Tonton Drama Lara Aishah Full Episod [2016]

Friday, December 9, 2016

Assalamualaikum wbt..


Tonton Drama Lara Aishah Full Episod [2016]  |  Holaaa..!! Dah berzaman kowt drama ni ditayangkan.. Aku pulak baru nak sedar akan kewujudan drama ni.. Hehe.. Adalah tengok beberapa kali dekat Astro Ria tapi tak bersungguh.. Sehinggalah tertonton satu episod tu, tak ingat episod yang keberapa, aku terus tertarik nak tahu jalan cerita drama ni dari mula.. Dah mulalah kerja-kerja meng-google drama ni dijalankan.. Ahakz.. Alang-alang dah jumpe port baik untuk tonton drama ni, meh le aku kongsi jugak dengan korang.. Manelah tahukan kowt-kowt korang pown terrrrrrr macam aku jugak kan.. Hiks..

Drama Lara Aishah terbiatan Global Station Sdn. Bhd. ini sebenarnya dah ditayangkan di Astro Ria pada 29 Ogos 2016 yang lalu lagi.. Drama ini diarahkan oleh Muhamad Riza Baharudin dan skripnya ditulis oleh Adzim Shahabudin... 

Drama ini dibintangi oleh Fasha Sandha, Nazim Othman, Eizlan Yusof, Dian P.Ramlee, Shah Jaszle, Ainul Aishah, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Janet Khoo, Sasqia Dahuri, Zamarul Hisham, Wati Elite, Maria Farida, Shah Reza, Dayana Roza, Afzan Abdul Rahman, Fadil Dani, Mia Nasir dan Aedy Ashraf..

Dah tahu siapa yang berlakon, moh kite baca sinopsis drama ni pulak..



SINOPSIS DRAMA LARA AISHAH


Mengisahkan dua wanita iaitu Aishah yang berjuang menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya. Zurin dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu dirancang ibu mentuanya.



Apabila dibebaskan dia dapat tahu anaknya diculik ketika kecil masih hidup dan nekad untuk membalas dendam. Sementara itu, Aishah dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis itu. 



Pergaduhan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar, waris keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya mekanik yang miskin. Perkenalan itu membuahkan bibit cinta di antara mereka. Dalam masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha dan sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran bekas kekasih Aishah merumitkan lagi keadaan. 

Credit to http://www.kbergetar.com


Ok.. Dah boleh mula menonton..


Tonton Full Episod


Credit to http://www.kbergetar.com



Selamat Menonton!!




7 comments:

  1. Filem baru, tapi barisan pelakon lama..

    ReplyDelete
  2. dah semakin best cerita ni..mmg tak lepas peluang tengok..Fasha spt selalu mmg cantik berganding dgn Nazim yg sweet...rugi kalau tak tengok..hehe

    ReplyDelete
  3. drama baru lagi.. alahai.. bila la dpt tgk semua drama melayu ni,

    ReplyDelete
  4. tgk ni masa kat ujung2 da.. Ju xbrapa fllw drama melayu sb balik ruma pun da lewat, abis masa kat dapur & layan karenah family. Tp tjoin tgk ni sb hsbnd sgt minat crita ni ! HAHAHA da tbalik pula

    ReplyDelete
  5. Drama nie best tapi tak sesuai tgk ngn bebudak.tapi sebab panjang sangat, tak kuasa sha nak ikut.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Kenapa x bole buka.. ada tempat lain boleh tengok

    ReplyDelete