Badut Pembunuh Makan Kanak-Kanak Dalam IT

Badut Pembunuh Makan Kanak-Kanak Dalam IT | Lama tak layan movie.. Feel nak tengok movie sekian lama dah menghilang.. Lepas bersalin ni baru feel tu datang balik.. Kalau dulu, tengok movie pun macam tak punya perasaan dan susah sangat nak faham jalan cerita.. Sekarang dah kembali normal.. Mungkin sekarang fikiran dan jiwa lebih tenang kerana tengah cuti-cuti malaysia kan.. Haha!! Baru-baru ni aku berkesempatan layan filem seram berjudul IT yang diadaptasi dari novel epic Stephen King's.

Badut Pembunuh Makan Kanak-Kanak Dalam IT

Filem ini memang best dan mendebarkan dari awal sampai akhir.. Ceritanya mengisahkan tentang seorang abang bernama Bill yang sangat menyayangi adiknya, Georgie... Hari-hari mereka sentiasa bersulamkan kebahagiaan dan kegembiraan bersama.. Pada suatu hari, kegembiraan tersebut berganti kesedihan apabila adiknya dibiarkan bermain berseorangan dalam hujan lalu hilang tanpa jejak..


Dari situlah, bermulanya pencarian adiknya oleh Bill bersama beberapa orang rakan karibnya.. Malah pencarian tersebut juga untuk merungkaikan misteri kehilangan ramai kanak-kanak lain di kawasan mereka yang berlaku sejak dulu lagi tanpa dapat dirungkai..

Pencarian tersebut telah membawa mereka kepada penemuan badut yang bergelar Pennywise atau The Dancing Clown yang suka makan kanak-kanak..


Badut ni nampak jerk comel (comel ke? cam seram jerk... haha) dengan gigi arnab 2 batang kat depan bila dia senyum.. Tapi sekali dia nganga nak ngap, huisss seram wehh!! Dengan gigi berselirat berlapis-lapis tajam.. Terkujat aku tengok... Hadoii.. Kalau korang suka cerita seram, leh la try tengok filem ni.. Tak mengecewakan..

Aku bagi 💟💟💟💟💟 (5 luv) untuk IT.. 


6 comments on "Badut Pembunuh Makan Kanak-Kanak Dalam IT"
  1. Kalau Sha, memang tak tengoklah.. Kikiki.. Baca takpe..

    ReplyDelete
  2. tak tengok cite seram gini takut dok imagine terlebih kang..hihi

    ReplyDelete
  3. Best citer ni..agak mengejutkan dan seram...lokman kasi rating 9/10

    ReplyDelete
  4. Menariknya citer ni... leh tengok ni... nice sharing lea

    ReplyDelete
  5. kann!! tidak mengecewakan menonton filem ini. puas hati!

    ReplyDelete