Sinopsis Novel Putera Multazam

Assalamualaikum wbt..


Sinopsis Novel Putera Multazam  |  Putera Multazam adalah novel hasil karya Ibnu Rijal.. Seorang penulis yang sangat aku kagumi.. Boleh dikatakan buku-buku yang ditulis oleh beliau dah aku baca... Kalau ada yang belum baca pown mungkin satu dua aje.. Hehe.. 

Sebenarnya novel ni dah lama kowt aku beli dan baca.. Aku pown tak berapa ingat dah jalan ceritanya macam mana.. Itu menandakan dah agak lama aku habis baca novel ni.. Hehe.. Tergerak hati aku hari ni nak up tentang novel ni sebab aku rindu nak baca buku hasil tulisan Ibnu Rijal lagi.. So, aku pilih novel Putera Multazam ni sebagai permulaan untuk aku kembali membaca karya Ibnu Rijal.. Hiks..

Kalau korang nak tahu.. Masa mula-mula aku belek buku ni, aku tak berminat sebenarnya untuk beli novel ni.. Dalam hati terdetik yang novel ni tak best... Tapi disebabkan penulisnya adalah saudara Ibnu Rijal, aku tekad untuk beli dan baca juga novel ni.. Bila dah baca novel ni, Alhamdulillah sungguh tak mengecewakan jalan ceritanya.. Novel ni best.. aku ulang NOVEL NI BEST!!!.. Haha.. Karya Ibnu Rijal tak pernah mengecewakan aku...

Insyaallah, aku akan baca balik novel ni nanti... Cerita yang penuh dengan pengajaran dan pengalaman.. Kalau korang adalah peminat novel, try la baca novel ni.. Novel ni berbentuk islamik... Bagi korang yang tak suka baca novel berbentuk islamik, cuba la baca novel ni.. Insyaallah, korang pasti akan menyukainya.. 

Okeh, sebelum aku ripit baca novel ni, jom ikut aku imbas balik sinopsis novel ni..


sumber pic : Blog Ibnu Rijal
.
.
SINOPSIS NOVEL 
PUTERA MULTAZAM


Multazam,
Seorang pemuda yang pulang ke kampung Muara Panjang setelah 20 tahun berkelana di bumi orang bagi menuntut ilmu.. Kepulangannya itu bersama sebuah kisah pengorbanan yang agung dan di sebalik namanya itu tersirat sebuah cerita hiba..

Perjuangan pemuda ini untuk membawa perubahan di Muara Panjang yang telah lama usang dan gersang dari syiar dan sinar, tak henti-henti dihujani halangan dan fitnah dari hati-hati yang khianat.. 

Adakah Multazam akan berjaya dalam perjuangannya itu? 

Dan...

Apakah kisah duka disebalik kepulangannya dan apakah yang ada di sebalik makna nama Multazam itu?



7 comments on "Sinopsis Novel Putera Multazam"