Tudung kanak-kanak

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan

Assalamualaikum wbt..


Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan  |  Sebuah lagi drama adaptasi dari novel bakal ditayangkan di Saluran Astro Ria dan Ria HD iaitu Isteri Tuan Ihsan... Drama ini akan bersiaran sebanyak 20 episod yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Amyra Rosli sebagai teraju utama drama ini.. 

Drama ini akan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dibawah terbitan Global Station Sdn. Bhd.. Novel Isteri Tuan Ihsan ini adalah hasil nukilan Sara Kyoko.. Haiss macam menarik aje novel ni.. Kena dapatkan ni... Jom tengok sinopsis drama ni..


SINOPSIS DRAMA ISTERI TUAN IHSAN

Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota.. Konjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman.. Demi melindungi rasa sedih, seroja berlagak selamba dan berani.. Seroja juga lantang dalam bersuara.. Tetapi yang pasti dia sangat nakal, manja dan keras kepala.. (semuanya cukup lengkap dan ada pada diri Seroja..

Tuan Ihsan Iskandar kerana keliru antara cinta dan teman, dia pergi jauh membawa hati yang kecewa dan membina kehidupan di kota London.. Tumpuannya hanya pada kerjaya, tidak pernah terlintas untuk jatuh cinta sehingga mencapai 47 tahun usianya...

Demi satu permintaan, Tuan Ihsan kembali ke Malaysia.. Demi sebuah amanah, dia dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang dipohon dapat dijaga olehnya selepas ibu Seroja meninggal dunia.. Ibu Seroja (Imaninah) adalah teman istimewa pada Tuan Ihsan.. Pada Umaninah, Tuan Ihsan sahaja yang boleh menjaga Seroja kerana Seroja sebatang kara.. Imaninah dibesarkan di rumah anak yatim dan keluarga ayah Seroja pula telah membuang mereka kerana Soleh berkahwin dengan bukan wanita pilihan keluarga.. Episod baru kehidupan Seroja bila tinggal di banglo mewah Tuan Ihsan bermula..

Hari pertama Seroja ke banglo Tuan IHsan.. Seroja memperkenalkan diri sebagai calon isteri Tuan Ihsan.. Kedegilan dan sikap suka melawan membuatkan Tuan Ihsan hampir sakit jantung.. Di dalam rumah ada peraturan ditetapkan tetapi Seroja susah untuk mendengar arahan Tuan Ihsan sehingga pembantu rumah turut dimarahi oleh Tuan Ihsan kerana kedegilan Seroja.. Tuan Ihsan yang digelar "Pakcik  Hot" pening dengan kerenah Seroja.. Seroja juga diberi seorang bodyguard yang bernama Yusri untuk memantau pergerakan Seroja..

Namun Seroja Irdina mempunyai aura yang kuat, sesiapa sahaja mudah jatuh sayang padanya.. Hadirnya di dalam banglo mewah Tuan Ihsan mengubah sunyi jadi gegak pempita, hambar jadi ceria, suasana menjadi meriah dengan gelak tawa, sehinggakan para pekerja banglo tersebut berpalings etia.. Tanpa pengetahuan Tuan Ihsan, Seroja mewujudkan applikasi group whatsapp Calon Isteri Tuan Ihsan.. Di situ mereka bercerita dan mengutuk Tuan Ihsan, projek dan pelbagai lagi..

Miskipun Tuan Ihsan dan Seroja kerap bertelagah apabila bersua muka, sebenarnya di hati masing-masing terbit satu rasa.. Memandangkan usia mereka yang terlalu ketara berbeza, Seroja tertanya, jatuh cintakah dia kepada Pakcik Hot tersebut? Sedangkan Tuan Ihsan pula keliru, apakah rasa didadanya itu dinamakan "CINTA".. Apabila sunyi yang dirasainya itu tandanya "RINDU"..??

