Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit

Monday, February 19, 2018

Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit  |  Korang pernah tak terkena penyakit panau..? Bercerita pasal panau ni teringat pulak zaman sekolah dulu.. Aku pernah terkena panau kat muka.. Perghh masa tu tak yah cakaplah rasa malu tu sangatlah menebal.. Hehe.. Aku pun tak pasti macam mana aku boleh ada panau dekat muka.. Tapi orang cakap, kalau time berpeluh kita mandi memang mendapatlah panau.. Haha!! Dengan gigihnya aku waktu tu mencari ubat dan cara untuk hilangkan panau.. Bukan senang tau nak hilangkan panau ni.. Memakan masa jugak.. Tapi time tu, aku hanya mampu menggunakan cara tradisional saja untuk hilangkan panau.. Huhu..

Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit, glow gelenggang, cara hilangkan gatal-gatal kulit, cara rawat penyakit kulit, cara hilangkan panau, cara rawat ekzema, daun gelenggang

Sekarang dah tak payah susah-susah dah macam dulu-dulu sebab banyak pilihan ubat yang ada dijual di pasaran untuk hilangkan penyakit panau.. Salah satunya Glow Gelenggang berkesan hilangkan gatal-gatal dan penyakit kulit termasuklah panau.. Hari tu anak aku Aqiff terkena Kurap Susu dekat dahi dia.. Mula-mula tu aku ingatkan panau.. Siap beli ubat panau lagi dekat farmasi.. Tapi tak jugak hilang.. Bila dirisik-risik dengan orang tua, rupanya kurap susu sebabnya bila susu terkena bahagian dahi, aku tak terus kesat sebaliknya dibiarkan kering camtu jerk.. Maka terjadilah kurap susu.. 

Nampak tak dekat dahi Aqiff ada putih-putih.. Tulah kurap susu.. 

Rimas jugaklah aku tengok kurap susu tu dok melepak dekat dahi anak aku ni.. Macam-macam cara juga mula tu aku cuba.. Ada yang syorkan letak ubat gigi.. Aku pun dah lakukan.. Tapi keadaannya tetap sama.. Ada yang cakap, biarkan aje, lama-lama akan hilang sendiri... Aku pulak yang tak boleh nak tengok dahi anak aku ada tompok-tompok putih macam tu.. Sehinggalah aku diperkenalkan dengan produk Glow Gelenggang yang diformulasikan dari 100% bahan semulajadi ni.. Alhamdulillah berkesan hilangkan kurap susu pada dahi anak aku tu.. Produk ni memang bagus tau.. Meh aku story sikit tentang produk ni..

Glow Gelenggang Berkesan Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit


Glow Gelenggang merupakan produk herba organik yang dapat membantu melegakan gatal-gatal kulit yang disebabkan oleh resdung dan penyakit berkaitan kulit seperti gatal kulit, ekzema, psoriasis, bisul, panau, kudis buta dan kurap..Produk ini diformulasikan daripada 100% bahan semulajadi.. Ianya BEBAS BAHAN KIMIA dan BEBAS STEROID.. Jadi, korang tak perlu risau akan keselamatannya kerana ianya terbukti selamat digunakan dan sesuai juga untuk kulit yang sensitif.. Set Glow Gelenggang ni mengandungi 2 item iaitu Sabun Herba Gelenggang dan Minyak Herba.

Daun Gelenggang

Sesuai dengan namanya Glow Gelenggang, produk ini diperbuat dari daun gelenggang (cassia alata) yang berfungsi sebagai agen anti-bakteria yang powerful untuk menghilangkan gatal-gatal dan merawat penyakit kulit.. Kalau korang nak tahu, Daun Gelenggang ni sangat dikenali sebagai agen anti-kulat yang sangat tinggi.. Ia sebenarnya telah digunakan berabad-abad lamanya oleh nenek moyang kita, masyarakat Arab dan orang eropah untuk mengatasi masalah kulit..

Tahukah Anda?
Petua orang dulu-dulu, mereka akan menumbuk Daun Gelenggang ni sampai lumat dan dicampur bersama sedikit belerang atau minyak tanah.. Kemudian, campuran tersebut ditampal pada anggota badan untuk mengubati panau, kurap atau kudis buta..

