Kembali Kepada Rutin Asal

Kembali Kepada Rutin Asal  |  Setelah lama bercuti raya, kini aku kembali kepada kehidupan normal sebelum puasa... Kembali kepada rutin asal harian aku... Aku dah mula bekerja semalam sebenarnya.. Cuma hari ni baru terasa nak update bende ni.. Hehe.. Seperti biasa, sebelum datang opiz, harus tapau nasi dulu untuk breakfast di pejabat... Itu tandanya dah malas nak keluar makan ye..


Hari ni tapau nasi lemak aje.. Air tamar cocoa tu aku tapau dari rumah.. Haha!! Sejak dah nak masuk 7 bulan kandungan ni, rasa semakin tak larat nak berjalan.. Cepat penat.. Tu sebab aku tapau siap-siap.. Tak yah dah aku nak keluar makan bagai... Tapi kalau ajak aku pergi shopping, larat jerk lagi.. Hahaha!! Mungkin rutin harian kita berbeza-beza bagi setiap orangkan.. Mungkin korang lebih rajin dengan menyediakan sarapan pagi untuk family dulu sebelum ke pejabat.. Bagi aku yang tak berapa nak rajin ni, memang tapau aje la jawabnya.. Hari cuti aje aku sediakan sarapan pagi untuk family.. Itu pun kengkadang kalau datang penyakit malas, memang tapau jugak hari cuti untuk sarapan pagi... Hiks.. 

Korang sarapan apa pagi ni? Sama tak menu kita? ❤


8 comments on "Kembali Kepada Rutin Asal"
  1. eda bawak lebihan nasi dan lauk malam tadi.So jimat beli sarapan kat luar..hehehe

    ReplyDelete
  2. Tapau ni bagus untuk ibu mengandung sebab tak tahu bila baby nak makan kan...

    ReplyDelete
  3. Kak PC baru balik dari kampung ni Lea...sarapan nasi goreng je...

    ReplyDelete
  4. Sha breakfast nasi lemak sambal kerang.. Dengan nescafe ais.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya Aidilfitri Lea.. Sedapnya nasi lemak.. Saya bersahur roti berintikan jem strawberi jea... =)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nasi lemak! Nak masuk 7 bulan dah kandungan Lea. Cepat je rasa masa berlalu. Semoga dipermudahkan semua Lea 😍

    ReplyDelete