Nak Beli Barang, Sila Pastikan Dulu Kos Penghantarannya

Nak Beli Barang, Sila Pastikan Dulu Kos Penghantarannya  |  Yeahh itulah tajuk untuk entry kali ni.. Entry yang akan membongkar satu cerita yang sadissssss!! Huhu... Aku nak pesan dulu ye kat korang sebelum aku menceceh lebih banyak lepas ni.. Kalau nak beli barang, sila pastikan dulu kos penghantarannya!!!.. Kenapa?? Haaa jom ikuti cerita lanjut aku ni...

Nak Beli Barang, Sila Pastikan Dulu Kos Penghantarannya
Novel Preloved Kontroversi

Nampak tak gambar kat atas ni.. Ini novel preloved yang aku beli dengan seorang seller... Harganya agak murah aku dapat.. Berbaloi-baloi dengan harganya walaupun novelnya agak teruk sedikit kondisinya... Bagi aku itu perkara biasa.. Nama lagi barang prelovedkan.. Walaupun sebelum ni aku pernah beli novel preloved dengan harga yang sama macam yang aku dapat ni tetapi kondisi novelnye tiptop berbanding yang ini.. Tapi itu perkara kecil bagi aku... 


Ni bahagian dalam novel tersebut.. Dah nak terbelah dua.. Mungkin novel ni tebal, sebab tu jadi macam ni... Kebiasaannya camtu lah.. Bila novel terlalu tebal, makanya tak dapat nak menampung bukaan mukasurat.. Mungkin... hehe.. Tak kesahlah janji masih boleh dibaca.. Kecuali terkoyak rabak ye kan.. Kiranya kondisi novel-novel yang aku dapat ni berpadanan dengan harganya... 

Habis apa yang sadissssss nya tu??


Ini yang sadisnya... Harga pos mencecah RM 24.40... Terkejut beruk aku time dimaklumkan oleh seller.. Yang menjadi masalah lagi, novel-novel tersebut telah diposkan sebelum diberitahu tentang kos pos yang agak tinggi ini.. 

Macam mana boleh jadi cmni??

Begini ceritanya.. Aku ada tanya seller, berapa kos pos untuk 2 buah novel tersebut.. So, seller cakap yang dia tak pasti dan akan maklum kemudian bila dia ke pejabat pos nanti.. Aku setuju aje la.. Ingatkan dia maklum terlebih dahulu sebelum pos novel, sekali dia pergi pos terus dan selepas tu baru maklum pada aku kos pos tersebut.. Lagik parah bila dia guna khidmat pos G-dex.. Aku memang maklum, kos pos G-Dex agak mahal setanding dengan servis yang diberikan... Tetapi yang mengecewakan aku, seller tak maklum terlebih dahulu kosnya sebelum pos.. 

Sangat kecewa...

Bila dikira-kira balik kosnya, baik aku ke kedai buku dan beli novel yang baru.. Lagi berbaloi-baloi.. Ritu ada juga usha novel I Love You Stupid! di kedai muku online.. MPH Bookstore.. Ada potongan dan kos pos dalam RM 8 - RM 12 sahaja... Tapi ingatkan nak cari yang preloved aje, sebab sebelum ni beli novel preloved ok jerk tak de masalah.. Baru-baru ni aku beli 4 buah novel.. Berat lagi dari yang ni.. Harga baru RM50 sekali pos.. Boleh baca kat SINI... Sebab tak de masalah la aku bercadang cari novel preloved aje untuk kali ni.. Tak sangka jadi macam ni pulak.. Huhu..

Tak pe lah, nii sebagai satu pengajaran buat aku.. Lepas ni, kalau nak membeli apa-apa, aku akan pastikan seller kasitau terus harga pos berapa.. Kalau tak memang aku tak beli.. hehe.. Ini juga sebagai peringatan buat korang ye.. Berhati-hati semasa membeli.. Pastikan dulu kos pos tu berapa.. Dah semua pasti, baru beli.. Jadilah pembeli yang bijak.. Jangan jadi macam aku.. Haha!!

*** Mungkin ada khilaf aku kat mana-mana kot, Tuhan tarik sikit rezeki aku.. Bersangka baik je la ye..

10 comments on "Nak Beli Barang, Sila Pastikan Dulu Kos Penghantarannya"
  1. susahlah kalau dpt seller mcm ni dah la buku pun kurang elok.

    ReplyDelete
  2. Aikk... dah pos baru beritahu kos pos? Mana boleh macam tu... Terkenalah jawabnya.. hurm!

    ReplyDelete
  3. Hmm.. Kalau kita, mmg fight tak nak bayar.. Mana boleh dia buat mcm tu..

    ReplyDelete
  4. Hahaha dah agak dah memula mesti guna khidmat gdex ni tuptup betul eh tekaan ira. Heee. Kalau post biasa tak sampai pun rm15 (kalau yg timbang berat).

    Hmm seller tu pun satu hal kot ye pun maklum la dulu. Bertabah la kak Lea !

    ReplyDelete
  5. Sabar ye Lea. Kena lebih berhati2 lepas ni. Kena celar cut semua before agree to buy. Tp kenapa mahal sgt. Kalau guna pos laju murah je rasanya.

    ReplyDelete
  6. Blogwalking ke sini sambil follow awak.. Selamat berkenalan

    http://diarialialiyana.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. Kalau dia pakai pos laju tak sampai pun harga tu.. Murah lagi..
    Hurm.. Tak baik seller nie..

    ReplyDelete
  8. Lea, serupa beli novel baru je..huhu..rasa tak berbaloi dengan harga pos & keadaan buku macamtu..

    ReplyDelete