Sekarang dah moden.. Korang dah tak perlu nak cari dan tumbuk bagai Daun Gelenggang ni.. Hanya perlu dapatkan set Glow Gelenggang ni aje dah boleh rawat penyakit kulit yang korang alami.. Senang kan? Formula terkini Glow Gelenggang ni berasaskan 6 ramuan istimewa untuk 'mengghaibkan' gatal-gatal kulit dengan mudah.. Tidak seperti kebanyakan produk lain dipasaran yang tinggi bahan kimia yang boleh memudaratkan, Glow Gelenggang adalah 100% diperbuat daripada bahan semulajadi terpilih.. Jadi, dengan adanya Glow Gelenggang ni, korang dah tak payah nak menggaru lagi.. Hehe..

Bahan-Bahan Premium Terbaik Dalam Glow Gelenggang

  • Daun Gelenggang (Cassia Alata)  - Untuk kurangkan gatal-gatal dan masalah kulit
  • Habbatus Sauda (Black Seed Oil) - Untuk kurangkan radang dan sembuhkan luka luaran
  • Minyak Argan (Argan Oil) - Menjadikan kulit halus dan licin.. Mudah menyerap ke dalam kulit
  • Minyak Zaitun (Olive Oil) - Sebagai pelembap yang tahan lama pada kulit
  • Susu Kambing (Goat Milk) - Untuk mencerah, melembut, melembap, mencegah kulit kasar, kering dan kusam
  • Crystal Menthol - Untuk menyejukkan kulit. Tidak panas.



Glow Gelenggang Penawar Hilangkan Gatal-Gatal Kulit

Sebenarnya kalau korang nak tahu, Glow Gelenggang ni berkesan hilangkan gatal-gatal yang disebabkan oleh :-
  • Gatal-gatal kulit
  • Ekzema
  • Psoriasis
  • Kurap
  • Panau
  • Kayap
  • Bedang
  • Bisul
  • Kudis Buta
  • Kurap Susu Bayi
  • Resdung
  • Kutu Air

Siapa Yang Boleh Guna Glow Gelenggang?

Oleh kerana Glow Gelenggang ini diperbuat daripada 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia, jadi ianya selamat digunakan oleh :-
  • Lelaki mahupun wanita
  • Kanak-Kanak
  • Orang dewasa
  • Orang tua
  • Wanita Hamil
Istimewanya Set Glow Gelenggang


Keistimewaan Set Glow Gelenggang ni yang perlu korang tahu adalah ianya tidak pedihkan kulit, tidak panas, tidak berbau busuk, tidak berbau ubat dan tidak keringkan kulit.. Serius, memang produk ni tak berbau busuk sebaliknya bau wangi.. Aku suka baunya.. 

Seperti yang aku maklumkan sebelum ini, Set Glow Gelenggang ni mengandungi 2 item iaitu Sabun Herba Gelenggang dan Minyak Herba. Sabun Herba bersaiz 50gm manakala Minyak Herba pula bersaiz 30ml.. 

Untuk penggunaan sabun herba, korang boleh gunakannya pada muka dan badan.. Tak perlu was-was.. Kalau nak jimat, korang boleh potong kecil-kecil.. Aku sendiri pun potong kecil-kecil supaya tak membazir.. Apa yang bestnya sabun ni, ianya tak mudah cair, tak menjadi 'putih' dan tak mudah lembik.. Sabun herba ni bertekstur scrub.. Rasanya nyaman dan sejuk yang mild bila digunakan.. Sangat selesa!!


Bentuk dan warna Sabun Herba Gelenggang

Tekstur scrub Sabun Herba Gelenggang

Minyak Herba Gelenggang didatangkan dalam botol pump yang mudah digunakan

Cara Guna Set Glow Gelenggang

Cara menggunakan set Glow Gelenggang ni sangat mudah dan tak perlu mengambil masa yang lama.. Jom lihat step yang betul cara guna set Glow Gelenggang ini.. 
  • Mula-mula guna Sabun Herba semasa mandi
  • Kemudian, picit dan sapu Minyak Herba selepas mandi sebelum masuk tidur dan bila perlu atau lebih tepat bila korang rasa gatal-gatal..
  • Guna 2 - 3 kali sehari secara konsisten untuk hasil yang lebih optimum
Peringatan untuk semua pengguna set Glow Gelenggang!
Pastikan sabun tidak terendam dalam air dan simpan di tempat yang kering. Manakala Minyak Herba pula simpan pada suhu bilik.. Elakkan simpan di tempat yang panas dan terkena sinaran matahari supaya khasiatnya sentiasa berkekalan.

