Filem Transformers The Last Knight

Filem Transformers The Last Knight  |  03 Julai 2017 yang lalu aku berkesempatan menonton filem Transformers The Last Knight di GSC, ECM Kuantan.... Kali ni pergi menonton dengan encik suami.. Selalunya aku akan pergi tengok wayang dengan BFF aku si Yatt.. Tapi dia sekarang dah tak available kan.. So, sekarang kalau nak menonton kena pergi dengan encik suami aje la jawabnya.. Mungkin nextime aku akan kembali menonton dengan BFF aku tu.. Ahakz.. 

Filem Transformers The Last Knight
Filem Transformers The Last Knight

Dengar cerita, ini adalah filem transformers yang terakhir... Tapi melihatkan endingnya, rasanya ada sambungan lagi.. huhuhu.. Takkan lah cerita se-femes ini akan berakhir ye dak?? Ahakz.. Korang dah tonton ke filem ni? Sebelum aku pergi nonton filem ni, aku dah dengar pendapat-pendapat mereka yang dah pergi tengok.. Macam-macam feedback aku dengar.. Ada yang cakap ceritanya agak membosankan.. Tak sehebat cerita sebelum ni.. Betul ke? hehe.. Nak tau tak feedback aku pulak lepas tengok filem ni? Hihi..


Bagi aku, filem Transformers kali ni agak membosankan dan tak sehebat jalan cerita filemnya sebelum ini.. Korang bayangkanlah, aku boleh layan mata time tengok filem ni.. Mengantuk siot!! Puas aku dok kontrol mata supaya tak terkatup.. Hehe.. Yelah, dah bayar tiket mahal-mahal, takan nak membuta kot dalam tu kan.. Harussslah paksa tengok sampai habis jugak walaupun bosan.. Huhu... Paling kecewa bila Optimus Prime muncul hanya beberapa kali.. Rasanya dua kali jerk kot.. Huk!! Cam hampeh jerk..

Korang bayangkan lagik ye, aku rasa punyalah lama duduk dalam panggung wayang tu.. Ceritanya hanya dalam 2 jam lebih, tapi aku rasakan macam 5 jam dah duduk dalam tu... Sampaikan aku tanye encik suami, bila nak habis ni... Hehe.. Tapi itu pendapat aku jerk la yek.. Bagi korang, mungkin best.. Pendapat setiap orangkan berbeza-beza.. So, kalau nak tahu best ke tidak, kenalah pergi menontonnya sendiri... Baru boleh nilai best ke tidak.. 


15 comments on "Filem Transformers The Last Knight"
  1. Ala, x Best ke Lea? Baru berangan nak tengok movie nie, sbb nak tau napa optimus prime jadi jahat.. Huhu

    ReplyDelete
  2. Saya tak tau cerita ni.
    Dah tonton dua ali tapi tak paham.
    Bi saya lemah.

    ReplyDelete
  3. elsa tak follow movie nie. adik elsa follow. huhu adik pun kata tak best emm frust betul dia

    ReplyDelete
  4. ala bestnyaaaaa tapi tatau bila nak tengok..

    ReplyDelete
  5. LZ tetap suka Lea walaupun akui memang agak slow..
    Movie fav LZ lah katakan, hehehehe
    Kali ni lebih menceritakan tentang moyang Witwicky dan tongkat Quintessa.
    Optimus Prime keluar bila scene last..

    ReplyDelete
  6. sama la..mengantuk giler..boring nak tunggu citer habis cepat2..

    ReplyDelete
  7. seb baik tak tengok lagi...hahaha...kn tgk cite lain la nampaknya

    ReplyDelete
  8. Akak tengah berkira-kira nak tengok Lea,,encik suami ajak...sekarang tengah berkira-kira tak nak tgok..adik sepupu kak PC cakap pun kurang puas hati..dia pun tido..sampai kesudah..sampai adiknya marah...sebab dia sungguh2 nak tengok..tapi dia yang tido..

    ReplyDelete
  9. Ramai juga yang kata tak best.. Nie yang lagi tak sabar nak tengok.. Meter best setiap orang kan berbeza.. Yang penting meraikan pendapat lain sama..

    ReplyDelete
  10. pernah gak gi wayang tertido last skali mmber kejut bangun sebab cerita slow..

    ReplyDelete
  11. Bagi saya, filem ini kurang best berbanding yang lepas lepas.

    ReplyDelete
  12. cerita nih dh kurang menyengat...byk yg idea lama..

    ReplyDelete
  13. Dah tengok gak..tak best...Ter Zzz jap dalam panggung..sabo je la...

    ReplyDelete
  14. aida lom tgk. x dpt la nak share komen.
    tapi akan tgk kot this weekend. nak paksa mr.asben.
    tak pernah miss lagi transformers.

    ReplyDelete