Ketam Masak Lemak Cili Padi Sedap

Ketam Masak Lemak Cili Padi Sedap  |  Kalau masak ketam mesti nak kene masak Lemak Cili Padi.. Baru selera makan nasi... Korang pulak, biasa masak macam mana?? Sekarang ni nak makan ketam ke, sotong ke, udang ke, mesti fikir 10 kali sebab harganya boleh tahan jugak... Semuanya dah mahal sekarang.. Tak de bende yang murah kan.. Tapi bila tekak meminta-minta nak makan, kene la jugak beli sikit untuk melepaskan hajat anak tekak ni.. Hiks..

resepi, Ketam Masak Lemak Cili Padi, menu berbuka
Ketam Masak Lemak Cili Padi Sedap
Bagi aku, kalau makan ketam ni lebih nikmat main ratah macam tu aje tanpa makan dengan nasi.. Sebabnya, kalau makan dengan nasi silap-silap terabai nasi tu.. Asek dok sebok mengorek isi ketam tu.. Hehe.. Orite, kat sini aku sertakan sekali lah resepi Ketam masak Lemak Cili Padi ye.. Mane tau kot-kot korang ada niat nak masak ketam.. Leh la try resepi ni pulak.. 


RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI SEDAP

Bahan-Bahan
1 kg Ketam
3 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor
1 kotak santan
garam secukup rasa

Bahan Kisar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
4cm kunyit hidup
3 cm lengkuas
10 biji cili padi - ikut kepedasan masing-masing
2 batang serai

Cara-Caranya
  • Bersihkan ketam dan belah kepada 2 bahagian
  • Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak
  • Masukkan santan dan serai
  • Kacau sehingga mendidih dan jangan berhenti kacau
  • Setelah mendidih masukkan ketam, asam gelugor dan daun kunyit serta garam
  • Kacau sehingga masak
  • Siap untuk dihidang


8 comments on "Ketam Masak Lemak Cili Padi Sedap"
  1. Sedapnyaaaaa lea.
    Setuju.kalau makan ketam sedap ratah dia sorg je. Xleh skli ngn makan nasi. Xfeel. Hehe

    ReplyDelete
  2. alaaaaa....dia tayang ketam dia plak.....mana plak nak raba ketam ni

    ReplyDelete
  3. Mak oiii... Sodapnye lea.... 😍😍

    ReplyDelete
  4. Sodapnya Lea.. My fevret nie.. Anta umah Sha sikit.. Boleh.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Favorit nie. Kat area saya di thailand tak ada yang jual ketam pulak. hiks

    ReplyDelete
  6. Pergh..nampak menyelerakan nak buat pun macam senang je

    ReplyDelete
  7. Favourite Siqah!! Masak lemak cili api. SUka juga ketam tapi malas nak makan. Hihi.

    ReplyDelete