Daging Kunyit Tumis Berbawang Kegemaran Family

Daging Kunyit Tumis Berbawang Kegemaran Family  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang.. Puasa tak hari ni?? hehe.. Kot ada yang tak puasakan... Hiks.. Ok, hari ni aku nak share dengan korang menu kegemaran aku dan family, Daging Kunyit Tumis Berbawang... Lauk ni memang feberet kami sekeluarga.. Sampaikan anak aku si Qhaliff tu pun, kemaheenn selera makan nasi kalau ada lauk ni.. 


Menu ni sebenarnya ciptaan aku sendiri.. Aku tak pasti lah korang pernah masak macam aku ni ke atau pun tak.. Tapi untuk menu kali ni memang aku tak tengok resepi mana-mana, tetapi bikin sendiri saja.. Mungkin juga terinspirasi dengan masakan ayah aku satu ketika dulu.. Dimana, dia pernah masak lauk macam ni... Sedap!! Tapi time tu aku sekolah lagi.. Nak cakap ingat cara dia masak tak jugak.. Aku main agak-agak jerk la.. Akhirnya, menu ni menjadi dan sedap dimulut aku dan family... Sampai laaa sekarang aku masih tak jemu-jemu makan lauk ni...  

Sebenarnya aku tak tahu nak letak nama apa untuk menu ni.. Jadinya aku letak mengikut nama bahan yang ada dalam resepi ni.. Jom tengok resepi ringkas aku...


RESEPI DAGING KUNYIT TUMIS BERBAWANG

Bahan-Bahan :-

Daging
3 bawang besar ( 2 dihiris, 1 dipotong bulat )
3 ulas bawang putih ( diketuk-ketuk )
1 biji cili besar ( dihiris serong )
5 biji cili padi ( dibelah hujung )
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-Caranya :-

  • Panaskan minyak di dalam kuali..
  • Masukkan bawang putih dan tumis sehingga kekuningan..
  • Seterusnya masukkan bawang besar yang dihiris tadi.. Lagi banyak bawang lagi sedap... Tumis seketika..
  • Kemudian, masukkan daging yang telah dipotong nipis.. Kacau seketika sehingga sebati dengan bawang tadi..
  • Masukkan air yang banyak untuk mereneh daging tadi sehingga lembut dan juga serbuk kunyit Biasanya aku akan reneh sebanyak 2 kali... Maksudnya 2 kali la isi air supaya daging betul-betul lembut dan bawang tadi menjadi hancur sebati dengan daging..
  • Setelah daging lembut, masukkan garam dan perasa secukupnya.. Kacau seketika..
  • Akhir sekali masukkan cili besar dan cili api beserta bawang besar yang telah dipotong bulat tadi... Kacau seketika..
  • Siap untuk dihidang...

Mudahkan... Daging  ni sedap dimakan dengan nasi yang panas-panas.. Memang bertambah la jawabnya... Inilah lauk kegemaran kami sekeluarga.. Kalau beli daging, mesti lauk ni dulu yang akan dimasak..




10 comments on "Daging Kunyit Tumis Berbawang Kegemaran Family"
  1. Sha yang baca pun dah kecur air liur.. Lama tak makan daging nie..

    ReplyDelete
  2. sedapnya lea..gee biasa masak kering..masak daging baru start menumis..boleh try resipi lea pulak lepasni!

    ReplyDelete
  3. Meleleh air liur baca post ni waktu pagi... huhu....

    ReplyDelete
  4. aaar. sedapnya kak leaaa. tngok pulak time pagi. emmm.. haha

    ReplyDelete
  5. Menarik ni. Nanti nak cubalah resepi ni :)

    ReplyDelete
  6. mudah ni lea. boleh nanti aida cuba.
    nampak sedap bebeno gambo lea tu :)
    aida ni jarang masak daging.
    anak2 slow skit makan daging :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya.. =) Saya jarang nak masak daging sebab ambik masa yang lama.. =)

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaa.. Macam yeringin iftar daging pulak hari nie

    ReplyDelete