Pengalaman Bersalin Anak Kedua, Muhammad AQiff RizQi

Pengalaman Bersalin Anak Kedua, Muhammad AQiff RizQi  |  OMG!! Mood untuk update kisah pengalaman aku bersalin anak kedua ni tetiba aje datang... Bila dah mood datang, harus cepat-cepat taip apa yang patut... Kang mood dah lari bertempiaran, susah pulak nak kejar.. hehehe... Pengalaman bersalin anak kedua ni agak berbeza dari yang pertama... Boleh dikatakan, lebih dasyat dari yang pertama.. Orang cakap, lahirkan anak pertamalah yang maha dasyat.. Tapi tidak bagi aku kerana lahirkan anak kedua ni lagik tragis.. Nak tahu cite selanjutnya, kenelah baca sampai habis ye..


Anak pertama dulu aku bersalin belah petang hampir-hampir masuk waktu maghrib... Anak kedua ni aku bersalin belah pagi sebelum subuh... Berbezakan.. Haha..  Waktu bersalin pun aku amek port kan.. Biasa la sebelum kita cerita, kasilah hakak berdrama sikit.. hehe..

10 September 2017
12.00 Tengahari

Tanda dah keluar time ni.. Macam anak pertama jugak, keluar darah... Orang cakap, kalau keluar tanda darah ni sakit dia memang dasyat.. Ternyatalah ianya benar.. Tapi time ni sakit biasa-biasa jerk.. Baru lagik kan.. Boleh relax-relax lagi.. Boleh pergi jalan rumah kawan lagi time ni makan-makan.. Lepas balik dari makan tu, rehat sekejap dan buat persediaan dan check apa yang patut dan sempat lagilah kemas rumah.. hehe.. Qhaliff pun encik suami hantar siap-siap rumah pengasuh petang tu jugak.. In case apa-apa senang nanti... Hati tu rasa dah nak pergi serah diri, risau jugak kan kalau tetiba sakit teruk.. Tapi tenangkan diri lagi tunggu lepas solat isyak baru pergi serah diri..

9.00 Malam

Semua kelengkapan dan keperluan aku dan baby dah ready dalam kereta... Tibalah masa untuk aku serah diri... Dalam perjalanan terfikir untuk pergi makan dulu... Nanti nak bersalin tak de tenaga pulak kalau tak makan... Ada yang pesan, sebelum ke hospital baik makan dulu supaya time nak bersalin kita ada tenaga.. Oleh nasihat itu, aku pergilah makan dulu.. Time ni sakit dah agak terasa dan semakin kerap tapi masih aku boleh tahan lagi... Dah sampai bandar kuantan, mula cari tempat makan.. Buntu pulak nak makan dekat mana.. Selera tak berapa nak ada sebenarnye sebab itu tak tahu nak makan dekat mana... Kebetulan lalu pulak depan McD time tu terus terasa nak makan mekdi tetiba.. Haha.. Selera apakah itu?? OMG!! Terus decide untuk makan mekdi aje.. Drive Thru je la senang sikit.. Tak kuasa mak nak masuk mekdi, makan dalam tu.. Makan aje dalam kereta..

11.00 Malam

Lepas makan, terus aje pergi hospital untuk serah diri.. Hospital depan Mekdi tu je haaa.. Time ni sakitnye lebih kerap dan dah agak terasa sangat.. Tapi tetap under control lagi.. Selawat dan doa Nabi Yunus tak lekang di bibir aku.. Moga dipermudahkan segalanya.. Sampai saje hospital di bahagian Low Risk, terus daftarkan diri dan aku dibawa kedalam bilik rawatan untuk doktor buat pemeriksaan... Terasa agak malang diri ini untuk kali kedua kerana doktor lelaki yang check aku... Tuhan saja tahu betapa aku rasa tak selesa.. Tapi aku tiada pilihan... Ini bukan hospital swasta untuk aku request doktor perempuan... Lebih malang bila doktor tersebut adalah doktor baru a.ka pelatih...

