Cara Berkesan Merawat Jerawat Dan Parut Dengan Lovera Magic Jelly

Cara Berkesan Merawat Jerawat Dan Parut Dengan Lovera Magic Jelly  |  Rasa macam dah lama tak bersiaran... Almaklumlah terbizi dengan kehadiran cahaya mata kedua.. Ok, untuk entry kali ni aku nak bercerita tentang jerawat.. Dah kenapa pulak dengan jerawat? Haaa ni nak cerita  ni.. Baru-baru ni aku ada tersalah pakai produk.. Kononnya nak muka flawless dengan cepat.. Sekali, bukan flawless yang aku dapat, tetapi jerawat yang aku ternak.. Hehe.. Nasib baik tak banyak hanya beberapa ketul sahaja.. Sungguhpun begitu, ianya tetap menjadi mimpi ngeri bagi aku sebab aku dah pernah alami masalah jerawat yang kronik suatu ketika dahulu.. Ngeri wehhh!! Jadi, untuk menghalang jerawat aku dari terus merebak, aku gunakan Lovera Magic Jelly cara berkesan merawat jerawat dan parut sekaligus menjadikan wajah flawlessss gitu..

cara berkesan rawat jerawat dan parut, lovera, magic jelly, gel ajaib, serum muka, ubat jerawat, gel jerawat

Haaa mesti korang yang tengah menghadapi masalah jerawat tu tak sabar-sabar nak tahu tentang produk ajaib ni kan.. Aku sendiri pun agak teruja mencuba produk yang berasaskan Aloe Vera ni.. Mana tak nya, bila aku baca manfaat yang ada pada Lovera Magic Jelly ni, tak mampu rasanya untuk aku berkata 'tidak' bagi mencuba produk ini..

Tambahan pula, ramai yang dah cuba produk ni dan berpuas hati dengan hasilnya.. Ini membuatkan aku bertambah yakin untuk menggunakannya bagi mengatasi masalah jerawat yang aku hadapi.. Bukan jerawat je boleh dirawat, parut jerawat pun boleh hilang tau.. Paling penting, produk ni diformulasi dari bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya.. So, bolehlah digunakan dengan selamat tanpa was-was.. Meh aku cerita serba sedikit tentang Lovera Magic Jelly ni..

Lovera Magic Jelly Produk Berasakan Aloe Vera Dan Timun


Lovera Magic Jelly merupakan gel pelbagai guna yang diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera dan ekstrak Timun sebagai bahan utamanya yang boleh digunakan pada wajah, badan dan juga rambut.. Aloe Vera sememangnya telah digunakan sejak dulu lagi kerana mempunyai banyak manfaat seperti dapat menyuburkan rambut, menyembuhkan luka dan juga melembap serta mencantikkan kulit.. Manakala timun pula mampu meremajakan kembali kulit serta sangat bagus dalam proses revitalisasi..

Oh ya, kalau korang nak tahu, formulasi Lovera Magic Jelly telah dipertingkatkan dengan gabungan 2 bahan aktif lain yang juga mempunyai banyak khasiat iaitu Chamomile dan Jicama (sengkuang)..

4 Bahan Utama Lovera Magic Jelly

Chamomile

Chamomile mempunyai sifat penyembuhan dengan bertindak dalam proses penyembuhan luka-luka kecil dengan cepat.. Selain itu, ia juga mampu merawat masalah jerawat, mencerahkan kulit, mengecilkan liang-liang pori, mengurangkan lingkaran hitam disekeliling mata, anti penuaan dan dapat mengurangkan kelemumur..

Jicama (Sengkuang)

Jicama kaya dengan khasiat penjagaan kulit dan badan dan terbukti mampu mencerahkan kulit dan menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah.. Selain itu juga, ia merupakan bahan semulajadi untuk menyerikan kulit kusam, melembabkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menyihatkan kulit.

