Tudung iBawal | Tudung Wangi Yang Selesa Dan Senang Bentuk

Tudung iBawal | Tudung Wangi Yang Selesa Dan Senang Bentuk  |  Lama benar rasanya blog ni tak berupdate... Terasa rindu yang amat untuk berblogging kembali.. Hari ni baru berkesempatan untuk jengok dan update.. Untuk blogwalking, insyaallah akan diusahakan.. Terima kasih kepada yang sudi jengok blog picisan ni miskipun tak berupdate.. Sayang korang ketat-ketat.. Hiks.. Orite, hari ni nak update tentang hadiah giveaway yang aku dapat daripada Blogger Comel Suzlin... Aku dah pernah update kot sebelum ni tentang aku Menang Giveaway Tudung iBawal Di Instagram By Blogger Cik Suzlin ni.. Dan hadiahnya dah pun selamat aku terima.. Alhamdulillah.. Thankz tau Cik Suzlin.. Cantik sangat tudung iBawal tuu.. Hari ni aku dah pun rasmi tudung iBawal, tudung wangi yang selesa dan senang bentuk... Seriuss..!!

tudung ibawal, tudung wangi
Tudung iBawal | Tudung Wangi Yang Selesa Dan Senang Bentuk
Ini corak yang aku terima.. Mula-mula bukak parcel tu, teruja sangat baq hang!! Tak sabar nak tengok corak apa yang aku dapat.. Dah bukak tu, wahh alhamdulillah corak yang cantik.. Butterfly.. Warna pun soft jerk.. Aku suka.. Memang tak sabar nak pakai...

Dalam ketidaksabaran aku itu, timbul jugak kerisauan... Risau tentang apa tu?? Risau kalau aku tak selesa pakai tudung iBawal ni.. Sebab sebelum ni aku memang tak suka dengan tudung bawal satin.. Susah dipakai dan susah dibentuk.. Selain tu, satin ni licin dan telinga akan bergema... Haiss.. Sebelum ni pun dah pernah beli bawal satin sehelai.. Pakai sekali aje, pastu terus kasi adik aje.. Sangat tak selesa.. Semalam, tengah iron tudung iBawal ni sambil berfikir, boleh ke aku pakai tudung iBawal ni.. Selesa ke? Terus aje iron tudung bawal biasa untuk standby kot-kot tak selesa pakai iBawal ni esok... Hehe.. Alhamdulillah, pagi tadi aku pakai tudung iBawal ni sangat la selesa dan senang dibentuk... Memang terbaik.. Dah terjatuh cinta pulak dengan tudung iBawal ni dan tudung bermaterial satin.. Mungkin kena pilih kain jugak kot kalau nak pakai bawal dari jenis satin ni.. Kalau material macam iBawal ni memang ok.. Tak licin dan senang bentuk.. Lain kali boleh usha la corak lain lagik.. Haha!! Tambah lagik koleksi bawal aku nanti.. Hadoiii!!

Jom tengok gambar aku menggayakan tudung iBawal ni... Jangan muntah sudah.. Hiks..

Acecece... Pandang lain kengkonon..!! Haha..

iBawal bercorak butterfly

Kot ada yang bekenan dengan corak ni atau nak cuba pakai bawal wangi dari iBawal ni, bolehlah terjah laman web iBawal ye seperti di bawah ni :-

website

Facebook

Instagram


10 comments on "Tudung iBawal | Tudung Wangi Yang Selesa Dan Senang Bentuk"
  1. Bestkan pakai ibawal ni. Ana pun suka. Senang bentuk dan tak perlu nk iron.

    ReplyDelete
  2. lamanya tak pakai bawal.. corak dia cantik.. warna pun soft je..

    ReplyDelete
  3. memang cantik ibawal ni.rabia pun tak pakai lg..

    ReplyDelete
  4. Cantik warna ni. Soft je. Elok terletak.. Nak intai satu la hehe

    ReplyDelete
  5. Cantik nyer tudung...

    πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌ
    Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran 2017 by Hani RahmanTerima kasih...
    πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌ

    ReplyDelete
  6. Makin berseri-seri Lea ni... hihi... Sampai sekarang saya masih tak dapat bezakan tudung bawal, ikan patin, ikan keli lagi... huhu....

    ReplyDelete
  7. Lawanya Lea. Berseri muka ibu mengandung 😍 Cantik juga bawal ni. Hehe

    ReplyDelete
  8. ada gak tgk few other review pasal bawal ni.
    hmmmm aida ni kat pengguna tegarrrr bawal :)
    nak beli selai la in shaa Allah.

    ReplyDelete