Macam biasa lah, bila dah masuk ke dalam bilik pemeriksaan tu, segala wayar akan dilekatkan kat perut aku untuk dapatkan bacaan denyutan jantung baby dan juga tengok kekerapan contraction.. Lepas tu, bukaan jalan diperiksa.. Aduii malu bukan kepalang bila doktor lelaki yang check.. Baru 1cm katanye.. Aku agak frust sebab sakitnye kemain lagi tapi baru 1cm.. Biar betul.. Pelbagai soalan ditanyanya.. Tentang anak terdahulu, tentang masalah kesihatan dan bagai-bagai lagi.. Kemudian aku diminta pindah ke katil lain untuk scan.. Kali ni doktor wanita yang scan.. Doktor terlatih.. Alhamdulillah.. Dan lepas scan, sekali lagi doktor check jalan.. Kali ni katanya 3cm.. Lalu doktor lelaki tadi ditegurnya kerana salah buat bacaan jalan.. Berhuhu lagi aku kerana aku dibuat seperti bahan uji kaji.. Disuruhnye doktor lelaki tadi, check balik dan belajar semula baca jalan.. Ya Allah, tuhan  sahaja tahu betapa hati aku sakit ketika ini.. Ditambah sakit contraction lagi.. Boleh pulak dia buat aku bahan pembelajaran dia..

Lepas selesai segala prosedur di bilik pemeriksaan tersebut, aku dibawa ke wad bersalin sementara menunggu waktu untuk melahirkan.. Ada 2 orang lagi sedang menunggu masa.. Ada juga yang baru masuk terus ke labour room, mungkin dah sampai masa.. Sepanjang aku tunggu waktu aku, beberapa orang juga telah selamat melahirkan.. Aku dan 2 orang lagi di wad bersalin masih menanti giliran masing-masing... Yang katil sebelah aku, nampak selesa berbaring dan tidur.. Yang seorang lagi, dok berjalan kehulu kehilir, mungkin untuk memudahkan bersalin kot.. Aku lihat dorang relax jerk.. Tak rasa sakit ke dorang ni?... Aku ni bagai nak mati menahan sakit yang tak terperi.. Tapi time ni masih boleh bertahan walaupun dah sakit sangat dan masih boleh pergi toilet beberapa kali... Hehe.. Boleh jugak dok layan wasap and messenger..

11 September 2017
2.00 Pagi

Jam 2.00 pagi, dah mula rasa sakit sangat.. Sampaikan hanya boleh bertahan dengan duduk di birai katil.. Kalau baring, rasa sakitnya lagi maha dasyat.. Jadi, aku hanya mampu duduk di birai katil sahaja sambil menahan sakit.. Dah puas menahan dan rasa tak sedap hati, aku minta nurse checkkan jalan lagi sebab dah rasa lain macam.. Masuklah aku dalam labour room dengan harapan agar inilah penamatnya dan aku boleh melahirkan dengan selamat.. Doktor yang sama check aku.. Doktor pelatih lelaki tersebut menyatakan jalan masih 3CM!! Hoh!! Terpinga-pinga aku.. Betul ke?? Dari jam 11 malam hingga sekarang masih menten 3CM.. Tapi apa boleh aku buat kalau itu dah katanya.. Maka, aku kembali ke katil aku semula.. Nurse maklum pada aku akan datang melawat setiap pesakit selepas 2 jam kemudian.. Aku sabarkan hati menunggu nurse datang melawat nanti.. Time ni dok wasap dengan encik suami.. Katanya dah mengantuk sangat and nak tidur sekejap dalam kereta sambil tinggal pesan supaya call dia kalau dah dekat nak bersalin.. Huhu..

3.00 pagi

Sakit makin mencucuk-cucuk.. Lepas baring aku duduk.. Puas duduk aku baring.. Masa ni sakit makin menyiksakan.. Allahuakbar... Tak dapat nak gambarkan macam mana.. Nak pergi toilet dah tak mampu... Tak mampu nak berjalan lagi.. Tapi masih sabar menanti sehingga jam 4 pagi mengharapkan nurse datang check.. Masa ni aku mengharapkan masa berjalan dengan pantas.. Tak larat dah nak duduk dalam keadaan yang ngeriiii macam ni..

