Bookmark Dan Sticker Dari Gogoprint Malaysia

Sunday, April 2, 2017

Assalamualaikum wbt..

Bookmark Dan Sticker Dari Gogoprint Malaysia  |  20 haribulan ritu aku ada cerita pasal aku Tempah Bookmark dan Sticker di Gogoprint Malaysia kan.. Yang mane tak ingat tu mesti tak baca entry aku tu kan.. Sampai ati korang ekk buat aku cenggini.. Sobx3... Kat entry tersebut aku tunjukkan sekali step by step camne nak buat tempahan tau.. Korang bolehlah rujuk entry tersebut kalau rasa nak buat tempahan juga di Gogoprint Malaysia ye..

Bookmark dan Sticker aku dah sampai minggu lepas lagi dah.. Cuma tak sempat nak buat blogpost on the spot.. Ok, pengalaman pertama membuat tempahan printing di Gogoprint Malaysia adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana aku dibantu oleh pegawai customer service yang peramah dan baik hati.. Kenapa aku cakap camtu, kerana pada awalnya aku buntu nak mendesign bookmark aku.. So, aku cuba contact dengan pegawai customer service Gogoprint untuk minta bantuan.. Aku berhubung dengan Cik Amera.. Dengan baiknya beliau melayan kerenah aku.. hehe.. Thankz Amera..

Design bookmark aku ni eceli aku cuma kasi basic aje.. 

Bookmark pertama

Untuk Bookmark pertama aku ni, aku gunakan watermark aku untuk dijadikan basic design.. Aku kasi gambar watermark dan Amera yang designkan selebihnya... Haaa qoute yang belakang watermark tu pown aku kasi dan Amera designkan.. Aku berpuas hati dengan design yang dibuat.. Kertas yang aku gunakan untuk Bookmark pertama ni dari kertas jenis licin dan berkilat..


Bookmark kedua

Ini pula Bookmark kedua aku.. Basic designnya aku guna header blog aku... Aku suka dan terlebih suka dengan design Bookmark kedua aku ni.. Untuk Bookmark kedua ni juga aku menggunakan khidmat Amera untuk mencantikkan lagi Bookmark ni.. Kertas yang aku pilih untuk bookmark kedua ni adalah kertas jenis matte...


Sticker

Okeh, untuk sticker aku design sendiri.. Hahaha simple kan.. Memang aku nak simple je sebab nak tampal dekat pamplet... Tak perlu cantik-cantik sangat kowt.. Simple tapi jelas.. Hiks..

Bookmark tu, ada diantara kengkawan yang dah aku hadiahkan untuk dorang sebagai cenderahati dari aku.. Kalau dorang baca buku bolehlah guna bookmark aku tu kan.. Hehe.. 

Kesimpulannya, aku memang berpuashati dengan service yang Gogoprint Malaysia berikan pada aku semasa membuat tempahan.. Paling best penghantaran adalah percuma hokeh dan barang sampai tepat pada masanya.. Lain kali mungkin aku akan kembali untuk menempah di Gogoprint lagi.. Insyallah.. 


Untuk maklumat lebih lanjut tentang Gogoprint atau
untuk sebarang tempahan, boleh la layari :-

Website
http://www.gogoprint.com.my/

Facebook
http://www.facebook.com/GogoprintMalaysia

Email
info@gogoprint.com.my

Contact No.
03-2856 0791


9 comments:

  1. Cantik gila. Rasa macam nak try je buat sticker sendiri.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya final look. Lepas ni kalau ada majlis yang nak pakai doorgift boleh la tempah sticker kat gogoprint je. Terbaikk la kak !

    ReplyDelete
  3. wah. cantiknyaa. boley try nty :)

    ReplyDelete
  4. Ehh saya baca entry akak pasal gogoprint haritu ye :3

    ReplyDelete
  5. Nextime buat sticker, bolehlah mrs pip try gogoprint..
    Ingat nak buat sticker untuk anak2 ...
    Thanks sharing.

    ReplyDelete
  6. Dah ramai blogger yang post citer yang menarik tentang gogoprint ni . CCL dah berapa kali terjah laman web gogoprint .murah bebenor.. teringin nak buat namecard ..tapi masih memikir design .hehe

    ReplyDelete
  7. Pandai Lea design sendiri... Nak design kena ada seni juga ni... bukan main print je kan...

    ReplyDelete
  8. Memang cantik sangat.. Sha suka dan fall in love gitu..

    ReplyDelete