Friso Gold Dengan Teknologi LocNutri Susu Terbaik Buat Qhaliff

Assalamualaikum wbt..

Friso Gold Dengan Teknologi LocNutri Susu Terbaik Buat Qhaliff  |  Hujung minggu lepas, semua adik beradik berkumpul di rumah mak aku.. Aku tak ketinggalan nak jugak turut sertakan.. Hehe.. Seronok bila ramai-ramai ni.. Macam-macam yang boleh disembangkan..Nak dijadikan cerita, adik beradik aku dok tegur, kenapa Qhaliff aktif sangat dan lebih besar dari anak mereka yang seusia Qhaliff.. Haha... Aku dah terbiasa dengan teguran tu.. Ramai yang dah tegur macam tu.. Kalau nak cakap pasal aktif, memang Qhaliff sangat aktif.. Rasanya setiap masa tak boleh duduk diam.. Ada saja bende yang dia nak buat.. Bagi memastikan Qhaliff sentiasa sihat, cergas dan aktif aku perlu pastikan anak aku sentiasa mendapat zat yang mencukupi mengikut keperluan usianya yang sedang membesar... Bagaimana tu?? Haaa ni nak cerita ni.. Baca ye.. Hiks..

Zaman sekarang tak macam zaman dulu.. Zaman sekarang pelbagai jenis makanan segera yang dok ada dijual kat pasaran.. Tak kira la untuk orang dewasa atau kanak-kanak.. Dengan makanan seperti ini lah membuatkan anak kita kurang zat bila mengambil makanan segera ni terlalu kerap.. Kengkadang aku sendiri pown terrrrrrbagi Qhaliff sikit makanan segera yang aku makan.. Haha.. Hadoiii Kecundang aku.. Jadi, untuk memastikan Qhaliff mendapatkan khasiat dan zat yang mencukupi, aku memilih susu Friso Gold untuk Qhaliff.. 



KENAPA AKU MEMILIH FRISO GOLD UNTUK QHALIFF?

Haaa korang nak tahu kenapa aku memilih Friso Gold untuk Qhaliff?? Meh aku stori mori kat korang semua.. Kalau korang nak tahu, Friso Gold 3 yang baru ni telah ditambah baik dengan teknologi LocNutri yang dirumuskan untuk memenuhi keperluan nutrisi si manja.. Selain tu, Friso Gold ini juga baik untuk penghadaman tau supaya anak kita kuat dari dalam.. Paling penting, Friso Gold 3 ni tidak mengandungi sukrosa hokek!! Selain itu, ianya membekalkan pelbagai nutrien penting yang diperlukan oleh Qhaliff seperti Vitamin B6, C, dan D, Selenium, GOS, Zat Besi, DHA & AA.

Mesti korang tertanya-tanya, apa LocNutri tu?? kan.. kan.. kan... Ngaku jerk laa.. Haha.. Meh aku kasi tau korang apa itu LocNutri..


APA ITU TEKNOLOGI LOCNUTRI?

Makanan sering diproses dalam suhu kepanasan yang tinggi. Ini menyebabkan struktur semula jadi protein menjadi rosak atau dihapuskan. Begitu juga dengan formula susu. Apabila protein rosak, ia sukar untuk diserap oleh usus dan ini boleh menyebabkan si manja mengalami masalah penghadaman, kembung perut, sembelit atau perut tidak selesa.

Teknologi LocNutri direka bentuk untuk menangani masalah ini.. Teknologi ini menggunakan hanya sedikit haba semasa proses penghasilan formula, agar protein dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dalam struktur asalnya. Nutrien kemudian boleh diserap secara efektif oleh badan. Protein memainkan peranan penting dalam penghasilan otot, kulit serta rambut. Ia juga menyokong sistem imun dan membantu dalam penghasilan antibodi, demi memastikan si manja sihat serta kuat dari dalam dan luar.. 

Apabila si manja mempunyai sistem penghadaman yang sihat, si manja boleh keluar meneroka bersama anda kerana dia lebih kuat dari dalam..

Aku sertakan sekali video ini untuk korang lebih tahu dan faham tentang Teknologi LocNutri ini..


Penghadaman yang baik sangat penting buat anak kita sebenarnya.. Ini bagi memastikan anak kita berasa kurang tertekan dan mempunyai lebih tenaga dan semangat untuk menikmati pelbagai aktiviti bersama kita sepanjang hari.. Selepas pengambilan susu Friso Gold ni, aku lihat sistem penghadaman Qhaliff semakin baik.. Alhamdulillah.. Tak perlu tengok dia terseksa lagi semasa membuang.. Hehe..


APA ISTIMEWANYA FRISO GOLD 3 INI?

Korang semua perlu tahu apa yang istimewanya susu Friso Gold 3 ni.. Ada beberapa sebab kenapa susu ni terlalu bagus untuk diberikan kepada anak kita.. Jom check..

1 Ladang Milik Sendiri

Susu berkualiti tinggi adalah titik permulaan bagi menghasilkan susu tepung yang berkualiti.. Jadi, Friso Gold bermula dengan sumbernya di negara Belanda dan datangnya dari ladang-ladang milik sendiri.. Mempunyai 19,000 ladang yang menggunakan kepakaran bidang tenusu selama 140 untuk mencipta persekitaran yang ideal bagi menghasilkan susu berkualiti tinggi..

2 Lembu Baka Tulen Yang Dilayani Seperti Keluarga

Lembu-lembu diberi makanan yang berkualiti supaya menghasilkan susu yang berkualiti.. Lembu-lembu juga diberi penjagaan yang terbaik  dan diberi nama yang tersendiri serta dijaga seperti keluarga.. Kolar elektronik dan tag unik digunakan untuk memantau status kesihatan setiap lembu..