4.00 Pagi

Tenaga makin berkurangan akibat menahan sakit.. Sakit dah tahap maksima... Darah pun makin banyak keluar sampai habis katil kena darah.. OMG!! Apakah.. Bersalin sebelum ni, tak pernah berdarah macam ni sekali.. Kain aku tak payah cakap la.. Darah di merata-rata.. Tapi tak de la macam tumpah darah tu kan.. Cuma darah agak banyak keluar tak seperti aku bersalin yang dulu.. Aku makin takut.. Sakit dah tak tertanggung lagi.. Tunggu nurse datang check tapi tak juga datang... Akhirnya, aku gagahkan diri berjalan ke bilik rawatan sambil berpaut pada dinding.. Sampai saje depan pintu bilik rawatan, aku terus panggil nurse dengan suara tak berapa nak keluar dah sebab sakit sangat.. Huhu.. Nurse suruh aku bertenang dan duduk atas kerusi dulu sementara dia kemas katil bersalin yang baru selesai digunakan oleh pesakit lain.. Lepas tu terus saja aku disuruh naik ke atas katil bersalin untuk check jalan... Kali ni check jalan sangatlah sakit sebab aku memang dah sakit kan.. Doktor yang sama juga check aku.. Katanya dah 7 ke 8cm kalau tak silap aku.. Aku dengar tak dengar dah time tu.. Rasa dah berada kat dunia lain dah.. Haha.. Gile betul la.. Hehe..

Air ketuban dipecahkan... Nurse cakap, baby dah berak dalam perut dan terus disuruhnya aku untuk teran risau baby tertelan najis.. Aku tak rasa nak teran lagi sebenarnya time tu tapi aku gagahkan jugak diri untuk paksa teran.. Tapi kenapa tak boleh.. Aku rasa pundi kencing aku penuh dan dalam masa yang sama nurse pun terus ambil tiub untuk buang air kencing aku.. oh, nurse ni macam tahu-tahu aje kan.. Terima kasih.. Lepas tu barulah aku ada rasa nak meneran.. Pada awalnnya nurse sahaja yang uruskan aku.. Lepas tengok aku tak berjaya dalam usaha meneran, doktor wanita datang membantu.. 2 orang lagi doktor baru, lelaki sebagai pemerhati.. Semua nurse yang ada memberi semangat kat aku dan bantu sedaya mampu.. Seksanya rasa... Sakit bukan kepalang.. Berlainan sekali melahirkan anak pertama dulu.. Kali ni lagi dasyat sakitnya nak bersalin.. Sedaya mungkin aku meneran.. Kata doktor, kepala dah keluar sikit, sampai tang dahi tu tak lepas.. Bila dah segala usaha dilakukan dan aku juga tak berjaya untuk bersalin secara normal, doktor buat keputusan untuk gunting.. Allahuakbar.. Sakitnya.. Rasa sangat masa dia gunting...

Lepas dah gunting, aku disuruh teran sekuathati.. Risau baby lemas... Dan aku usahakan sampai berjaya.. Alhamdulillah tepat jam 4.50 Pagi, anak kedua aku selamat dilahirkan... Bersyukur sangat aku bila dah terlepas dari azab yang maha dasyat.. Azab di atas muka bumi yang hanya secebis.. Di akhirat kelak, tak tahu lah macam mana.. Allahuakbar..

5.00 pagi

Proses untuk mengeluarkan uri dan darah-darah beku dilakukan... Rasa sakit masih mencengkam dek kerana kesan gunting dan kesan bersalin... Selesai urusan tersebut, tibalah masa untuk proses menjahit yang aku sendiri rasa seriau kerana tugas ini diberikan kepada doktor lelaki pelatih tadi.. Aku rasa tak yakin tapi aku redha aje lah.. Aku dibius.. Permulaan, tiada rasa apa-apa.. Berjalan dengan baik.. Cuma aku jadi semakin risau bila doktor menjahit dengan agak lambat.. Terlalu lambat.. Dalam hati, nanti dah habis ubat bius tu mahu aku menjerit nanti time jahit bahagian kulit.. Rupanya rasa tak yakin aku tu bersebab.. Ternyata doktor tersebut tak berjaya nak selesaikan tugasnya dengan baik.. Dia tak pandai jahit hokeh!!! Arggghhh rasa nak marah pun ada.. Nurse pula ambil alih sambil nurse tu membebel kat doktor tu sebab tak maklum dekat doktor wanita tadi yang dia tak pandai jahit.. OMG!! Aku jadi mangsa keadaan lagi..

