Hadapi Masalah HB Rendah Dan Fibroid Mengandung Kali ini

Tuesday, May 9, 2017

Hadapi Masalah HB Rendah Dan Fibroid Mengandung Kali ini  |  Allahuakbar.. Dugaan mengandung kali ni agak mencabar.. Yang terdahulu pun mencabar jugak tapi dari segi lain.. Kali ni dengan masalah yang lain... Kalau dulu aku hadapi masalah alahan yang terlalu lama hampir 7 bulan kandungan alahan baru stop.. Dulu dok asyik meludah tak henti-henti.. Now, aku hadapi masalah HB rendah dan Fibroid mengandung kali ni.. 


Pada 21.02.2017 aku start buat buku pink (buku ibu-ibu mengandung)... Time tu cuma masalah air kencing kotor sahaja.. HB masih ok 11.6.. Masih boleh tersenyum.. Time ni alahan memang teruk sampai tak boleh nak makan.. Tak boleh nak bau minyak wangi, tumis menumis orang memasak, dan macam-macam la tak boleh nak baunye.. Sampai berak anak pun tak boleh nak bau.. So, encik suamilah yang mengambil alih basuh berak anak.. Hehe.. Time ni berat aku 53kg.. Yang lain-lain tak de masalah cuma kencing kotor sahaja... Aku disarankan minum air masak banyak sikit.. Camno nak minum air masak, nak berkumur pun muntah berjelanak... Aku dok pulun air manis jerk la hari-hari.. Itu jerk yang  boleh masuk..


02.03.2017 temujanji seterusnya.. Bermulalah check up bulanan aku.. Untuk kali ni semua ok.. Tak de masalah yang timbul.. Alhamdulillah... Urin ok.. Berat naik dengan stabil iaitu 53.5kg... Naik 0.5kg sahaja.. Setiap bulan hanya boleh naik sebanyak 0.5 - 1 kg aje hokeh.. Kalau lebih memang kena bebel la jawabnya.. Time ni alahan masih teruk.. Pagi-pagi nak berus gigi memang azab rasa... Loya dia rasa cam nak pengsan.. Kadang-kadang sampai muntah.. Berjam-jam la dok dalam bilik air mengadap morning sickness..  

Sampailah check up bulanan seterusnya pada 06.04.2017.. Masa ni masalah makan aku dah ok.. Kire aku dah berselera la sikit untuk makan... Kemahenn aku makan.. Sampai tengah malam pun makan lagi.. Apa yang aku makan? huhuhu Burger.. Maggi.. KFC... Mekdi... Itu jerk yang aku selera.. Nasi memang masih belum boleh masuk.. Kalau tak makan, lapar pulak baby.. Paling dasyat aku ketagih bege mekdi.. Start la timbul masalah.. Berat aku naik mendadak sebanyak 55kg... Dekat 2kg hengkoooo naik!! Merahlah telinga aku kena bebel dengan nurse.. Huhuhu.. Dah terpaksa kena datang check up 2 minggu sekali pulak.. Aduss...


Temujanji setersnya pada 20.04.2017.. Urin ok.. Masalah HB rendah pulak masa ni... Arghhh perkara yang kalau boleh tak nak terjadi akhirnya terjadi juga.. HB aku turun dari 11.6 kepada 10.7.. Nurse tak percaya HB aku rendah, dia suruh aku pergi ambil darah dekat lengan pulak.. Resultnya 10.1.. Adusss lagi teruk.. Lastnya nurse amek yang 10.7.. Berat pun bermasalah lagi.. Naik lagi 0.5kg iaitu 55.5kg.. Aku hanya mampu tersenyum sumbing aje.. Selera makan aku memang dasyat time ni.. Rasa macam susah nak kawal.. Sekali lagi aku kena bebel dan terpaksa jumpa doktor.. Yang tak bestnye doktor suggest aku minum air gula... Aku ulang MINUM AIR GULA!!!.. Arghhhhh penyiksaan apakah ini.. Pastu doktor suggest aku ambil iron tablet 2 biji sehari untuk naikkan HB.. Aku agak liat makan ubat sebelum ni.. Lepas masalah HB ni, aku kemain rajin makan ubat ikut jadual..

