BETADINE® Daily Feminine Wash Khusus Untuk keperluan Kebersihan Wanita

BETADINE® Daily Feminine Wash Khusus Untuk keperluan Kebersihan Wanita  |  Bulan lepas aku ada join giveaway di facebook yang dianjurkan oleh Blogger Mamajue yang hadiahnya adalah merupakan BETADINE® Daily Feminine Wash Untuk Kebersihan Peribadi Wanita... Alhamdulillah, aku terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk giveaway tersebut.. Dan hadiahnya pun dah selamat sampai ke tangan aku hari Jumaat lepas.. 

BETADINE® Daily Feminine Wash Khusus Untuk keperluan Kebersihan Wanita, pencuci wanita, feminine wash,

Ada tak wanita-wanita yang tengah baca ni, guna BETADINE® Daily Feminine Wash ni? Kalau ada yang dah pernah dan sedang guna, mesti korang tahu keistimewaannya kan... Aku baru mencuba dan aku menyukainya.. Orite, jomlah aku story sikit tentang kehebatan pembersih wanita ini.. Mesti korang yang belum pernah guna, nak tahukan tentangnya.. Moh le kite..

Ok, mungkin ada yang beranggapan penjagaan kesihatan diri ni hanya memfokuskan tentang pemakanan dan cara hidup yang sihat sahaja.. Sebenarnya, penjagaan kesihatan diri ni juga melibatkan kebersihan diri kita terutamanya kebersihan peribadi kita yang perlu dijaga supaya berada pada tahap yang baik dan sihat..

pH yang idea bagi kawasan intim wanita adalah antara pH3.8 hingga pH4.2.. Jadi sebelum kita membeli sebarang pencuci peribadi wanita, kita harus tahu tahap pH pencuci tersebut terlebih dahulu supaya tidak menggangu keseimbangan pH kawasan intim dan ini boleh menyebabkan jangkitan akibat pertumbuhan bakteria yang tidak baik..



BETADINE® Daily Feminine Wash telah terbukti secara saintifik untuk menghilangkan bakteria jahat dan kulat yang menyebabkan ketidakselesaan di kawasan intim wanita.. Didatangkan dalam bentuk cecair yang direka khusus untuk keperluan kebersihan wanita dan menyokong keseimbangan pH semulajadi kawasan intim wanita dan mampu mengekalkan kebersihan di zon intim wanita serta menghalang dari berlakunya pelbagai gejala seperti gatal, berbau dan keputihan..


Dirumuskan tanpa sebarang bahan kimia yang merbahaya, tanpa sabun, paraben dan pewarna serta tidak menimbulkan alahan yang telah diuji secara dermatologi, BETADINE® Daily Feminine Wash  ini mengandungi bahan semulajadi seperti :-  
  • Immortelle - Bahan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit  
  • Deoplex - Ekstrak semulajadi yang berkesan untuk memberikan kesan peneutralan bau  
  • Syricalm - bahan aktif semulajadi yang melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan meringankan kerengsaan.
  • Prebiotik - Peranan yang penting untuk memastikan mikroorganisma yang bermanfaat ini mencapai tahap populasi yang sihat. 
Aku dah try BETADINE® Daily Feminine Wash ni dan aku suka sangat sebab baunya best dan rasa segar dan sejuk aje lepas menggunakannya.. Paling penting, tak melekit ye.. Sangat selesa.. Lepas ni bolehlah aku bawa kemana sahaja sebab botolnye kecik molek aje, mudah nak letak dalam handbag, tak berat!! Yeahh!!

BETADINE® Daily Feminine Wash ini terdapat dalam 2 saiz iaitu 50ML dan 300ML.. Kalau korang nak cuba feminine wash ni, boleh dapatkannya sekarang di Guardian, Watsons dan Caring Pharmacy...

Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website


4 comments on "BETADINE® Daily Feminine Wash Khusus Untuk keperluan Kebersihan Wanita "