Fakta dan mitos mengenai WD-40®

Wednesday, July 12, 2017

Fakta dan mitos mengenai WD-40®  |  Tidak mustahil jika dikatakan bahawa setiap garaj atau rumah memiliki  satu tin biru WD-40. Malah sampai ada yang berkata produk itu lebih popular dari sebuah i-Pod. Untuk yang tidak tahu, Norm Larsen, pengasas syarikat Rocket Chemical Company, dianggap sebagai pengasas sebenar WD-40.  

Fact dan mitos mengenai WD-40®
Fact dan mitos mengenai WD-40®
Pada tahun 1953, dengan hanya tiga kakitangan sahaja, Rocket Chemical dilihat  sebagai sebuah syarikat yang baharu bertapak sewaktu  ia cuba menghasilkan produk pelarut  antikarat dan  penyahgris untuk industri aeroangakasa. Ujian yang ke-40 yang berlaku  di dalam sebuah makmal kecil di San Diego, California, USA akhirnya membuahkan hasil. Kerana itu ia diberikan nama WD-40, bersempena produk Water Displacement (Sesaran Air) yang disempurnakan selepas percubaan yang ke-40.  

Produk itu pada mulanya digunakan oleh Convair, sebuah kontraktor aeroangkasa. Convair menggunakan WD-40 untuk melindungi lapisan luar sebuah peluru berpandu Atlas dari karat dan kakisan. Kemudiannya, Larson membuat satu versi WD-40 di dalam bentuk tin penyembur aerosol dan dilancarkan di San Diego dalam tahun 1958. Kini selepas 60 tahun dicipta dan lebih 2,000 jenis penggunaan yang telah dijumpai, WD-40 terus mendapat sambutan dan dianggap sebagai satu produk yang perlu ada bagi setiap rumah.  

WD-40 terus popular dan semakin lama semakin banyak kisah-kisah menarik mengenainya yang tersebar di serata dunia. Ada yang menarik hati dan dianggap sudah mencapai status mitos dunia. Di bawah ini adalah di antaranya.  


Mitos : Formula rahsia WD-40 bukan lagi rahsia 
Fakta : Selepas 60 tahun, isi kandungan produk WD-40 masih dianggap rahsia industri. Segala tuduhan bahawa formula WD-40 bukan satu rahsia adalah tidak benar.        



Mitos : WD-40 mengandungi minyak ikan 
Fakta : Ramai pelanggan berkongsi pengalaman mereka menangkap ikan terbesar di dalam sejarah memancing mereka selepas menggunakan WD-40 untuk melindungi mata kail dan umpan mereka.  Mungkin kerana itu, mereka beranggapan WD-40 mengandungi kandungan minyak ikan yang dapat menarik perhatian ikan. 

Ia langsung tidak benar sama sekali!!

Apapun, WD-40 memang boleh digunakan untuk melindungi peralatan memancing daripada berkarat tetapi pihak syarikat tidak menggalakkan ia digunakan sebagai umpan ikan.   



Mitos : Produk pelbagai guna WD-40 sebenarnya bukan pelincir 
Fakta : Walaupun WD-40 bermaksud produk sesaran air, ia sebenarnya mengandungi campuran istimewa pelbagai pelincir. Formula WD-40 juga mengandungi agen antikarat, bahan  untuk penetrasi,  sesaran air dan penyingkir tanah.   



Mitos : Produk Pelbagai Guna WD-40 tidak boleh digunakan untuk rantai basikal 
Fakta : Walaupun WD-40 bukanlah gris, antara kandungannya ialah minyak pelincir yang kuat. Ia adalah produk yang sangat baik untuk penjagaan basikal dan ia mengelakkan  kotoran dan lembapan daripada melekat di  permukaan komponen besi.   


Oleh kerana itu, anda boleh gunakan WD-40 pada basikal anda tetapi pastikan anda lap keluar lebihan semburan WD-40 sebelum anda mengayuh basikal.   



Mitos : WD-40 ialah penawar untuk arthritis! 
Fakta : Tidak benar langsung dan syarikat WD-40 tidak menggalakkan penggunaan WD-40 untuk tujuan perubatan. Tiada  sebarang informasi atau alasan  tentang bagaimana ia mampu menjadi penawar yang efektif untuk arthritis. Produk ini mengandungi bahan sulingan petroleum dan perlu digunakan dengan cermat, sama seperti produk-prduk lain yang mengandungi bahan yang sama.  

Untuk mengetahui lebih lanjut akan produk WD-40 ini dan juga pelbagai penggunaannya serta video-video demonstrasi penggunaan WD-40, layari  www.wd40.asia hari ini!


11 comments:

  1. Ada guna ni masa kerja, nak hilangkan karat....

    ReplyDelete
  2. kat rumah e'in takde pulak WD nie..

    ReplyDelete
  3. Wd40 ni memang patut disimpan di rumah. Padlock tetiba ketat pun blh bubuh sikit kat lubang kunci tu

    ReplyDelete
  4. Pernah baca kegunaan WD ni, memang terbukti multipurpose..
    Biasa sis guna untuk mangga tersangkut sebab karat..
    Good info Lea.. Sis suka baca..

    ReplyDelete
  5. tak pernah dengar pun pasal WD-40 ni

    ReplyDelete
  6. owh untuk buang karat and gris la, selalu dengar tapi tak pernah tahu apebenda. Apehal pulak boleh rawat arthritis. adoiii.

    // Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
    HERE

    ReplyDelete
  7. Apa lah agaknya content dlm Tu ye

    ReplyDelete