Kehdairan Sr. Zaim, membuatkan Tuan Ihsan rasa cemburu dan rasa tercabar... Di tambah pula bila Dr. Zaim memberi amaran pada Tuan Ihsan agar tidak mengongkong Seroja... Tuan Ihsan terus merasa dirinya tercabar bila Seroja rapat dengan Dr. Zaim.. Dr. Zaim terlubat sebagi model projek kerja akhir Seroja.. Sebenarnya Seroja sengaja rapat dengan Dr.Zaim kerana dia cemburu melihat Hanani Jane (model kaki pensel 2B) yang bertujuan untu mengikis duit Tuan Ihsan..

Tuan Ihsan pergi berjumpa dengan Tan Sri Shamsuddin (Datuk Seroja) untuk meminta menjadi wali Seroja tetapi keegoaan Tan Sri enggan mewalikan Seroja kecuali Tuan Ihsan sanggup membayar 10 juta.. Soleh (ayah Seroja) mempunyai adik yang masih belajar di Rusia.. Dengan ini saja mereka boleh bernikah..

Perkahwinan yang dirancang menepati citarasa Tuan Ihsan.. Kini status aplikasi dalam whatsapp group bertukar kepada Isteri Tuan Ihsan.. Walaupun Tuan Ihsan lebih dewasa, gara-gara terlalu biasa bersendiri, kadang terlupa bagaimana menjaga hari wanita bergelar isteri selayaknya.. Seroja Irdina pula masih dengan jiwa mudanya, masih deng keras kepalanya, barannya tetap bersisa, adakalanya dia mahu dilayan bagaikan seorang puteri, dia mahukan suaminya meletakkannya sebagai 1st prioriti.. Jangan ada sebarang rahsia, dia mudah berburuk sangka..

Disangka Tan Sri Shamsuddin teru smenjulang keegoannya.. Masa berganti terlalu pantas.. Kehadiran cicit melembutkan hati Tan Sri Shamsuddin.. Pada mulanya keengganan Seroja memaafkan datuknya sendiri selepas dipujuk oleh suaminya yang kini Tan Sri Shamsuddin semakin uzur dimakan usia.. Persaudaraan yang terputus terjalins emula.. Seroja dan Tuan Ihsan bahagia.. Memang benar pepatah melayu berkata Cinta tidak mengenal usia..

Credit : Kepala Bergetar

************************

Jangan  lupa ye, saksikan nanti kesudahan drama Isteri Tuan Ihsan yang di adaptasikan dari sebuah novel karya asal Sara Kyoko yang akan bersiaran tidak lama lagi..




Wordless Wednesday #4 - Hanya Kerana Rupa

Assalamualaikum wbt..





Full comic..
#hanyakeranarupa

Kesinambungannya di SINI

sumber : google..
Credit : penulis & pelukis berkenaan


Tonton Cinta Roller Coaster Full Episod [2016]

Assalamualaikum wbt..


Tonton Cinta Roller Coaster Full Episod [2016]  |  Drama ni eceli dah pernah ditayangkan di Slot Dahlia pada bulan September yang lalu.. Dan kini diulang tayang siarannya.. Mungkin ada yang terlepas tontonan pada tayangan yang terdahulu, macam aku.. Haha.. Boleh la tonton siaran ulangan tersebut.. Masih di slot dahlia.. Hiks.,

Judul : Cinta Roller Coaster
Penerbit : Suhan Movies
Pengarah : Amor Rizan
Pelakon : Syazwan Zulkifli, Puteri Aishah, Adik Arissa, Nadzmi Adhwa, Natasha Elyzza, Azlan Mokhtar, Syafiq M. Nazri, DJ Nas-T dan ramai lagi..


*****************************

Sinopsis

Mengisahkan Syakir dan Ziany yang berkahwin pada usia muda.. Mereka melalui pelbagai suka duka dalam kehidupan berumahtangga selepas berkahwin sejurus tamatnya SPM.. Pelbagai masalah dan isu timbul sehingga mereka menyambung pengajian ke universiti.. Mereka bertemu dengan ramai sahabat antaranya Izat, Muzammil, Athirah dan ramai lagi yang masing-masing mempunyai kisah hidup tersendiri..

*****************************

Sinopsisnya agak menarik.. Aku baru tengok episod 1.. Lepas ni boleh la tengok terus secara online.. Tak payahlah tertunggu-tunggu siaran kat tv.. Hehe.. kalau korang nak tengok full episod drama ni boleh klik pada pautan di bawah ni ye...


