Pampers Goo.N Pilihan Terbaik Untuk Anak

Thursday, April 13, 2017

Pampers Goo.N Pilihan Terbaik Untuk Anak  |  Bila dah jadi mak budak ni kan, antara perkara pertama yang dititikberatkan adalah pemilihan pampers yang sesuai untuk anak... Aku sangat cerewet dalam bab memilih pampers.. Mane tak nye, kalau tersalah pilih pampers silap haribulan naik ruam pulak sebab tak sesuai... Tapi kalau tak cuba mane nak tahu sesuai ke tidak kan.. So, kenalah try and error... Baru tahu yang mana sesuai dan tak sesuai untuk simanja kita.. Kulit budak ni kan sensitif... So, kite sebagai ibu kenalah ambil tahu tahap sensitiviti kulit anak kita tu.. Jangan main belasah aje.. Kesian dorang nanti... Korang nak tahu tak pampers jenama apa jadi pilihan aku? Haaa kali ni, pampers Goo.N pilihan terbaik untuk anak aku si Qhaliff tu.. Memandangkan pampers lama dah habis dan agak kurang memuaskan aku, jadinya aku decide untuk tukar pampers lain.. hehe..

Pampers Goo.N Pilihan Terbaik Untuk Anak
Pampers Goo.N Pilihan Terbaik Untuk Anak
Aku rasa jenama Goo.N ni dah tak asing lagi kot dikalangan mummy-mummy kat Malaysia ni... Di bawah label Goo.N ni sendiri terdapat produk lain lagi bukan hanya sekadar pampers sahaja.. Baby Wipes pun ada.. Tapi yang tu nanti aku cerita ye.. Aku nak cerita tentang pampers Goo.N pilihan aku ni dulu iaitu Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition..


Ok, kalau bab pemilihan pampers ni, aku lebih excited untuk cuba pampers yang berteknologi Jepun.. Dan pampers Goo.N ni adalah salah satu jenama lampin pakai buang yang berteknologi Jepun.. Sebab itu aku memilih jenama ini untuk anak aku.... Aku lebih suka memilih yang jenis pants.. Mudah dipakai dan tak perlu main kejar-kejar dengan si kecik tu.. Hiks.. Lagi menarik bila pampers Goo.N ni dihiasi dengan gambar Doremon and Friends.. Makin teruja si kecik tu nak memakainya.. Dah la kartun kegemaran dia tu.. Haha..!! Ini adalah special edition tau... Jom tengok pampersnya pula..


Haaa menarikkan gambar yang ada pada pampers ni.. Gambar-gambar nilah yang akan menjadi daya penarik bagi kanak-kanak untuk lebih excited memakainya.. Pemilihan pampers ni bukan takat tengok pada hiasan yang ada pada pampers aje tau.. Keselesaan perlu lebih diutamakan.. Sepanjang anak aku menggunakan pampers ni, alhamdulillah sangat sesuai.. Tiada berlakunya kemerah-merahan mahupun ruam.. Yang paling aku suka tentang pampers Goo.N ni adalah TAK BOCOR!! Bab-bab bocor ni memang aku hanginn bila berlaku.. Alhamdulillah pampers Goo.N adalah pilihan terbaik buat anak aku.. 


Ehh apa yang comel sebelah pampers tu?? Hehe.. Firstime tengok, aku dah jatuh cinta dengan kecomelannya.. Haha..!! Haaa yang comel sangat tu adalah Goo.N Limited Edition Penguin Baby Wipes Box dan yang dalam paket tu Goo.N Baby Wipes... Yang ini khas untuk baby baru nanti... Hehe.. Teruja tau nak sambut baby baru.. So, teruja jugak nak belikan dia barang-barang yang super cute camtu... Hiks..


Aku suka baby wipes dari Goo.N ni.. Tekstur tisunya sangatlah lembut dan memang tak ragu-ragu untuk digunakan pada baby aku yang bakal lahir nanti.. Lagi memudahkan bila ada wipes box comel tu, senang kerja-kerja untuk menarik baby wipes semasa kerja-kerja mengelap dilakukan.. Hehe..


Baby Wipe Box ni boleh di lock dan di unlock tau... Kiranya selamat la daripada kanak-kanak.. Bila dah lock, dorang tak boleh nak bukak dah.. Jadinya, aku tak perlu risau lagi bila Qhaliff main dengan box comel ni.. Selamat wipes aku.. haha!!

Oklah, kalau korang nak tahu, produk-produk jenama Goo.N ni aku beli di Lazada Malaysia masa Baby Fair Sale ari tu... Kalau korang pun berminat untuk menggunakan produk dari jenama Goo.N ni boleh la terjah laman web Lazada Malaysia... Sekarang ni masih ada diskaun tau untuk produk Goo.N ni... Rugi tak grab cepat-cepat... So, apa tunggu lagi tu, jom serbu laman web Lazada Malaysia sekarang!!

Dapatkan 
Pampers Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition 
dengan diskaun hebat di >> Lazada Malaysia << sekarang!!


12 comments:

  1. comelnya tempat tisu tu.. Unni blh noted tuk masa depan..hahahahha

    ReplyDelete
  2. Comelnya packaging dia, ada doraemon lagi hehehe so cute.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lg beli brand ni. Comel je gambar kt pampers hihi

    ReplyDelete
  4. anak2 suka Goo.N ni..senang pakai

    ReplyDelete
  5. Kat Lazada jer ke sis..baru nak cari kat luar

    ReplyDelete
  6. zaman berdiapers dah tamat hehe..tapi tempat wet tissue tu comel sungguh

    ReplyDelete
  7. Baby wipe box kemain comel..hihi..

    ReplyDelete
  8. Sukanya wipes box tu.. Comel amat..

    ReplyDelete
  9. Comel box tu...
    Brand ni harga boleh tahan gak tau

    ReplyDelete
  10. comelnya wipes box tu..boleh buat mainan :)

    ReplyDelete