Lovera Magic Jelly Produk Selamat Tanpa Bahan Kimia Berbahaya

Lovera Magic Jelly dihasilkan dari bahan semulajadi dan tidak mengandungi mercury, bebas paraben, tiada pewarna tiruan serta tiada bahan kimia berbahaya.. Seperti yang aku nyatakan tadi, produk ini boleh digunakan dengan selamat dan tanpa was-was kerana telah mendapat kelulusan dari KKM dan mempunyai sijil HALAL dari JAKIM.. Selain itu, Lovera Magic Jelly ini juga telah mendapat kelulusan GMP...

Lovera Magic Jelly Merawat Jerawat dan Parut Jerawat


Eceli aku dah guna sendiri Lovera Magic Jelly ini dan aku sangat berpuashati.. Rutin aku setiap hari, aku akan apply gel ajaib ini selepas aku cuci muka dan sebelum tidur.. Hasilnya memang superb.. Dengan kerajinan dan tahap konsisten yang aku berikan dalam penggunaan produk ini, jerawat aku yang dua tiga ketul hidup meliar atas muka aku tu dah pun terawat dengan sempurna.. Yeayy!! Lagi best parut jerawat yang sedia ada kat muka aku ni pun dah nampak perubahan sikit.. Semakin pudar dan muka pun nampak lebih segar dan bermaya...

Misi aku seterusnya, aku nak hilangkan terus parut jerawat tu sekaligus mendapatkan muka yang flawless.. Kira macam azam aku untuk tahun baru nanti la kan.. Azam tahun 2018 gitu..! Berjayakah aku? Nak tahu berjaya ke idok, aku kenalah lebih rajin dan konsisten lagi lepas ni guna gel ajaib ni.. Barulah dapat hasil terbaik... Tak gitu?

Lovera Magic Jelly Tidak Melekit Dan Baunya Menyegarkan


Firstime aku apply Lovera Magic Jelly ni kat muka, aku dah mula jatuh cinta dengan teksturnya... Selesa gile muka aku ni sebab gel ni meresap dengan baik pada kulit muka tanpa meninggalkan kesan melekit.. Kulit muka pun nampak glowing dan lembut sangat.. Satu lagi yang aku suka tentang gel ni, baunya sangat wangi, sejuk dan segar serta menenangkan.. Boleh hilang stress tau bau gel ni.... Seriusss!!


Aku juga jadikan gel ni sebagai makeup primer aku.. Sebelum makeup, aku akan apply dulu gel ni kat muka supaya makeup aku tahan lebih lama, sekata dan tidak bercapuk... Banyakkan kelebihan Lovera Magic Jelly ni.. Bukan setakat boleh digunakan pada muka sahaja tetapi boleh juga digunakan di seluruh badan dan juga rambut.. Sesuai untuk semua golongan..

Manfaat Lovera Magic Jelly


Khasiat dari 4 bahan utamanya membuatkan Lovera Magic Jelly ini dapat memberikan pelbagai manfaat kepada penggunanya... Gel pelbagai guna ini boleh digunakan dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki... Ia mampu merawat masalah kulit dan rambut..Antara manfaatnya yang perlu korang tahu ialah :-

Manfaat Untuk Kulit
  • Merawat jerawat dengan berkesan
  • Menghilangkan kulit yang kusam
  • Memudarkan parut lama dan baru
  • Memudarkan bintik-bintik hitam
  • Menenangkan Ekzema
  • Menghidratkan kulit yang kering
  • Merawat kulit sunburn
  • Mengecilkan liang pori
  • Membantu meringankan ruam, kulit alergi dan sensitif
  • Anti-penuaan
  • Membaiki dan meremajakan kulit dari dalam
  • Menjadikan kulit glowing dan flawless

Manfaat Untuk Rambut
  • Membantu mengurangkan kelemumur
  • Melicinkan rambut yang tidak terurus
  • Boleh digunakan sebagai serum rambut
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut

Manfaat Lain
  • Membantu merawat luka-luka kecil seperti kesan melecur
  • Merawat bibir mengelupas dan kering
  • Untuk kegunaan luaran

