Hadiah Giveaway - Menangi Percutian Ke Suria Resort

Saturday, April 1, 2017

Assalamualaikum wbt..

Hadiah Giveaway - Menangi Percutian Ke Suria Resort  |  Alhamdulillah, hadiah giveaway "Menangi Percutian Ke Suria Resort" dah pown aku terima pada 24 Mac 2017 yang lalu... Giveaway ni sebenarnya berlangsung pada bulan Januari 2017 dan senarai pemenang telah diumumkan pada 7 Februari 2017 kalau tak silap aku...

Mungkin memakan masa yang agak lama untuk hadiah sampai kepada pemenangnya.. Namun, aku bersyukur kerana pihak penganjur jujur dalam pemberian hadiah.. Alhamdulillah... Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada pihak penganjur, Adik Nurul dan juga Suria Resort.. Cewahh dah macam dapat award pelakon terbaik tu.. Haha..

Ok, korang mesti nk tengok kan hadiah apa yang aku dapat... Meh tengok gambar kat bawah ni.. Hiks.. 

Voucher penginapan 2 hari 1 malam tajaan Suria Resort..

Ada lagi aku dapat.. 2 botol mini perfume d'xandra.. Tapi gambarnya entah kemana.. Mungkin terdelete.. Hadoii.. Minyak wangi tu dah selamat aku hadiahkan kat orang.. Almaklumlah sejak preggy ni aku memang tak boleh bau minyak wangi... Huhu.. 

Voucher ni valid sehingga 20 Februari 2018.. Lambat lagi.. Tataw bila nak guna.. Kene plan betul-betul baru menarik percutian nanti.. Tak gitu?? Lama betul tak bercuti.. Moga percutian kali ni dapat memberi pengalaman dan kenangan yang istimewa buat aku dan family... Insyaallah..


10 comments:

  1. tahniah Lea....Alhamdulillah..berganda2 rezeki tu..selamat bercuti!

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya dapat holiday.. Congrats sis..!

    ReplyDelete
  3. sejak lea bagi tahu lea dapat surat ni.. sampai sekarang x sampai 2 pon lea huuu.. tahniah leaa

    ReplyDelete
  4. Wah seronoknya dapat bercuti secara free. Hehe selamat merancang percutian sis :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, rezeki Lea..
    Akak tumpang gembira.. Seronok dapat hadiah percutian..
    Tahniah Lea, semoga terus diluaskan pintu rezeki..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. selamat bercuti ye kak ^^

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. akhirnya sampai juga hadiah yang dinanti.. selamat bercuti Lea..

    ReplyDelete