Nurse tu pun tak tahu nak sambung jahit macam mana lagi sebab katanya jahitan doktor tadi sangat tak cantik.. Dia usahakan juga.. Seperti yang aku jangkakan, time nak menjahit kulit luar, ubat bius dah hilang.. Sakit bukan kepalang.. Aku dijahit hidup-hidup.. Menjerit aku time jahit tu.. Sakit sangat wehhh!! Tapi apa boleh buat, terpaksa bertahan jugak.. Masa bersalin anak pertama dulu, time jahit tak sakit langsung sebab nurse yang jahit tu sangat pantas dan pandai.. Selesai urusan jahit menjahit, nurse mintak maaf sebab jahitan tak cantik akibat sambung kerja orang lain.. Aku pasrah..

Selesai semua, baru aku call encik suami.. Dia pun terkejut sebab semuanya dah selesai.. Tak sempat nak call dia, dah sakit sangatkan tak ingat apa dah.. Makanya, kali ni aku bersalin tanpa ditemani encik suami.. Dia ambil tugas dia untuk azankan anak.. Lepas tu teman aku rehat sekejap dalam labour room sebelum aku ditempatkan ke wad.. Selepas ditempatkan di wad, aku dikhabarkan akan ditahan sehari semalam untuk pemantauan baby kerana baby suspek tertelan najis.. Mari berhuhu.. Alhamdulillah baby ok.. Berak dan kencingnya semua ok dan teratur.. Hari selasa aku dah dibenarkan keluar wad.. Yeyyy boleh balik dahh!! Haha..

Alhamdulillah kali ni pun semua nurse memberi layanan yang baik pada aku.. Terima kasih pada semua nurse dan doktor HTAA yang dah berusaha untuk bantu aku melahirkan anak yang kedua ni sehabis baik dan merawat aku sepanjang aku di hospital dengan layanan terbaik.... Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kalian.. Hiks.. 😉

Ok, la.. Tu aje la pengalaman ngeri yang aku nak cerita.. Hehe..Panjang melebooo dah tu.. Aku titipkan pengalaman ni sebagai kenangan aku dikemudian hari.. Yang anak pertama dulu tak sempat pulak aku nak buat entry.. Tak pe la, cukuplah pengalaman ngeri kali ni aku abadikan dalam blog aku ni.. Juga untuk kengerian korang yang akan mengalaminya.. Haha.. Jom aku belanja sikit gambar baby boy aku, Muhammad Aqiff Rizqi..


11 September 2017 (Isnin)
4.50 Pagi
HTAA

Time ni dah balik umah mak dah..

Kepala dah botak kene cukur dek tukang urut.. 
Tak elok katanya simpan lama-lama rambut baby yang dalam perut..


OMG!! Dia senyum... 


Ni gambar terbaru.. Belum sebulan lagi usiaku..


27 comments on "Pengalaman Bersalin Anak Kedua, Muhammad AQiff RizQi"
  1. ya Allah..ngerinya baca..tabah btl lea..

    ReplyDelete
  2. fuhhhh...yang baca pun ngeriiii leaa...alhamdulilah selamat dah....tapi berbaloi kan,baby comey sangattt...tahhiah lea

    ReplyDelete
  3. Kinah faham kak lea. Kinah pun lebih kurang macam akak. Kinah kena vakum sebab dah takde tenaga nak teran. Dah selesai semua doktor pulak tersilap jahit. Ada part x jahit. Kena bukak balik. Sakitnya tu Allah je yang tahu. Comei baby akak.. Moga membesar dengan sihat ye baby

    ReplyDelete
  4. Seriaunya rasa. Huhuu. Alhamdulillah selamat semuanya. Ira tengok baby nampak macam ada iras akak je. Apapun tahniah kak :D

    ReplyDelete
  5. Lain anak lain dugaan dan tahap kesakitan dia kan?semoga Aqiff menjadi anak yang soleh..

    ReplyDelete
  6. Pengalaman yang sangat mendebarkan dan menarik... mesti lega bila nampak baby tersenyum comel begitu...