Jumpa balik nurse.. Dia cakap nanti dia call untuk kasi date minum air gula.. Huhu..


Next appointment 22.04.2017... Temujanji dengan doktor untuk scan kali ke-2... Time ni lah dugaan paling besar datang pada aku.. Macam nak gugur jantung bila doktor cakap aku ada Fibroid... Allahuakbar... Rasa kerdilnya diri ini.. Diuji dengan dugaan yang tak pernah aku sangka akan datang pada aku.. Fibroid sebesar 2cm x 4cm kata doktor... Aku tergamam masa tu.. Kelu lidah tak tahu nak cakap apa... Doktor cakap fibroid ni tak bahaya.. Ia akan hilang sendiri bila dah melahirkan anak nanti.. Tapi penerangan doktor tu masih buatkan aku tak tenteram...

Melangkah keluar dari klinik, aku termenung aje memikirkan masalah aku ni.. Pastu terfikir pulak nak buat 2D scan dekat swasta untuk mengesahkan sekali lagi... Terus aje call klinik yang ada buat scan ibu mengandung.. Mujur tak perlu temujanji untuk scan 2D.. Hanya walk in sahaja.. Memudahkan kerja.. Result dari scan swasta tersebut, doktor tak menjumpai apa-apa bengkak atau benjolan.. Puas doktor scan sana sini sampai ke tepi perut pun dia scan tapi tak jumpa apa-apa yang disyaki sebagai fibroid.. Fuhhhh terasa lega rasa... Doktor juga cakap keadaan rahim ok dan baby pun ok..  Alhamdulillah syukur seandainya memang tiada fibroid.. Tapi aku kena tunggu jugak untuk scan seterusnya pada 21.06.2017 nanti untuk keputusan selanjutnya.. Moga-moga tiada fibroid.. Insyaallah.. Amiin...



04.05.2017 aku check up lagi.. Cam biasa check up 2 minggu sekali.. Urin aku ok.. HB masih rendah dan makin menurun pulak.. Haiss,.. Rasanya aku dah makan ubat mengikut jadual.. Cuma tak boleh nak telan B-com sahaja sebab busuk yang amat... Apa masalahnya lagik agaknya.. Mungkin pemakanan pulak kali ni.. Aku jarang makan sayur hijau kot.. Nasi dah boleh makan.. Memasak pun dah boleh.. Alahan dah 100% hilang time ni.. Berat turun sikit jadi 55kg.. Nurse pun pelik.. Hehe.. Aku kurangkan makan tengah malam.. Biasa pukul 12 masih makan lagi.. hehe..

Kalau dah bermasalah, harus kena jumpa doktor.. Doktor suggest aku makan sayur hijau setiap makan nasi... Makan jambu, delima, kerang dan macam-macam lagi la.. Kusut pulak aku nak ingat semuanya.. Haha!!

Untuk ujikaji seterusnya, aku try jugak telan B-Com.. Nak tengok result HB aku akan datang camne pulak.. Harap-harap ada peningkatan.. Sekarang pun aku tengah cuba untuk telan sayur hijau.. Makan jambu batu.. Gigih berusaha untuk naikkan HB.. Moga segalanya ok nanti.. Ibu sihat, Baby pun sihat.. Amiin.. 

Next Appointment, 17.05.2017.... Kite tunggu dan lihat resultnya.. Huhu..


3 comments:

  1. Allah.. dugaan betul ye Lea..
    Semoga Lea kuat mengharunginya..
    Elok juga Lea amik second and third opinion..

    ReplyDelete
  2. Hmm bab Hb low jue pun sama.. tp masa peknen no 3 ni jue masalah GDM.. diabetis pulak.. kena cucuk 4x sehari tu.. aduiii..

    ReplyDelete