Jom Tonton FULL EPISOD Drama



Credit : Kepala Bergetar


5 Cara Awal Bagi Wanita Untuk Belajar Menutup Aurat

Assalamualaikum wbt..

5 Cara Awal Bagi Wanita Untuk Belajar Menutup Aurat  |  Pagi ni tergerak hati nak kongsikan dengan korang tentang bagaimana cara awal bagi wanita-wanita belajar untuk menutup aurat.. Kirenya macam langkah permulaan la bagi mereka yang nak belajar menutup aurat.. Step by step.. Baru istiqamah.. Moga ianya dapat membantu korang dan juga aku.. Aku pown masih dalam pembelajaran.. Moga aku pown istiqamah.. Doakan aku juga ye.. Hehe.. Kalau ada salah dalam mana-mana perkongsian aku, silalah tegur secara berhemah ye.. Jom tengok apakah cara-caranya... 







Aku dapat info ni dari google.. Credit kepada yang melukis 'komik indah' ini.. Semoga dengan perkongsian ini, beliau juga mendapat kebaikan daripadanya.. :)


Tonton Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-7

Assalamualaikum wbt..


Tonton Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-7  | Siapa tengok Konsert Separuh Akhir Semalam?? Perghhh berdebar gile kowt semalam time keputusan diumumkan... Aku paling risau bila time Ameng perform.. Haissss risau dia lupa lirik lagik.. Alhamdulillah, dia buat persembahan dengan baik.. Hiks.. Nampak sangatkan team Ameng.. Haha..


SIAPA YANG TERSINGKIR DI KONSERT SEPARUH AKHIR GEGAR VAGANZA 3??


Alhamdulillah kerana Ameng, Zarul dan Gmie layak ke peringkat akhir... Hepi sangat.. Hehe.. Pada malam Konsert Separuh Akhir semalam, peserta yang tersingkir adalah Nora.. 


Anugerah khas semalam dibuat khas untuk kelab peminat.. Kelab peminat mana yang havoc akan memenangi Anugerah Khas dari Dato' Sri Vida iaitu Anugerah Kelab Peminat Paling Menyengat.. Peserta dapat hadiah, kelab peminat juga dapat hadiah.. Gileee best ohh!!

Siapa yang menang hadiah tersebut?? Hehe.. GMIE la siapa lagik.. Kelab Peminat GMIE paling havoc malam tu.. So, layak lah dorang menang.. Siap bawah jam dinding tu peminat-peminat dia sebagai simbolik untuk lagi Andai Dapat Ku Undur Masa.... Gempak gitu...!!


SENARAI LAGU KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZA 3

Konsert Akhir Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-8
Tema  :  -
Tarikh : 04 Disember 2016 (Ahad)

  AMENG - Bougenvilla & Romantis
  AZHARINA - Mama Aku Ingin Pulang & Izinkanlah
  GMIE - Bila Bulan Berwarna Biru & Salam Terakhir
  INTAN SARAFINA - Sedetik Lebih & Kemelut Di Muara Kasih
  SITI SARAH - I Will Always Love You & Matahariku
  ZARUL - Gerhana & Dendangan Laguku

Lagu Pengacara GV3 Konsert Final

JIHAN & NABIL - Polaroid ( Sakura Band )

Kalau korang belum tengok lagi konsert semalam yang mantap meletop tu, bolehlah tonton video yang aku up kat bawah ni...

Jom Tonton
KONSERT SEPARUH AKHIR GEGAR VAGANZA 3




Peserta Yang Layak Ke Konsert Akhir Gegar Vaganza 3

Assalamualaikum wbt..

Peserta Yang Layak Ke Konsert Akhir Gegar Vaganza 3  |  Semalam telah berlangsung konsert separuh akhir gegar vaganza 3 yang menampilkan 7 orang peserta yang masing-masing membuat persembahan yang mantap di konsert tersebut..

Siapa yang berjaya mara ke peringkat akhir?? Jom sama-sama kita tengok..

