Doodle Mat Drawing board Hasil Tuaian Drypers Point

Assalamualaikum wbt

Doodle Mat Drawing board Hasil Tuaian Drypers Point  |  Cerita tahun lepas di bawa ke tahun ini.. Huhu.. Akhir tahun lepas, aku ada tebus drypers point.. Agak lama juga aku dok kumpul point sehinggalah akhir tahun lepas baru aku tebus.. Kalau rumah tu, dah berlumut lamanya.. Hehe.. Bukan apa, aku ada sasaran barang tebusan.. Tu sebab aku kumpul dalam masa yang lama.. Nak tau aku tebus apa tak?? Jom tengok..


Doodle Mat dan Drawing Board... 2 barang sekali aku tebus.. Eceli, kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama.. Tetapi yang Doodle Mat tu lebih selamat untuk kanak-kanak 24 bulan dan keatas.. Qhaliff dah menghampiri 2 tahun, so dah boleh la menggunakan Doodle Mat ni.. 

500 points diperlukan untuk tebus Doodle Mat

Drawing Board perlu sebanyak 2550 points


Drawing board pula sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun keatas.. Jadinya, yang drawing board tu aku simpan dulu.. Nanti Qhaliff dah hampir dengan 3  tahun usianya, baru aku start bagi dia guna.. Aku lebih suka belikan sesuatu mainan yang berunsurkan pendidikan buat Qhaliff.. Dia sedang membesar dan sedar belajar perlu untuk dia explore permainan yang berunsurkan pendidikan.. Cewahh.. Dah macam pakar kanak-kanak jerk aku ni.. Haha..

Doodle Mat

Doodle Mat ni ada pen sebenarnya.. Tapinya, tataw la kat mane si Qhaliff dah sorokkan pennya.. Pen untuk Doodle Mat ni, hanya perlu isi air aje didalamnya.. Lepas tu dah boleh guna... Boleh conteng-conteng atas Mat tu.. Bila Mat basah, kelihatanlah warna-warna dibawahnya mengikut contengan.. Senangkan.. 

Drawing Board

Untuk Drawing Board ni pulak, juga ada sebatang pen disediakan.. Hujung pen tu ada mata besi yang membolehkan si kecik menconteng di atas board tersebut.. Hurmm mungkin sebab mata besi tu la kowt, Drawing Board ni hanya sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun keatas.. Hehe..

Banyak lagi sebenarnya barang yang boleh di tebus mengikut jumlah point yang kita ada... Kalau anak korang pengguna Drypers, bolehlah mendaftar di Drypers Baby Club untuk korang kumpul point drypers yang korang beli.. Rugi tak kumpul tau.. Sekurang-kurangnya kita boleh tebus mainan buat si manja.. Untuk lihat barang apa yang boleh ditebus, korang boleh lihat di Drypers Point Shop... Banyak lagi barang yang boleh ditebus termasuklah pampers juga boleh ditebus.. Bestkan.. Hehe..

Jom daftar sekarang..

16 comments on "Doodle Mat Drawing board Hasil Tuaian Drypers Point"
  1. mmg best benda ni..
    mak budak pun excited nak main ..hehhe




    jom join 1st giveaway MG kat blog baru :)
    http://perempuanrongak.blogspot.my/2017/01/1st-giveaway-nak-bagi-shampoo-santan.html

    ReplyDelete
  2. sambil membeli kita dpat point. tu yang seronok tu. tapi kena sabar tunggu sampai capai target kan. hehe

    ReplyDelete
  3. best..kalau yang ni, saya pun suka..hehe..

    ReplyDelete
  4. Kinah pun cadangnya nak tebus doodle mat tu.tunggu cukup point dlu

    ReplyDelete
  5. Berbaloi kumpul points dapat redeem macam2 kan,..

    ReplyDelete
  6. rasa semngat bile kite beli sambil dpt point kan ^^

    http://www.syahirahvaliant.com/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete
  7. Tebus.. jgn tak tebus.. kalender dia cantik Lea..

    ReplyDelete
  8. anak2 sy pun suka conteng2 atas doodle mat ni.

    ReplyDelete
  9. sesuai untuk menconteng,,
    aisyah saya punya dah pecah

    ReplyDelete
  10. drypers mcm2 boleh tebus ek.. mamipoko takde plak mcm nie..

    ReplyDelete
  11. wahhh..best ni
    sy pun suka kumpul point kalau membeli barang :)

    ReplyDelete
  12. Saya pun sempat tebus mainan dulu masa anak kecik2... la ni semua dah besar tak pakai pampers dah.. makin menarik barang2 yang boleh redeem... hm, bila eh nak ada anak kecik lagi... hahahah

    ReplyDelete
  13. Bagus macam ni, jimat duit... heheh. Barang yang di tebus pun boleh tahan menariknya.

    ReplyDelete
  14. Bestnya dapat tebus hadiah.. Btw, tahniah Lea sebab awak merupakan salah sorang top commentor jurnal saya.. Bleh baca citer kat sini ---> http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/01/top-commentor-disember-januari-2017.html

    ReplyDelete