Tonton Drama Biar Aku Jadi Penunggu Full Episod

Friday, December 30, 2016

Assalamualaikum wbt.


Tonton Drama Biar Aku Jadi Penunggu Full Episod  |  Nampaknya sekali lagi aku ketinggalan drama adaptasi terbaru di Slot Akasia TV3 iaitu Biar Aku Jadi Penunggu.. Asek tertinggal aje aku ni kan.. Drama ini mula ditayangkan pada 26 Disember 2016 dan akan bersiaran sebanyak 28 episod.. Banyak tu.. 

Biar Aku Jadi Penunggu.. Haiss tajuk kemain seram agik tu.. Nak jadi penunggu la pulak.. Hehe.. Tapi ni bukan cerita seram tau.. Novel ni aku belum pernah baca lagi.. Kalau dah di adaptasikan ke drama, harusss la laris nanti novel ni.. Mesti best novel ni kan.. Pulak lagik keluaran Kaki Novel.. Jom tengok siapa yang berlakon dalam drama ni..

Para Pelakon :-
  • Janna Nick sebagai Iffat
  • Ashraf Muslim sebagai Afeet
  • Oktovia Menrose sebagai Damia Hani
  • Shah Iskandar sebagai Fazree
  • Miera Lyana sebagai Hayati
  • Azah Azmi sebagai Afia
  • Lan Siro sebagai Lokman
  • Mahmod Ali Basha sebagai Dato' Azman
  • Wilma Mohamad sebagai Datin maimon

Sinopsis Drama


Biar Aku Jadi Penunggu mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick) yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. 

Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara. Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. 

Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki. Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. 

Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat. Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. 

Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji.

Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini. Namun, mampukah Afeef memujuk hati Ifaat yang telah dilukainya itu?



Credit to http://www.kbergetar.com




Tonton Drama Biar Aku Jadi Penunggu 


sumber foto : myinfotaip

Jom tonton drama
>> BIAR AKU JADI PENUNGGU FULL EPISOD <<


Selamat Menonton!!


5 comments:

  1. Drama ini akak follow tau..hihi

    ReplyDelete
  2. baca sinopsis macam best...tapi tak follow drama ni..kureng sikit dengan si ashrap tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Macam menarik.. suka Janna Nick.. tapi waktu tak best.. tak sempat tgk.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Pcl ikut je .. Apa yg best dan jadi tontonan family pcl join sekali.. Akhirnya terus terjebak sama..

    ReplyDelete