Peserta yang mara ke Konsert Final Gegar Vaganza 3

6 peserta telah mara ke Konsert Akhir Gegar Vaganza 3 dan akan membawa 2 buah lagu di Konsert Akhir tersebut.. Tak sabar nak tengok dorang berentap di pentas akhir nanti.. Siapalah agaknye yang akan menjadi juara yek.. Hehe.. Sama-sama lah kite nantikan ye pada 04 Disember 2016 nanti.. Jom tengok lagu apa dorang akan bawa nanti..

Bougenvilla & Romantis
( Spring )

Mama Aku Ingin Pulang & Izinkanlah
( Nike Ardilla )

Bila Bulan Berwarna Biru & Salam Terakhir
( Arab ft Aidit & Sudirman )

Sedetik Lebih & Kemelut Dimuara Kasih
( Anuar Zain & Ziana Zain )

I Will Always Love You & Matahariku
( Whitney Houstan & Agnes Monica )

Gerhana & Dendangan Laguku
( Kembara & Carefree )



Merawat Asma Dengan Minyak Herba Asma Mujarab

Assalamualaikum wbt

Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma Paling Berkesan | Asma merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan pengucupan seluran pernafasan... Orang yang mengalami asma akan menunjukkan beberapa tanda atau gejala tertentu seperti pernafasan yang berbunyi seperti orang bersiul, terutama apabila pesakit menghembuskan nafasnya.. Namun, serangan asma yang dialami tidak sama pada setiap individu. Ada yang hanya mengalami sedikit rasa sesak nafas dan ada pula mungkin mengalami sesak nafas yang berat setiap hari. Ada juga beberapa pesakit asma mengalaminya dalam masa yang singkat, namun ada pula yang mengalami secara berterusan untuk beberapa hari lamanya. Selain itu ada pesakit yang mengalami keadaan yang mencemaskan namun yang lain hanya mengalami sedikit gangguan nafas sesekali.

Bagaimana nak mengatasi asma ni??

Haaa korang dah tak perlu risau lagi, sekarang dah ada minyak herba yang mampu mengubati asma.. Bukan asma sahaja yang mampu diubati malahan pelbagai penyakit lagi... 


MINYAK HERBA ASMA MUJARAB


Minyak Herba Asma Mujarab ialah minyak yang diperbuat 100% daripada bahan semulajadi seperti Minyak Zaitun, Minyak Kelapa Dara, Habbatussauda dan juga herba-herba terpilih. Minyak ini juga dijamin selamat untuk digunakan oleh bayi sehinggalah orang dewasa.. Selain dapat mengubati asma minyak ini juga mujarab untuk :-
  • Batuk
  • Lelah/semput
  • Menghilangkan kembung perut
  • Sakit perut
  • Luka
  • Terkena Api
  • Digigit binatang berbisa
  • Sakit gigi
  • Terseliuh
  • Dan lain-lain lagi

Cara menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab 
  • Sebelum guna goncang dulu yee..
  • Tebuk lubang pada penutup dalam minyak supaya senang digunakan dan bolehlah jimat dengan saiz tebukan yang sederhana..
  • Sapu dari leher ke dada dan tengkuk ke belakang. 
  • Sapu sekerap yang mungkin terutamanya selepas mandi. 
  • Guna dengan konsisten ye.. Jangan sekadar 'angat-angat tahi ayam' aje kata orang-orang tua dulu.. Kalau tak berkesan mula la salahkan minyak.. hehe..

Pengalaman menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab

Alhamdulillah anak aku Qhaliff bukanlah seorang yang mengidap penyakit asma.. Walaupun begitu, aku tetap menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab ini bagi keperluan lain.. Kebiasaannya aku gunakannya bila Qhaliff mengalami batuk, perut kembung, sakit perut dan luka.. Memang berkesan dan serasi dengan Qhaliff.. Qhaliff selalu sangat kembung perut.. Sebelum tidur aku mesti sapu dulu minyak ni dekat perut dia.. Baru lena tidur dia.. Kalau tak mesti merengek aje.. Alhamdulillah..

Jom tengok testimoni pengguna yang lain pula..


TESTIMONI PENGGUNA MINYAK HERBA ASMA MUJARAB








Ini beberapa testimoni yang korang boleh baca dan ramai dah menggunakan minyak ni ternyata berpuas hati dengan keberkesanan minyak ni.. Dengan izin ALLAH SWT... InsyaALLAH..