Testimoni Aku Sendiri

Secara keseluruhan aku sangat berpuashati dengan set Glow Gelenggang ni.. Aku dah gunakan pada anak aku untuk hilangkan kurap susu dan hasilnya sangat bagus.. Kurap susu pada dahi anak aku semakin pudar.. Aku sendiri pun dah cuba untuk hilangkan gatal-gatal dibahagian hidung akibat resdung.. Yesss kesannya sangat best.. Rasa gatal hilang lepas guna set Glow Gelenggang ni.. Memang terbaik..

Walaupun resdung aku ni jarang-jarang muncul tetapi sekali di datang, gatalnya memang tak tertahan.. Sampaikan merah hidung aku garu.. Hehe.. Lepas ada Glow Gelenggang ni, masalah gatal hidung dapat diatasi dengan mudah.. Tak perlu dah nak garu-garu sampai merah hidung.. Hiks.. Paling penting baunya best tak busuk.. Kalau bau busuk, rasanya aku sendiri tak sanggup nak pakai dekat muka aku ni.. Hehe.. Nasib baik bau Glow Gelenggang ni wangi.. Sampai excited nak guna.. Haha!!


Satu lagi yang aku suka tentang Glow Gelenggang ni adalah packaging dia.. Masa mula-mula sampai parcel tu, aku jadi excited sebab bungkusannya superb cute.. Tengoklah gambar kat atas ni.. Betapa kiutnya plastik pembungkus tu.. Hehe.. Dilengkapi sekali dengan beg hijau tu menjadikan set ini eksklusif..

Testimoni Pengguna Glow Gelenggang







Untuk lihat testimoni lain boleh klik SINI



Dapatkan Glow Gelenggang Sekarang Untuk Hilangkan Gatal-Gatal Dan Penyakit Kulit


Dengan Glow Gelenggang masalah gatal-gatal kulit dapat diatasi dengan mudah.. Jadi, untuk hilangkan gatal-gatal dan penyakit kulit yang korang alami dengan berkesan, dapatkan Set Glow Gelenggang sekarang juga!!

HARGA

SABUN HERBA
1 unit Sabun Herba Organik RM47
2 unit Sabun Herba Organik RM70 (Jimat RM24)
4 unit Sabun Herba Organik RM140 + FREE 1 unit Sabun Herba bernilai RM47 (Jimat RM95)

MINYAK HERBA
1 unit Minyak Herba Organi RM47
2 unit Minyak Herba Organik RM70 (Jimat RM24)

SET GLOW GELENGGANG
1 set RM70 (Jimat RM24)
2 set RM140 + FREE 1 unit sabun Herba bernilai RM47 (Jimat RM95)

**Setiap pembelian akan menerima FREE GIFT dari Glow Gelenggang

CAS POSTAGE
FREE Postage untuk seluruh Malaysia
RM50 untuk luar dari Malaysia

Berita Baik Untuk Anda!!

Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk Glow Gelenggang ni, korang boleh dapatkan sekarang dengan harga yang lebih rendah.. Bagaimana tu? Ok, hari ni aku nak bagi korang semua code diskaun yang boleh korang gunakan semasa membuat pembelian Glow Gelenggang ini..



Jom order sekarang dengan menggunakan CODE DISKAUN : LEA10 untuk mendapatkan potongan sebanyak RM10 bagi setiap pembelian set Glow Gelenggang.. Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu buat order Set Glow Gelenggang melalui whatsapp ke nombor 014-544 5951 dan nyatakan sekali kod diskaun tersebut untuk menikmati potongan yang diberikan..

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Whatsapp
014-544 5951




8 comments:

  1. Bila gunakan bahan organic..
    lebih menyakinkan org untuk menggunakannya tanpa was-was...

    ReplyDelete
  2. Ekin zaman kecik dulu pernah kena.panau gak kak.. Sapu minyak kaki 3 tak silap ekin la.. Lama dah tak ingat.. Ni gatal-gatal kena gigit nyamuk.try sapu minyak.herba ni hilang gatal tu

    ReplyDelete
  3. eh tak sangka gelenggang ni daun herba, ingatkan founder saja letak nama unik :D

    ReplyDelete
  4. Senang kan sekarang ada produk macam nie.. bau pun best kan..

    ReplyDelete
  5. Comel sabun tu.. Nampak menarik produk ni..

    ReplyDelete
  6. wow blh melegakan eczema ... byk kahsiat die

    ReplyDelete
  7. Ciktie pun dah cuba glow Gelenggang ni. Ciktie suka sebab ia cukup berkesan.

    ReplyDelete
  8. dulu kalo gatai2 kena cari daun dia kan.. skrang moden da maju. siap jadi sabun..

    ReplyDelete