Fesyen Kaca Mata Hitam Pilihan Anda

Assalamualaikum wbt..

Kaca Mata Hitam Pilihan Anda  |  Wahh kemain bergaya lagik cik bulus pakai kaca mata hitam ekk.. Rasanya korang pown kalah kalau nak dibandingkan dengan cik bulus ni.. Haha.. Korang mesti ada pilihan korang sendirikan dalam memilik kaca mata yang sesuai untuk korang.. Mungkin juga korang adalah salah seorang penggemar kaca mata dan mempunyai koleksi kaca mata yang pelbagai jenis.. 

Aku sendiri kalau dulu memang mempunyai beberapa koleksi kaca mata.. Tapi dulu la.. Sekarang dah tak berminat lagi untuk bergaya dengan kaca mata seperti dulu.. Haha. Sekarang kalau pakai pown kerana nak lindung mata daripada cahaya matahari..

Di pasaran terdapat pelbagai jenis dan bentuk rekaan kaca mata hitam yang boleh dipadankan dengan gaya serta personaliti kita.. Bagi mereka yang bijak menggayakan kaca mata hitam mengikut bentuk muka dan jenis cermin mata unik dan luar biasa, pastinya mereka akan kelihatan lebih menyerlah..

Mari kita lihat beberapa jenis fesyen kaca mata hitam yang popular dan sering menjadi kegilaan ramai..

1 AVIATOR



Kaca mata jenis ini cukup ikonik di Amerika Syarikat.. Semuanya bermula apabila kaca mata ini direka khas bagi tentera udara yang memerlukan perlindungan terhadap mata sewaktu bertugas di awan biru..

Imej tentera udara mengenakan kaca mata aviator ini menjadi dambaan dan kini terus dikomersialkan.. Ia turut digunakan oleh kebanyakan selebriti Hollywood seperti Tom Cruise, Val Kilmer dan ramai lagi..



2 CAT EYE


Cat Eye.. Fesyen kaca mata yang cukup popular di kalangan wanita.. Bentuknya menyerupai mata kucing memberikan imej seksi, sekaligus menyerlahkan sisi kewanitaan.. Mula popular pada tahun 50-an dan fesyen cat eye ini cukup digemari oleh selebriti Marilyn Monroe..



3 RETRO

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek zaman.. Begitulah perumpamaan kepada gaya kaca mata hitam jenis retro ni.. Kaca mata bersaiz besar ini memberikan gaya yang luar biasa kepada si pemakai.. Ianya pastinya mencuri tumpuan mereka yang melihat.. Gaya ini juga sesuai digayakan dengan pelbagai fesyen.. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak..



4 BULAT


Kaca mata jenis bulat ini sinonim dengan legenda muzik, John Lennon yang gemarkan gaya vintaj.. Bersaiz kecil dan berbentuk bulat.. Bingkainya diperbuat daripada logam dan sesuai dengan pelbagai bentuk muka.. 



5 SUKAN


Gaya ini khas buat mereka yang gemar bersukan atau berperwatakan lasak.. Selain tahan lasak, bentuk ini juga lebih praktikal Ciri khas juga dilengkapi bagi menepati sukan yang diceburi.. Contohnya, kaca mata polarized untuk menahan silau matahari..


Info 
PANDUAN MEMBELI KACA MATA HITAM

1 
Pastikan terlebih dahulu tujuan pembelian.. Adakah hanya sebagai pelengkap gaya atau untuk melakukan aktiviti di luar

2 
Pilih kaca mata yang 100% memberi perlindungan daripada sinar UV

3
Pilih ukuran bingkai kaca mata yang bersesuaian dengan bentuk wajah

4 
Berkenaan bahan bingkai kaca mata pula, pilih yang sesuai dan pastikan ianya selesa ketika dipakai..



6 comments on "Fesyen Kaca Mata Hitam Pilihan Anda"
  1. Suka tengok orang pakai..tapi tak ada untuk koleksi sendiri..hihihi..

    ReplyDelete
  2. tk pernah ade kaca mata yg sesuai dengan mek. semua mek pakai nampak cam s.jibeng --'

    ReplyDelete
  3. biasa spec hitam ni pakai kat kedai n buat giler2 dgn kawan snap gambo. tapi xdibeli hehe

    ReplyDelete
  4. tak sesuai sgt pakai spek kaca hitam ni, hihih x penah pakai lagi

    ReplyDelete
  5. Pernah pakai lea yang macam retro tu tapi jarang2 buat p ke pantai pakai ler kah kah kah

    ReplyDelete
  6. sebab dah kena pakai spek... so kebarangkalian nak pakai spek hitam itu rendah lah...

    ReplyDelete