Shopping Blouse Muslimah Moden Di Zalora

Friday, September 8, 2017

Shopping Blouse Muslimah Moden Di Zalora  |  Baru-baru ni mood rajin tiba-tiba datang menyinggah.. Habis semua almari pakaian aku selongkar dan kemas.. Eh, bila dah kemas dan asingkan pakaian yang aku dah tak nak pakai lagi (ibarat habis madu sepah dibuang.. haha!!), rupanya koleksi baju aku yang masih boleh dipakai dah menyusut.. Patutlah aku rasa macam asyik dok ulang pakai baju yang sama aje sebelum ni.. Hurmm, jadi, aku pun berhasratlah untuk menambah koleksi baju aku terutamanya blouse.. Sejak dah berkeluarga ni, aku lebih selesa mengenakan blouse berbanding t-shirt... Memandangkan aku seorang yang berhijab, maka blouse yang menjadi pilihan aku adalah blouse muslimah moden.. Banyak juga online shop yang dah aku terjah untuk mencari blouse muslimah ni dan aku dah jatuh hati dengan koleksi blouse di Zalora.. Jom ikut aku shopping blouse muslimah moden di Zalora...

Zalora, zalora malaysia, blouse, blouse muslimah, tops, blouse murah, shopping blouse, beli blouse, blouse zalora, blouse moden, blouse muslimah moden
Shopping Blouse Muslimah Moden Di Zalora

Sebenarnya aku dah beberapa kali juga pernah bershopping di Zalora Malaysia ni.. Setakat ni perkhidmatan yang diberikan sangat memuaskan.. Tak kiralah dari segi kualiti barangan, servis penghantaran mahupun harga... Sebab itulah, kali ni aku kembali untuk bershopping di Zalora... Ok, kalau korang nak tahu, di Zalora Malaysia, terdapat pelbagai jenis Women Blouse dengan design yang menarik dan cantik yang boleh korang pilih mengikut citarasa masing-masing.. Memandangkan aku mencari blouse muslimah moden, makanya carian aku hanyalah tertumpu kepada blouse muslimah sahaja.. Hehe.. Kalau korang nak tengok koleksi blouse yang lain, korang kenalah terjah sendiri nanti ye.. Apa-apa pun jom tengok koleksi blouse muslimah moden yang cantik-cantik di Zalora Malaysia.. 



Wafiyya by Dollscarf...  Annura Blouse ini bercirikan peplum labuh sesuai untuk wanita muslimah.. Ini adalah salah satu blouse yang menjadi pilihan aku sebab blouse ni labuh dan menutupi bahagian 'belakang'... hiks... Pernahlah juga berangan nak memakai blouse peplum sebelum ni, tetapi banyak yang singkat.. Jadi aku kuburkan hasrat itu.. Bila dah terjumpa peplum yang labuh macam ni, haruslah aku grab sehelaikan... Sesuai dipadankan dengan skirt labuh.. Wahhh terlebih ayu lah pulak nanti yek!!! Jom tengok koleksi yang lain pula..



Aqeela Muslimah Wear... Overall Top.. Blouse ni lebih simple dan santai... Kalau korang suka yang simple dan santai, aku recommend sangat blouse ni.. Aku pun suka!!  Bolehlah pakai semasa bersantai dengan keluarga.. Takde lah rasa rimas sangatkan.. Yang penting keselesaan semasa hangout dengan anak-anak.. Kita masukkan dalam wishlist cepat-sepat ye... Huhu..




MsDahlia... Haura Tunic... Yeahhh aku berkenan sekali dengan blouse ni... Blouse yang aku cari-cari.. Sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis keramaian dan boleh bergaya sakan dengannya.. Boleh juga dipakai untuk ketempat kerja.. Labuh, sopan dan cantik... Itulah ciri-ciri yang ada pada blouse ni.. Cewahhh.. Korang tak merah mata ke tengok blouse ni?? Rugi tak grab tau...!!



Najjah.. Ayana Top dan Denim Tweed Top.. Aku dah masukkan dalam wishlist aku blouse yang berwarna kelabu tu.. Denim Tweed Top... Minat sangat dengan designnya.. Simple tapi menarik.. Paling penting breastfeeding friendly... Ada zip di depannya.. Sangat sesuai untuk ibu yang sedang menyusu... Jadi, ibu yang sedang menyusu jom pakat-pakat beli blouse cantik ni...



Orite yang ni pula dari 2 butik berbeza.. Dua disebelah kiri dari butik Soonaru Muslimah dan 2 lagi disebelah kanan dari  butik Qasaya... Kedua-dua design blouse ini ada daya tarikan tersendiri yang membuatkan aku tak teragak-agak untuk memasukkannya dalam senarai koleksi blouse aku.. Hehe.. Ayana Blouse dari Soonaru Muslimah, designnya nampak lebih moden manakala Katy Printed Blouse dari Qasaya pula, nampak lebih sweet.... 

OMG!! Banyaknya pilihan blouse muslimah moden di Zalora Malaysia... Yang mana satu harus aku pilih.. ?? Semuanya dah aku masukkan dalam wishlist aku.. Takan nak beli semua kot.. Rabak poket ohh!! Haha.. Jadi aku kena buat pilihan yang tepat... Beginilah aku bila dah menjamu mata di Zalora... Boleh rambang mata jadinya.. Kalau diikutkan hati, semuanya aku nak beli.. Tapi memandangkan aku dah buat bajet untuk shopping blouse ni, kenalah ikut bajet kan.. Boros itu amalan syaitonnnnn...!!

Oklah, aku nak bertenang sebentar sebelum aku membuat pilihan terakhir yang mana aku nak beli.. Jadi, kalau korang pun berminat untuk mendapatkan blouse muslimah, korang bolehlah terjah laman web Zalora ye sebabnya terdapat banyak lagi sebenarnya koleksi blouse muslimah yang boleh didapati daripada Zalora Malaysia ni... Selain pilihan yang banyak, harga pun sangat berpatutan... Bagi yang belum pernah bershopping di Zalora Malaysia tu, lepas ni bolehlah try shopping di Zalora.. Rasakan sendiri pengalaman bershopping dengan menikmati perkhidmatan yang terbaik diberikan buat korang... 

Aku sudah!! Korang bila lagi?? 


12 comments:

  1. Menarik tp xpernh shopping online utk bj sbb riso size xngam

    ReplyDelete
  2. Cantik-cantik design blouse di zalora..

    ReplyDelete
  3. Cantik2 jugak blaus nya. Lama dah tak bukak Zalora. Sembunyikan app sebab takut nanti terbeli. Hehe

    ReplyDelete
  4. Betul tu Lea, dah berhijab bagus pakai blouse.. nampak lebih sopan berbanding t-shirt...cantik2 semua blousenya..

    ReplyDelete
  5. Cantik-cantik pilihan blouse kat Zalora nie kan..

    ReplyDelete
  6. uiiii cantiknya.. semua design kinah suka ni

    ReplyDelete
  7. Memang cantikkk !
    Sopan and sweet gituu !

    ReplyDelete
  8. wah cantiknyaaaaaa......nak usha sekarang jugak

    ReplyDelete
  9. modest ..sesuai untuk wanita muslimahh .. aii rambang mata masuk zalora ni ..kena pejam mata tutopp haaa

    ReplyDelete
  10. Lawa la takut nak beli on9 sebab shopping sokmo selalu tak muat.. Banyak kali beli blouse tak muat bagi kat ma di kelantan hihihihi

    ReplyDelete