PASTIKAN YANG ORIGINAL BARU BELI

Kenapa perlu pastikan yang original baru beli?.. Haaaa korang jangan tak tahu ye, kalau dah produk laris macam goreng pisang panas dan mujarab pulak tu, mestilah ada yang mengambil kesempatan untuk meng-klon-kan produk tersebut.. Termasuklah Minyak Herba Asma Mujarab yang ohsem ni... Dah ada yang meng-klon-kannya yee.. Sebab tu aku tekankan kat sini, kalau korang nak beli kenalah PASTIKAN YANG ORIGINAL BARU BELI..!!!! Jom, aku cite lak tentang TIRUAN dan ORIGINAL nya..

Untuk mengenalpasti antara produk asli dan tiruan..

FAKE!!





Ciri-Ciri Minyak Herba Asma Mujarab TIRUAN
  • Tidak berkesan
  • Minyak berbau seperti asap rokok
  • Warna jernih
  • Cair
  • Tidak berangin
  • Menggunakn 'seal' berwarna jernih

ORIGINAL

Untuk mengetahui yang original, korang kena tonton video kat bawah ni.. Dalam video ni ada menerangkan ciri-ciri Minyak Herba Asma Mujarab yang original.. 




APA LAGI YANG KORANG KENE TAHU..!!

Minyak Herba Asma Mujarab ini tidak pernah diproses melalui kilang bertaraf GMP ye.. Kerana ramuan rahsianya adalah warisan turun temurun daripada seorang pakcik tua di sebuah kampung. Ianya diproses secara "HOMEMADE" sejak 40 tahun yang lalu...

Minyak Herba Asma Mujarab ini juga didaftarkan dibawah syarikt Enterprise (SSM) yang sudah 5 tahun ber-operasi secara onlin dan offline. Pihak Minyak Herba Asma Mujarab Original ini tidak pernah sama sekali didaftarkan dibawah  Minyak Herba Asma Mujarab SDN. BHD.

Okey, korang dah tahukan perbezaan antara TIRUAN dan ASLI kan.. So, lepas ni kalau nak beli PASTIKAN YANG ORI BARU BELI ye.. !! hiks..



HARGA
RM 39.00 
Tidak termasuk pos


Untuk keterangan lanjut :-

Laman Web : Herba Asma
Laman Web : Penawar Asma
Facebook : Penawar Semput, Lelah dan Asma

Contact No. :-

Pn. Nurul (Product Owner) : 017-623 9935

En. Hafis (Bhgn. Pemasaran) : 013-480 6787


Kemana sahaja pasti bersama Minyak Herba Asma Mujarab..!!



Segmen Bloglist #1 December ciklapunyabelogdotblogspotdotmy

Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Segmen Bloglist #1 December ciklapunyabelogdotblogspotdotmy   |  Lama tak join segmen maupun giveaway.. Seperti yang korang tahu, diri ini amat membizi sampai tak punya masa untuk menjengok blog kengkawan.. Inikan pula nak join segmen maupun giveaway kan.. Hehe..

Kali ni rasa terpanggil untuk menjoinkan diri dalam segmen bloglist yang blogger CikLa ni buat.. Sesambil buat job, sesambil curi peluang untuk join segmen.. Bak kata orang sambil menyelam, minum lah airnya sekali.. Gokk gokkk gokk kata Dato' Sri Vida.. 

Dengan lafaz bismillah, Lea Azleeya join segmen cikla ni.. Hiks..


Tarikh Tamat
30 November 2016
8 Malam



Tefal Manual Chopper Dari Lazada Memudahkan Kerja Di Dapur

Assalamualaikum wbt..


Tefal Manual Chopper Dari Lazada Memudahkan Kerja Di Dapur  |  Entry sebelum ni aku ada bersembangkan tentang Lazada Box Of Joy Sempena Online Revolution 2016.. Dalam kotak keriangan tersebut, aku dapat pelbagai barangan dan produk daripada Lazada.. Seronok bukan main bila dapat hadiah yang best cenggitu.. Dalam bebanyak barangan dalam kotak keriangan tu, yang paling aku admire adalah Tefal Manual Chopper.. Excited ko aku dapat bende alah ni.. Bukan ape, dah lama kowt aku nak beli bende ni.. Lastnya dapat hadiah pulak dari Lazada.. Ya ampunnn.. Terima kasih Lazada..

