjagaan yang sempurna.. Sekiranya terdapat item lain selain 3 step asas ini, itu hanyalah sebagai tambahan sahaja.. Jadi, dengan hanya menggunakan set skincare Bare Essentials ni dah memadai untuk menjaga kulit wajah kita.. Dah lah mudah, cepat pulak tu.. Ok, jom tengok 3 step mudah penjagaan kulit wajah yang LA amalkan setiap hari dengan Bare Essentials ni...


♥♡ The Contour Cleanser (150g)


Step pertama!! Harussss cuci muka dulu sebersih-bersihnya dengan Contour Cleanser... Kalau muka tak bersih, macam mana kulit muka nak sihat kan? Jadi, jangan abaikan dan pandang remeh step pertama ni ok! Best tau cleanser ni sebabnya masa cuci muka kulit terasa nyaman dan sejuk aje.. Syiokk sangat!! Cara guna macam biasa, cuci muka dengan air dulu, picit sedikit Contour Cleanser atas tapak tangan dan urut perlahan di wajah.. Kemudian Bilas..


Masa cuci muka dengan Contour Cleanser ni, LA perasan yang teksturnya ada bijik-bijik halus seolah-olah seperti skrub muka.. Nak tahu kenapa? Sebabnya, Contour Cleanser ni mengandungi mikro kapsul dimana ia berfungsi menyah segala kotoran dan sel-sel kulit mati pada wajah.. Contour Cleanser ini mengandungi beberapa bahan aktif seperti Ice Plant, Lemon Myrtle dan Verbana Leaf.. Ice Plant bertindak sebagai penenang yang boleh mengurangkan kesan kemerahan pada kulit manakala Lemon Myrtle pula berfungsi sebagai detoks untuk menyahtoksik kulit muka..

Satu lagi keistimewaan Contour Cleanser ni yang perlu korang tahu.. Dengan penggunaan yang berterusan, ia boleh 'merampingkan' bentuk muka korang memberi kesan 'V' shape pada wajah.. Kalau korang mengimpikan bentuk muka yang 'V' shape, bolehlah guna Contour Cleanser ni.. Sebab itu jugalah pembersih muka ni diberi nama 'Contour Cleanser'.. Selain itu, pembersih muka ini juga dapat membantu melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit halus bak sutera gituuu!!

Ehhh satu lagi, kalau korang yang suka make up tebal-tebal tu, LA suggest sangat pakai pencuci muka ini sebab Contour Cleanser ni juga mampu menanggalkan solekan dan membersihkan muka dengan sempurna.. Tak payah dah nak sental muka dengan make up remover bagai.. Cukup hanya dengan Contour Cleanser ni aje... LA sendiri memang pengguna tegar make up remover.. Lepas guna Countour Cleanser ni dah tak perlu Make up remover lagi dah.. Dah boleh skip satu step lagi kan.. Jimat masa dan tenaga.. Hehe..

Harga  :  RM23.00


♥♡ The Primer Water (200ml)



Step kedua!! Seterusnya.... Lepas cuci muka, LA pekena pulak Primer Water sebagai toner.. Macam rutin kebiasaan kitalah kan... Lepas cuci muka mesti nak kene pakai toner.. Eceli, sebelum ni memang LA tak suka pakai toner hokeh!! Rasa tak selesa dan melekit.. OMG!! Memang tak suka!! Tapi tidak dengan Primer Water ni, LA suka sebab baunya wangi dan lembut.. Lagi pulak lepas apply kat muka, rasa segar jerk muka dan ofkos tak melekit serta selesa..


Water Primer ni bukan sekadar toner biasa ye, ia berfungsi 2 in 1 iaitu sebagai toner dan juga primer.. Nama lagik Primer Water kan.. Haruslah untuk primer juga... Primer Water ini juga dihasilkan dengan Macro Fluidic Dispersion Tecnology yang dipatenkan dimana ianya mambantu mengecilkan liang pori dan memberi kelembapan pada kulit..

Diperbuat dari Ekstrak Snow Lotus, Primer Water ini menjadikan kulit lebih licin dan lembut bak sutera dimana ianya dapat meningkatkan sinar semulajadi kulit serta menjadikan kulit lebih sihat sempurna.. Cara guna mudah sahaja sama seperti korang apply toner kat muka korang... Titikkan Primer water di tapak tangan atau di atas kapas muka kemudian sapu atau dapkan ke seluruh wajah.. Best tau Primer Water ni sebab ianya mudah serap...

Harga  :  RM43.00


♥♡ The Fixer Cream (50g)


Step ketiga!! Last step... Muka dah cuci.. Penyegar pun dah apply... Apa lagi ye?? Haa untuk step seterusnya kena lah apply Fixer Cream pula untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah.. Fixer Cream ni tidak berminyak tau dan mudah menyerap ke dalam kulit wajah.. Dengan menggunakan Fixer Cream ni, dapat menghalang kehilangan lembapan dan memberi penghidratan kepada kulit selama 24 jam.. Krim yang hebat ini sangat berkhasiat kaya dengan antioksida yang diperolehi dari minyak biji Sinensis (Teh Hijau) dan membantu menghasilkan semula kolagen melalui ekstrak pokok Baobab.. Yang bestnya dengan Fixer Cream ni, semasa penggunaannya, kulit akan kelihatan berseri dan anjal...

Harga  :  RM50.00

Pelembab terbaik yang pernah LA cuba.. Tekstur mudah serap dan tak berminyak.. 

Hanya dengan 3 step sahaja dah boleh jadi cantik persis artis korea.. Hehe.. Lepas pakai Fixer Cream ni dah boleh make up seperti biasa.. Yang penting basicnya kita dah apply dekat muka untuk melindungi muka dari kerosakan.. Pastikan korang juga tak skip 3 step asas ni ye.. Penting tau!!

Dapatkan Bare Essentials Dengan Harga Berbaloi-Baloi!!

Untuk cantik tak perlu berhabisan sampai beribu-ribu ringgit.. Paling penting, kena jaga asasnya terlebih dahulu.. Itu pun dah mampu menjadikan kulit sihat dan bersinar.. Tak perlu lagi amalkan 10 step rutin penjagaan kulit orang korea, hanya perlu 3 step mudah sahaja dengan Bare Essentials dah mampu kelihatan cantik ala-ala artis korea.. Tak percaya, silalah cuba ye... Hehe..


Dapatkan sekarang Bare Essentials dengan harga berbaloi-baloi, hanya dengan RM116, korang akan dapat 3 step mudah penjagaan kulit dari Althea... Oh ya, Althea juga tawarkan diskaun sebanyak 10% bagi setiap pembelian Bare Essentials dan percuma satu unit cermin limited edition.. Cepat tau selagi stok masih ada... Kalau lambat, jawabnya tengok ajelah orang lain cantik.. Haha!!

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram


8 comments:

  1. althe ni mmg best tempat utk cuci mata.,harga dia pun berbaloii baloii

    ReplyDelete
  2. bestkan kak lea guna ni.. hehe. btw comel je gmbar akak snap

    ReplyDelete
  3. mkn comel la lea past ni..:)

    ReplyDelete
  4. sangat best BE althea ni..lagi satu muka jadi glowing macam orang korea..hihihi

    ReplyDelete
  5. waaa..
    nak kulit korea jugak oiii

    ReplyDelete
  6. makin cantik la Lea lepas ni :)

    ReplyDelete