Tragedi Kasut Putus

Wednesday, December 14, 2016

Assalamualaikum wbt..

Tragedi Kasut Putus |  Throwback cerita awal bulan lalu.. Korang pernah tak mengalami kasut putus disaat-saat akhir sesebuah majlis nak bermula.. Hadoiiii.. Mak mengalaminya nakkk oiii awal bulan baru ni.. Rasa nak menangis pown adoooo..

Nak dijadikan cerita.. Aku terpilih menyertai Sukan Jabatan aku peringkat kebangsaan baru-baru ni.. Haiss susah bebenoo nak taip tajuk sukan tersebut.. Alkesahnya tak nak show nama jabatan.. Itulah natijahnya, nama sukan pown dah berbelit-belit.. Haha.. Kisahnya lagi disini, aku dipaksa rela untuk memegang playcard semasa perbarisan.. Aku yang mewakili negeri pahang ni, buatlah persiapan mana patut untuk hari perbarisan tersebut.. Pakaian dah sah-sahlah lain dari yang lain.. Peserta perbarisan pakai trek suit.. Aku memang tak boleh lah nak pakai trek suit time tu.. 


Hari perbarisan adalah hari Jumaat.. Selepas solat jumaat lebih kurang dalam pukul 3.00 petang, semua peserta diminta untuk berkumpul di padang mengikut kontinjen masing-masing.. Aku ni dah bersiap-siaplah dan ready untuk turun dari bilik asrama ke padang... Oh lupa, Sukan tersebut diadakan di INSPEN, Bangi.. Maka kami memang menginap di asrama pelajar.... Hehe..

Tragedinya bermula semasa turun lift.. Keluar aje pada lift dan aku melangkah keluar, time tu la tapak kasut aku tercabut.. Huwaaaaaa... Haruuu wehhh time tu.. Aku pown naik la balik nak amek selipar jepun aku dekat bilik asrama.. Hahaha.. Gile betul la.. Naik aje sampai tingkat atas, pappp!! tali kasut pulak putus.. Lagikk la haruuu.. kikiki.. Lastnya aku jalan kaki ayam ke bilik asrama.. Haiss.. Kasut tersebut aku dah campak dalam tong sampah dek kerana terlalu frust.. Lupa nak amek gambar kasut.. HIks..

Kasut tu sebenarnya dah lama tak dipakai.. Beli ritu, pakai sekali aje dan terus simpan.. Dek terlalu lama tak digunakan lah kowt, maka kasut tersebut tercabut satu persatu.. Haiss..  Teruk!!


Nampak tak kasut yang aku pakai tu?? Hehe.. tu kasut pinjam hokeh!!.. Nak tahu aku dapat dekat mana kasut tu?? Haaa ni nak cerita ni..

Al kisahnya, otw pergi padang tu, aku skodeng la kaki-kaki penonton yang ada.. Mana tau kowt-kowt ada kasut cantik yang boleh aku pinjam.. Ahakz.. Tapi nan hadoooo.. Ramai yang berkasut sukan time tu.. Nama lagik hari sukan, mesti la pakai kasut sukan kan.. Lastnya aku buat keputusan, pakai aje la selipar jepun tu.. Lantak la orang nak cakap apa pown.. Ada aku kesah.. Haha..!!

Time aku dah menuju ke padang, terserempak pulak dengan Boss Besar aku.. Pengarah jabatan aku.. Dia tanya, dah nak ke padang ke?? Kami ia-kan aje la.. Sebab dia pown terlibat juga dengan perbarisan.. Dah kebetulan dia ada, aku pown apa lagik, tanya lah dia ada kasut cantik tak? Haha,, Dia cakap tak de, yang ada hanya kasut kerja.. Punyalah sporting bos aku tu, dia sama naik dengan kami dok cari kasut lain sebagai ganti.. 

Akhirnya aku dapat kasut cantik untuk dipakai.. Boss aku call member dia mintak pinjam kasut.. Alhamdulillah ada.. Sama saiz dengan aku.. Syukur sangat-sangat.. Segan gile aku.. Dah lah kasut kawan dia tu kasut mahal.. Hadoii.. Segan wehhh!! Nak tak nak pakai jugalah dah tak de pilihan lain dah.. Selesa bangat pakai kasut mahal ni.. Haha..Barulah aku boleh tersenyum dikala itewwww... TQ Allah.. TQ boss..

Keesokan harinya, aku tak punya aktiviti untuk dilakukan kerana aku terlibat dengan sukan bowling pada hari ahad.. So, hari sabtu tu aku curi masa untuk pergi beli kasut lain untuk dipakai semasa majlis makan malam nanti.. Aku jelajah Alamanda untuk cari kasut baru sesambil skodeng tempat bowling yang akan kami bertanding hari ahad nanti..

Dalam wishlist aku memang dah tersenarai sepasang kasut untuk dibeli.. Tapinya tak terbeli sehinggalah hari tersebut aku buat keputusan untuk membelinya.. Kebetulan pula warna yang aku nak ada dekat Alamanda.. 


Kasut yang aku idamkan.. Carlo Rino.. Warna yang aku nak adalah warna hitam aje.. Tapi di Kuantan takde pulak warna hitam.. Yang ada warna hijau dan merah.. Alhamdulillah, dekat Alamanda ada warna hitam.. Terus aje aku sambar.. Kasut untuk aku buat pergi kerja.. Ahakz..

Dah ada kasut, senang hati nak pergi majlis makan malam.. Yelah, kalau tak de kasut ni mahu aku pakai kasut sport atau selipar jepun aku tu.. Hehe.. Kire macam kasut penyelamat la ni..


Alomokkk.. cam gemok lak aku pakai tudung ni.. Hadoii.. Time majlis makan malam, untuk kontinjen pahang kami mengenakan t-shirt kuning ni dengan seluar slack.. Ada jerk yang pakai seluar jeans.. Sian member sebelah aku tu, dia nak pakai seluar jeans aku tak kasi.. Wahaha.. Manelah nak tahu dorang selamber jerk pakai jean.. Hiks.. Kontinjen Pahang paling menyerlah dengan pakaian berwarna kuning.. Ala-ala diraja gitu.. Tapi bos aku menggelarkan kami geng LEBAH.. haha.. Lebah di katanya kami.. Adessss...

Okelah.. abeh dah cite throwback aku pasal kasut putus.. Len kali aku cite agik ekk... 

Wa Chowww d0lu..!!


13 comments:

  1. untung dapat bos sporting. hehehe
    aqma singgah n follow sini~ jemput join my GA :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Kalau tak masak kena bebel.. hehe

      Delete
  2. Kasut tu cantik.. Sha suka design macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lea pown dah terlebih suka.. Tu yg beli tu.. Hahaha..

      Delete
  3. untung kasut tapak tercabut, kna dah dapat kasut baru ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalau tak tercabut pown harus beli jugak tu sbb dh ada dlm wishlist kan..

      Delete
  4. pernah jugak macam ni..last2 takda pilihan pakai selipar jepun jela..da tu je yg ada haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn.. Ritu kalau tak de pilihan memang dah redah jerk ngan selipooo jepun tu..

      Delete
  5. Bagus kasut tu..ringan kan? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah elih.. Ringan sangat.,., Selesa bangat ohh..

      Delete
  6. fuhh nasib da pyelamat of the day ! =)

    ReplyDelete
  7. cite ptus tali kasut ni mek pernah alami time konvo spm --' time naik pentas tu jugak putusnya ! mengheret kaki mek time turun. bongok betul kasut tu. carlo rino jugak. sakit pulak hati kita

    ReplyDelete