Review Novel | Parut Dari Zahida Zarkasi

Saturday, September 30, 2017

Review Novel | Parut Dari Zahida Zarkasi | Lama betul peram entry ni.. Dari awal bulan 9 lagik.. Sekarang dah akhir bulan.. Huhu.. Kejung otak nk ingat balik jalan ceritanye.. Nasib baik dah up review di goodreads... Leh jugak buat rujukan balik.. Hehe.. Moh le tengok ape kata aku tentang novel Parut dari Zahifa Zarkasi ni...  Ok ke idokkkk???


First impression aku terhadap novel ni ialah "Tak Best"!!.. Tengok saja tajuknya.. Hanya tentang Parut... Tengok pulak cover dia, sangatlah tak menarik... Tapi bila dah baca, perghh memang terkagum sekejap dengan jalan cerita yang di garap oleh penulis.. Terbaikk toqqq!!.. Aku suka jalan ceritanya.. Walaupun pada awalnya susah jugak nak faham disebabkan watak yang tetiba aje wujud pada awal cerita... Lama kelamaan, ceritanya semakin sebati dan mula menarik minat aku untuk terus baca sampai habis..

Aku ceritalah sikit ye jalan ceritanya.. Kisah bermula bila mana seorang gadis yang bernama Haifa hilang ingatan akibat dari kemalangan.. (tanggapan pertama aku).. Dia tiba-tiba menghilangkan diri disaat dia disatukan dengan kekasih hatinya.. Dia melarikan diri ke utara tanah air tanpa tujuan.. Ada sesuatu yang membawa dia sampai kesana.. Sampai aje disana, dia tinggal bersama tok timah nenek angkatnya yang baru dikenalinya.. Tok timah dah tua dan dia membela.. Dia nak cari pewaris untuk belaannya itu dan Haifa menjadi mangsanya.. Rupanya, haifa hilang ingatan kerana dipengaruhi oleh ilmu hitam tok timah sehingga dia terbawa kesana tanpa sedar.... 

Parut? Ye novel ni mengisahkan tentang parut yang ada diwajah Haifa.. Yang sebenarnya, Haifa tak de pun parut diwajah.. Itu semua ilmu hitam Tok Timah untuk membuatkan Haifa merasa rendah diri.. Huhu.. Tok Timah yang berparut dimuka sebenarnya.. Sangat hodoh dan menakutkan.. Tapi dek kerana ilmu hitam dia, Haifa tak nampak semua tu.. Sebab tu dia boleh terima untuk tinggal dengan tok timah.. Semua orang kampung pelik dengan keberanian Haifa.. 

Apa jadi dengan Haifa selepas itu?? 

Nak tahu kena beli dan baca sendiri yek.. Takat tu jerk la aku cite.. Takan nak cite sampai habis kot kan... Korang beli dan baca sendiri baru syiokk.. Korang tak kan kecewa dengan jalan cerita novel Parut ni.. Banyak lagik plot menarik dalam novel ni... Suspen, seram semua ada.. Best!! Kalau baca mesti tak sabar nak tahu kesudahannya.. 


Orite, ini sinopsis novel ni.. Korang baca la sinopsisnya dulu.. Pastu korang nilai sendiri dari sinopsis dia best ke tak.. Tapi yang pasti, bagi aku Parut ni best... Tak rugi beli dan baca.. Berbaloi-baloi bak kata orang... Kat bawah ni review aku di goodreads.. Moh baca lagik.. Haha!!

ParutParut by Zahida Zarkasi
My rating: 4 of 5 stars

AKU SUKA NOVEL NI!!
Yess aku suka jalan cerita yang digarap oleh penulis dalam novel ni.. Sangat menarik dan perjalanan cerita yang berjalan lancar tanpa tersekat dimana-mana.. Tahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang menarik seperti ini..

Permulaan cerita membuatkan aku semakin ingin tahu apa yang seterusnya akan berlaku.. Sampaikan aku tak sanggup stop baca novel ni sbb nak tahu sangat kenapa dan kenapa...!!

Parut mengisahkan seorang gadis bernama haifa yang telah terkena ilmu hitam tok timah yang menginginkan seorang menjadi pewaris belaannya.. Sebelum dan selepas kisah haifa terkena buatan tok timah tu byk la liku-liku yg haifa lalui.. suka duka.. pendek kata novel ni memang cukup lengkap jalan ceritanya.. Aku suka.. Hehe..

Kalau nk tahu jalan ceritanye kena baca sendiri.. Baru feel..

View all my reviews



12 comments:

  1. wooo rajin baca no..el ni jgn harap nak baca novel2 ni hahaha

    ReplyDelete
  2. gee baca tajuk pun macam tak menarik lea!tp rupanya best jugak sinopsis lea bagitau ni..

    ReplyDelete
  3. dulu e'in kalau beli novel, memang tengok cover dulu.. tak cantik, tak menarik, letak balik.. haha

    ReplyDelete
  4. sounds best...boleh simpan dalam readingbucket ni...

    ReplyDelete
  5. Menarik ni. Nanti nak carila buku ni

    ReplyDelete
  6. macam novel thriller dah jalan cerita dia.
    tapi memang menarik! kalau terjumpa akan terus beli. hehe

    ReplyDelete
  7. wah macam best jer....pinjam boleh????hihi

    ReplyDelete
  8. jalan cerita cam menarik..

    reen kalau nak baca novel mesti tgok cover dlu.hehe

    ReplyDelete
  9. Ala...tajuk dia tak attractive la...kalau bg akak ni sure novel ni yg baca akak..hehehe

    ReplyDelete
  10. Salah satu novel in my TBR list. Hihi. Nanti baca :)

    Anyway, Lea, Siqah baru up entri pasal cara Siqah edit gambar flatlay. Maaf lambat ye. Hee. Siap ada video agar mudah faham. Feel free to read :)

    http://www.siqahiqa.com/2017/10/easy-tutorial-how-i-edit-my-flat-lay.html?m=1


    ReplyDelete
  11. tajuk dia best.. rasa sedih ja... parut tu mendalam maknanya..

    ReplyDelete