3 Warisan Kepakaran Bidang Tenusu dari Generasi Ke Generasi

Semua peladang-peladang mempunyai jiwa peladang dan berbangga untuk terus membawa kepakaran Belanda dalam bidang tenusu dari generasi ke generasi.. Mereka juga menggabungkan kepakaran ini dengan sistem penyusuan dan pemantauan berteknologi tinggi bagi memastikan lembu mereka kekal sihat dan menjamin susu berkualiti tinggi..

4 Memelihara Kebaikan Alam Semula Jadi

Telah mencipta satu proses khas yang memelihara susu pada setiap langkah proses dan mengekalkan kebaikan di dalam formula susu.. Setiap proses adalah dalam kawalan, dari ladang hinggalah ke kilang.. Susu berkualiti tinggi dibawa dari ladang terus ke kilang di mana kebaikan dikekalkan untuk memberikan nutrisi yang diperlukan.

5 Kualiti Keutamaan Nombor 1

Memastikan susu berkualiti kekal berkhasiat memerlukan kawalan kualiti yang khas. Peladang-peladang yang penuh dedikasi memantau kesihatan dan kesejahteraan setiap lembu di ladang dan melengkapkan proses sepenuhnya di Belanda kerana di sana mempunyai kawalan sepenuhnya untuk menjejak perjalanan penghasilan setiap tin susu tepung Friso Gold.

Kemain lagik dia.. Nak simpan tak nak kasi..

Banyakkan keistimewaan yang ada pada susu Friso Gold ni.. Tak hairanlah ramai ibu bapa yang memilih susu friso Gold ini sebagai makanan tambahan anak mereka.. Sepertimana yang korang sendiri tahu, kat pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis susu formula di jual.. Untuk memilihnya, bergantung kepada keserasian dan penerimaan anak kita terhadap susu yang kita pilih.. Macam biasa, kalau nak kasi apa-apa dekat Qhaliff, harusss umminya yang rasa dulu.. Tak kira la apa jua.. Makanan ke, air ke, susu ke.. Yela, nak tahu juga bagaimana rasanya kan.. Sedap ke tidak ke kan..

Begitu jugalah dengan Susu Friso Gold 3 ni.. Akulah yang rasa dulu sebelum Qhaliff.. Aku suka rasanya.. Sedap.. Patutlah, kali pertama aku bagi Qhaliff minum susu Friso Gold ni, dia tak tolak sebaliknya menghabiskannya dengan penuh bergaya.. Gituuu!!

Nikmati kesedapan Friso Gold sambil pintal rambut

Sungguhpun begitu, kerisauan tetap ada.. Risau kenapa pulak aku ni?? Yela, risau kot-kot tak serasi pulak susu ni dengan Qhaliff.. Biasanya kalau susu tak serasi, akan berlaku cirit birit, muntah-muntah atau perut kembung.. Alhamdulillah, Friso Gold serasi dengan perut Qhaliff kerana semua tanda-tanda tersebut tak berlaku padanya.. Hehe.. Satu lagi yang aku perasan, setelah Qhaliff consume Friso Gold ni, penghadaman dia sangat baik.. Tak mudah mengalami sembelit.. Kalau tak sebelum ni selalu sangat terkena sembelit.. Sekarang dia membuang setiap hari.. Seperti yang aku nyatakan sebelum ni, penghadaman yang baik sangat perlu bagi tumbesaran anak kita..

Ohh, satu lagi yang aku suka tentang Friso Gold ni.. Kalau korang nak tahu, Friso Gold adalah satu-satunya produk susu formula yang menggunakan Protection Lid.. Dengan adanya Protection Lid ni, kebersihan lebih terjamin dan lebih mudah berbanding penutup yang sebelum ini.. Kalau korang tak berapa nak faham apa yang aku maksudkan, boleh rujuk gambar dan video kat bawah ni ye..





Bagi aku, susu Friso Gold ni sangat bagus untuk Qhaliff.. Sebab itu aku bertukar kepada Friso Gold.. Segala khasiat yang diperlukan oleh Qhaliff ada didalam Friso Gold.. Korang pown mesti teruja kan.. Hehe...

Korang kalau shopping susu formula anak korang kat mane ye? Macam aku, kalau nak shopping susu formula atau pown pampers mesti cari online shop yang tengah buat sale gile-gile.. Kebiasaannya aku akan usha dekat Lazada.. Tapi sekarang ada satu tempat lagi yang biasa aku usha.. Nak tau kat mana?? Di laman web Motherhood. Kat sana macam-macam barang yang berkaitan dengan anak sehinggalah kepada ibu ada dijual.. Kalau masuk laman web Motherhood ni, mesti susah nak keluar.. Haha.. Rambang mata dibuatnya terutama time sale.. Korang cuba la terjah laman web Motherhood ni, Mane tahu ada sale untuk susu Friso Gold ni.. Boleh lah memborong kan.. Aku dah borong dah baru ni.. Memang terbaik..

Untuk memudahkan korang untuk membuat terjahan, aku sertakan detail Motherhood ye kat bawah ni.. Selamat bershopping...!!


MOTHERHOOD

Laman Web

Facebook

Instagram

Youtube

Email
hi@motherhood.com.my

Contact No.
03-2721 4870


3 comments on "Friso Gold Dengan Teknologi LocNutri Susu Terbaik Buat Qhaliff"
  1. mmg budak2 suka Friso Gold ni..mmg terbaik utk penghadaman anak dan utk tumbesaran..

    ReplyDelete
  2. kita tgk pun sedap rasa cam nak jgk..haha

    ReplyDelete