Jadinya, hari ni aku nak berkongsi dengan korang tentang keseronokan aku menggunakan bende ajaib ni di dapur.. Bende ajaib tu.. Haha... Ajaib la sebab boleh menghancurkan bebawang dengan sekelip mata tanpa menggunakan letrik.. Hah gituuu... Ko haddooo?? Haha.. Ok, jom ikut aku..


Tengahari tadi, mood memasak aku lain macam sikit.. Yelah, firstime nak guna Tefal Manual Chopper lah katakan.. Nak jugak merasai keajaiban bende alah ni.. Mudah ke tidak ke.. Haa.. Untuk Set Tefal Manual Chopper ni, terdapat 3 bende iaitu bekas, penutup dan bilah pisau.. Tajam ohh bilah pisau dia.. Seriau aku tadi.. 


Istimewanya Tefal Manual Chopper ni, bahagian bawahnya ada gelungan getah yang aku anak panahkan warna biru tu.. hehe.. "anti-slippering base".... So, bekas tak akan bergerak semasa kerja-kerja menchopper bawang dijalankan.. Cewahh.. Memang terbaikk... 


Bawang dah tersedia dan redha untuk dihancurkan.. Ahakz.. Untuk masak tengahari tadi, aku guna hanya sebiji bawang besar sahaja.. Sebab tu la korang nampak sikit tu.. Hehe.. Nak isi banyak pown ok, sebab bekas dia agak besar jugak la..  


Satu lagi istimewanya Tefal Manual Chopper ni ialah penutupnya akan dilock macam blander juga.. So, tak perlu risau penutup tercabut semasa menchop bawang.. Huhu.. Gile safety kan.. 


Yeahh dah tiba masanya untuk kite chop bawang tadi.. Lepas dah ready ditutup semua bagai, just letak aje kat bawah dan tarik.. Mudah kan... Kerja-kerja menarik pown mudah aje.. Tak guna tenaga sangat pown.. Sesambil makan roti aje boleh tarik... Hehe.. Mudah dan hebat gituu...!!


Inilah hasilnya setelah 3 kali aku main tarik tali.. Hancoq semua bawang tadi... Mudahnya..!!

Dah siap hancurkan bawang barulah senang hati aku nak memasak.. Mata pown relax aje tak pedih dan berair macam selalu.. Dolu-dolu, bila memasak aje mesti berair mata-mata dok kupas dan cincang bawang.. Sekarang tak lagi dengan adanya Tefal Manual Chopper ni.. Segalanya mudah.. Mood memasak kembali bersinar gitu.. 

LAGI TENTANG TEFAL MANUAL CHOPPER..!!


Ohh aku tak cerita tadi yek satu lagi.. Tefal Manual Chopper ni mudah dibersihkan ye kerana bilah pisaunya boleh dicabut.. Jadi, kerja mencucinya jadi lebih mudah.. Takde lah korang tersagat jari jemari sendiri nanti.. Hehe..



Oklah.. Kalau korang nak juga merasai mudahnya kerja di dapur seperti aku, korang bolehlah mendapatkan Tefal Manual Chopper ni... Aku yakin, kerja-kerja di dapur korang akan lebih mudah dan senang.. Tak perlu berdrama airmata lagi dekat dapur tu.. Dengan Tefal Manual Chopper ni korang dah boleh save air mata korang tau.. Haha..!!

Kat mana nak dapatkan Tefal Manual Tefal ni?? Dekat mana lagi kalau bukan di LAZADA... Sekarang masih berlangsung sale Online Revolution.. Ada potongan harga yang berbaloi-baloi.. Rugi kalau tak beli sekarang.. So, ape tunggu lagi.. Jom serbu laman web LAZADA sekarang...

Segalanya ada di Lazada...

"INGAT SHOPPING INGAT LAZADA"

ENJOY SHOPPING WITH LAZADA MALAYSIA!!