    ReplyDelete
  7. Allah baca pengalaman Lea ni buat reen rasa seriau. Tapi ianya satu pengalaman yang bermakna kan. Omeynyaaa dia senyu.mm

    ReplyDelete
  8. SubhanaAllah...setiap inci kesakitan itu moga tidak Allah SWT lepaskan walau sedikit untuk dicatatkan semewah-mewah ganjaran.Kak PC belum berpengalaman Lea tapi boleh bayangkan keadaan Lea ketika itu..Allahu.in sya Allah Muhammad Aqiff Rizqi ada istimewanya yang tersendiri..

    ReplyDelete
  9. Terbayang2 pulak kita sambil rasa geram dengan doktor laki tu. Haha tapi nak buat camane kan, semua orang bermula dari bawah. Doa yang baik-baik moga doktor tu nanti akan cekap macam doktor senior jugak :)

    ReplyDelete
  10. Ngeri nya baca pengalama lea ni. Masa syafi dulu doc lelaki juga yg check bukaan tp x terasa pun masa dia check. Malu semua tolak tepi. Nak bersalin pun doc lelaki yg sambut. Cuma mas jahit je doc perempuan. Cepat juga dia buat. Cuma masa nk hujung jahit bius dh habis, ana minta bius semula. Alhamdulillah tak rasa pun masa jahit tu.

    ReplyDelete
  11. Aduh ngeri bila baca tp alhamdulillah semua ok....😘

    ReplyDelete
  12. seram jugak bila fikirkan nak bersalin lagi.. tp baby nak.. hehehe tahniah sis :)

    ReplyDelete
  13. seram la ..tetiba teringat balik.adudududud... ina pun dulu pelatih lelaki jugak.Doktor pompuan ada.Katanya, bagi doktor pelatih buat kerja. hukhukhuk..masa meneran, baru doktor pompuan.

    ReplyDelete
  14. aduiiiiii lea oii
    senget2 kepala el baca bab sakit ngan jahit tu
    ngeri ngilu oiiii
    geram bab jadikan kita bahan uji
    depa igt sakit beranak ni mcm makan lolipop ke huhu

    ReplyDelete
  15. Ya Allah ngerinya baca.. ni tengah baca masa2 duk menunggu hari bersalin.. uwaaaa.. Mohon Doakan semuanya dipermudahkan k..

    ReplyDelete
  16. alaa... comelnya bbay aqiff ni... hebatnya aturan Allah tuk seorang ibu kan lea...

    ReplyDelete
  17. Tahniah Lea, memang sakit bersalin ni macam-macam kan. Ibu memang sangat tabah. Selamat berpantang ye

    ReplyDelete
  18. seram baca.. pengalaman yang bermakna sangat2 ni...

    ReplyDelete
  19. comelnye baby! btw tarikh birthday kite same.. 11/9.. hihi..

    mase e'in bersalin kan ecad, alhamdulillah sume doktor and nurse perempuan.. check bukaan, sambut ecad keluar sume perempuan.. doktor lelaki just datang check mase e'in kat dalam labour room je.. tapi tak seluk pun.. hihi

    kat HSI nie satu bilik bersalin untuk sorang je.. bilik e'in paling bising sebab e'in tak boleh tahan mase sakit tu..

    time jahit pulak, memang lame sampai dah abes dah ubat bius tu.. doktor cakap kulit e'in rapuh tu yang dorang bukak and jahit balik.. maybe sebab time preggy tu suke minum soya kot.. huhu

    ReplyDelete
  20. busyra mmg takut kalau fikirkan tentang org bersalin.. sakitnya tuu.. Ya Allah..even belum ada pengalaman lagi tapi boleh rasa apa yg ibu2 diluar sana rasa.. dan Alhamdulillah kak lea selamat melahirkan baby.. baby pun comelll!

    ReplyDelete
  21. Besarnya pengorbanan seorang ibu.. Alhamdulillah selamat melahirkan baby yang comel ;)

    ReplyDelete
  22. tahniah.. kalu ingat balik saat nak beranak tu seram kan..

    ReplyDelete
  23. Adoi.. Ngeri nya dengar pengalaman Lea.. Tapikan Lea, sha pun rasa bersalin anak kedua lagi sakit dari anak pertama.. Huhuhu..

    ReplyDelete