2017 Money Saving Challenge.... Your Choice?

Assalamualaikum wbt..


2017 Money Saving Challenge.... Your Choice?  |  Kita dah pown melangkah ke tahun 2017.. Hari ni adalah hari pertama dalam tahun baru.. Maka bermulalah kalender baru dalam hidup kita.. Terlalu laju masa berlalu kini.. Sehingga terasa semakin singkat masa setiap hari yang dilalui.. Bumi semakin tua.. Kita pown setiap tahun akan meningkat ke usia yang semakin tua.. Sudahkah cukup ilmu ibadat kita didada untuk ke 'sana' nanti?? Huhu.. Moga kita diberi kesihatan yang baik untuk mengumpul sebanyak mungkin kebaikan didunia untuk ke sana nanti ye..

Ok, aku nak tanye uolls.. Tahun ini apa azam baru korang?? Ada tak terselit dicelah-celah senarai azam baru korang tu untuk MENABUNG?? hehe.. Kalau ada, Alhamdulillah.. Yelah kan, sekarang ni semuanya mahal.. Kena berjimat cermat dan menabung untuk masa depan..

Dalam entry aku yang terdahulu, aku ada upkan jadual menabung 52 minggu kan.. Baca kat sini >> Cabaran Tabung 52 Minggu  .. Kali ni, ada 3 lagi Jadual Money Saving Challenge untuk tahun 2017 nak aku kongsikan dengan korang semua.. Jadual-jadual ini aku perolehi dari facebook saudara Fendi Endy..


Rajin gile kowt saudara Fendi Endy ni buat jadual Money Saving Challenge ni.. Cantik pulak tu.. Sangat bermanfaat.. Ok, jom kita pakat tengok jadual yang dihasilkan oleh Saudara Fendi Endy ni.. 

sumber : SINI

2017 Money Saving 52 Week Challenge... Jadual ni sama dengan yang aku up sebelum ni.. Caranya sama tapi gambarnya berbeza.. Itu aje la.. Yang terdahulu, jadualnya berbentuk tabung dan yang ini berbentuk table.. Dua-dua cantik.. Cantik memang cantik, tapi boleh tak sahut cabaran 52 minggu ni?? Itu lebih penting sebenarnya.. Hehe.. 



sumber : SINI

2017 Money Saving 26 Week Challenge.. Jadual ni pula hanya 26 minggu sahaja.. Jumlah simpanan gandaan RM2.. Minggu pertama korang kena menabung sebanyak RM2 dan minggu seterusnya jumlah simpanan akan bertambah RM2 setiap minggu.. Hehe.. Minggu last tu nampak macam pedih sikit kowt.. Kikiki.. Boleh ke cabar diri korang?? Ahakz..





sumber : SINI

2017 Money Saving 12 Month Challenge.. Yang ni mengikut bulan.. Aku rasa yang ni lebih mudah untuk dilaksanakan kowt.. Haha.. Mane tak mudahnye, dapat gaji terus simpan siap-siap RM25 untuk bulan pertama tu.. Bulan seterusnya gandaan sebanyak RM25 juga sehingga bulan Jun.. Start bulan Julai, jumlahnya mula menurun pula sebanyak RM25 setiap bulan.. Sampailah bulan Disember.. Huhuhu.. Mudah woiii yang ni.. Ekeke.. Akhir tahun dapat jumlah terkumpul sebanyak RM 1,050.. Ok la pada tak de langsungkan.. Hiks.. Korang pown mesti nak pilih yang ni jugak kan.. Malu-malu lak nak mengaku... hehe!!




sumber : SINI


2017 Money Challenge For Kids.. Ini jadual untuk simpanan anak kita... Aku rasa cam nak sahut cabaran yang ni untuk anak aku... Sekurang-kurangnya, ada duit tambahan untuk simpanan dia pada akhir tahun nanti.. Korang pown boleh la buat untuk anak korang juga.. Tapi kalau yang anak ramai tu, buatlah mengikut kemampuan yek.. Yela, faham-faham saje lah zaman sekarang ni, duit sangat terhad.. Barang mahal.. Kang tak terkejar pula nak sahut cabaran ni.. 

Oklah, tu jerk aku nak kongsikan dengan korang.. Khas sempena tahun baru ni.. Kalau korang rasa mampu, korang buat la.. Kalau tak mampu, tak perlu la buat.. Aku cuma sekadar berkongsi sahaja.. Aku sendiri kalau buat pown mengikut kemampuan.. Mungkin aku akan pilih jadual mengikut bulan tu dan jadual untuk anak sahaja.. Itu ajelah yang mampu bagi aku.. Hehe

Selamat menyahut cabaran buat korang semua.. Selamat menyambut tahun baru juga.. Tahun 2017..


15 comments on "2017 Money Saving Challenge.... Your Choice?"
  1. Menarik sangat ni kak! Jom kita berusaha untuk saving! InshaAllah.. ;)

    ReplyDelete
  2. Terbaik. Challenge menabung boleh juga pelbagaikan cara. Cthnya cabaran si biru sehari (RM1), si hijau (RM5), si merah, (RM10). Duit syiling pula tak di pakai dan di simpan dalam tabung. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga cadangan tu eazaq... Boleh cuba.. Tp ritu lea cuba, tak berjaya.. Hahaha jiwa x kental.. Haduiii..

      Delete
  3. Cadangan terbaik Tn Eazaq..rasa nak cabar diri ini jugak utk tahun 2017...harap berjaya lah! huhu

    ReplyDelete
  4. Nak print yang gandaan rm2 tu lah
    Thank you share lea. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhh print.. Lea dah siap print dah.. Tapi yg bulan punye.. Hahaha

      Delete
  5. Seronok menabung ni kalau dh kerja. Hihi...

    ReplyDelete
  6. sgt membantu ni sis, terima kasih atas perkongsian menarik ni...

    ReplyDelete
  7. Sha pun rasa macam nak buat yang bulanan tu..
    Lagi mudah.. hehehe.. dapat gaji terus transfer ke akaun lain.. hehehe

    ReplyDelete