Hanya dengan 1 botol gel ajaib ini, korang boleh mendapat banyak manfaat darinya.. Boleh juga digunakan seisi keluarga... Jimatkan.. Selain itu juga, Lovera Magic Jelly ini juga boleh digunakan sebagai :-
  • Pelembap kulit
  • Makeup Primer
  • Makeup remover
  • Serum muka
  • Pelembap bibir
  • Serum rambut
  • Serum bulu mata (panjang dan pertumbuhan)

Cara Penggunaan Lovera Magic Jelly

Untuk cara penggunaannya, korang boleh rujuk gambar dibawah ini ye.. Tak susah, sangat mudah.. Semudah ABC..



Satu Beg Satu Lovera Magic Jelly

Oleh kerana manfaatnya yang pelbagai dan boleh digunakan seisi keluarga, aku sangat sarankan setiap rumah harus ada 1 botol Lovera Magic Jelly ini untuk kegunaan family korang... Gel ini didatangkan dalam botol pump yang comel dan sangat mudah dibawa kemana-mana.. Jadi, pastikan Lovera Magic Jelly ni sentiasa berada di dalam beg korang walau dimana korang berada.. Satu beg satu Lovera Magic Jelly.. Hah gitu konsepnye... Manelah tahu, diperlukan pada masa-masa kecemasan... Boleh aje terus guna... Senangkan...

Macam aku sendiri pun akan pastikan gel ni sentiasa berada dalam handbag aku ni supaya aku boleh guna dimana saja aku berada terutama dalam opiz yang ber-aircond, kulit aku mudah jadi kering.. Jadi, dengan adanya gel ni bolehlah aku sapu bila kulit kering... 


Testimoni Pengguna Lovera Magic Jelly

Orite, sepertimana yang aku dah mention sebelum ni, ramai yang dah cuba Magic Jelly ni dan berpuashati dengan hasilnya... Begitu jugaklah dengan aku sendiri... Produk terbaik yang pernah aku cuba setakat ini... Jadi, mari kita lihat apa kata pengguna-pengguna Magic Jelly...







Dapatkan Lovera Magic Jelly Sekarang Untuk Merawat Jerawat Dan Parut Dengan Berkesan

Dengan menggunakan Lovera Magic Jelly ini korang dapat merawat masalah jerawat dan parut diwajah korang dengan berkesan.. Malah korang boleh menggunakan gel ini untuk pelbagai kegunaan lain.. Jadi, tunggu apa lagi.. Jom pakat beli Lovera Magic Jelly ini untuk kegunaan seisi keluarga..

Harga  :  RM70.00
Saiz   :  60ml

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Instagram

Facebook


13 comments on "Cara Berkesan Merawat Jerawat Dan Parut Dengan Lovera Magic Jelly"
  1. Wah, macam-macam yea faedah dari produk nie, multipurpose.. Harganya pun agak murah jika dibandingkan dengan kelebihan yang ada..

    ReplyDelete
  2. pernah dengar produk ni tapi tak pernah nak cuba nanti boleh masuk list ni

    ReplyDelete
  3. haritu ada nampak jugak produk ni tapi belum try lagi

    ReplyDelete
  4. Nampak banyak manfaatnya dan sesuai dengan wajah asean ni....

    ReplyDelete
  5. eh harga pun berpatutan dengan manfaat yang banyak tu. makin flawless ler akak hihi

    ReplyDelete
  6. suka pakai aloe vera gel tapi teringin pulak nak try brand ni :D

    ReplyDelete
  7. aloe vera memang okay utk merwat parut kan

    ReplyDelete
  8. patut laaa kakak kita ni cantikk..ni lah rahsianya yeaa

    ReplyDelete
  9. Baguslah produk ni Lea 1 botol banyak kegunaannya, multipurpose..
    Aloe vera memang terkenal dengan kebaikan merawat pelbagai masalah kulit..

    ReplyDelete
  10. my base make up ni..hehe..cpt serap & suka ingredient dia sbb guna aloe vera..

    ReplyDelete