Bidara vs Kundang

Assalamualaikum wbt..


Bidara vs Kundang  |  Tengok gambar saja dah membangkitkan selera tekak ni.. Hehe.. Rini aku nak cerita tentang buah yang tengah viral sekarang ni.. Kat mana-mana aje ada jerk post pasal buah-buah ni.. Harga pown boleh tahan jugak.. Mungkin tengah hangat di pasaran lah katakan.. Tu yang harga meninggi bangunan KLCC tu.. Hehe..

Korang pernah makan tak bebuah ni?

Sebelum ni dok mengidam dan mencarik buah mempelam kecik tetapi tak jugak ada.. Mungkin bukan musim agaknye... Jadinya, kite tukar pulak mengidam buah kundang.. Masam jugak kan.. Hehe.. Cam buah bidara tu, aku tak pernah lagi rasa.. Camne rasa pown aku tataw la.. Ada jugak orang panggil buah bidara dengan gelaran 'buah apple malaysia'.. Hehe.. Ada yang cakap rasanye lebih kurang buah apple jugak.. Aku pown tak pasti betul ke idok.. Kalau rupa tu ada la cam apple hijau tapi versi kecik.. Hiks..

Dekat Kuantan ni ramai jugak yang jual buah ni sebenarnya.. Cuma kena rajin tengok dekat fb Warga Kuantan.. Buah-buah ni agak rare.. Cepat kehabisan.. Kebetulan kawan opiz ada yang tengah mencarik buah bidara, aku pown pesan la sekali untuk tengok-tengok kowt-kowt ada buah kundang.. Alhamdulillah, ada.. Cuma harga meninggal sikit la.. Haha..

sumber : google
Bidara

Untuk buah bidara harga RM14 sekilo.. Kire okla kan.. Manakala buah kundang pulak dia dapat dengan harga RM45 sekilo.. Aku mintak dia belikan setengah kilo aje untuk aku.. Siap kene bayar dulu hokek sebab buah ni hot kata tukang jual tu.. Huhuhu.. Kalau kita cancel order makanya duit tersebut burn.. Mungkin buah ni susah nak dapat dan mahal kowt...

sumber : google
Kundang

Bayaran penuh dah dibuat tadi untuk booking Buah Kundang ni.. Insyaallah hari rabu nanti dapat.. Member aku akan pergi collect dengan penjual nanti.. Lahai kesian pulak kat kawan aku tu.. Susahkan dia aje.. Hanya tuhan aje dapat membalas jasa baik dia.. 

Pape pown tak sabar rasanya nak makan buah ni.. Haha.. 


11 comments on "Bidara vs Kundang"
  1. Mahal juga buah rare ni... saya tak pernah makan kedua-duanya...

    ReplyDelete
  2. ramai betul orang duk mencari buah bidara nie..

    ReplyDelete
  3. alahaii..terus terliur tengok kundang ni..serius tak pernah makan bidara ni..kudang je pernah..tu pun macam dah lama tak jumpa kundang..

    ReplyDelete
  4. Buah bidara tak pasti pernah makan ke tak. mungkin pernah. Tapi, buah kundang tu memang terbaik. Best sgt! :)

    ReplyDelete
  5. sedap buah bidara ni kalau nak cari banyak kat Padang Besar...mmg sedap dan rangup..ehh org tak preggy pun terliur tengok..hehe

    ReplyDelete
  6. Mahalnya lah buah kundang tu.
    akak tak pernah rasa lagi buah bidara, buah kundang tu pernahlah.

    ReplyDelete
  7. saya tak tahu pulak yang hijau tu panggil buah bidara. haha selama ni panggil kundang. sebab rumah saya baru je tumbangkan pokok ni. haha. adeh tak sangka semahal ni. tiap2 tahun makan ni.

    ReplyDelete
  8. Mahal betul buah Kundang tu...
    Sha baru je rasa buah bidara nie.. tapi yang dah dibuat jeruk asam.. yang originaliti tak rasa lagi..
    Kebetulan ada kawan opis beli,dia bagi rasa sikit..
    Sedap..

    ReplyDelete
  9. Kecuq liuq pulak tgk buah ni... nnti nk cari jugaklah... hehe

    ReplyDelete
  10. ha'ah buah bidara ni, tengah viral kat fb..comey je bentuk dia..tgk bentuk macam apple..

    ReplyDelete
  11. Antara buah fav saya kuga ni. Alhamdulillah pernah ade pengalaman kait buah bidara masa kecik2 dulu di kg. Buah kundang pon sama. Skrg rare sbb banyak pokok dah ditebang. Tapi, buah bidara ni, ade ditanam di pagar masjid taman saya tinggal skrg, sayang, buahnya xberkutip, thn lpas nampak siap gugur kat tanah. Orang tak tau makan ke ape. Sejak viral ni, lupa nak g jenguk.. Hihi

    ReplyDelete