Ciciko Datang Menjadi Peneman Adik

Assalamualaikum wbt..


Ciciko Datang Menjadi Peneman Adik |  Dah agak lama rasanya tak bercerita tentang kehidupan seharian.. Banyak yang nak diceritakan sebenarnya tapi keadaan yang tak mengizinkan menyebabkan cerita tersebut berlalu begitu sahaja tanpa di apdet di sini.. Huhu..

Seperti yang aku janjikan di-entry yang lalu, aku nak bercerita kucing peliharaan kami ni yang kami namakan sebagai Ciciko.. Hehe.. Entah macam manalah dapat nama ni.. Aku main bedal sebut aje.. Lastnya, terus aje guna nama tu..



Kalau korang nak tahu, Ciciko ni kucing terbuang.. Ibunya entah kemana.. Dia ditinggalkan oleh Ibunya selepas dilahirkan bersama seekor lagi beradiknya.. Hehe aku cerita dah macam cerita kisah manusia pulak ye.. Haha.. Ok, sambung lagi... Ciciko dan seekor lagi beradiknya dok melepak dekat rumah jiran aku ni meminta makan.. Jiran aku ni siap beli makanan untuk mereka.. Tak lama selepas itu, beradik ciciko tu mati dilanggar oleh jiran aku tu.. Jadinya, tinggallah Ciciko keseekoran tanpa teman lagi.. Hehe..

Nak dijadikan cerita, satu hari tu jiran aku  ni outstesen beberapa hari dan terbiarlah Ciciko tanpa makanan.. Dia pown datanglah meminta makanan kat umah aku pulak.. Time tu, encik somi baru balik kerja dalam pukul 11.30 malam.. Dia mengiaw macam nak retak rumah akibat kelaparan.. Ekeke... (tragis pulak rasa. hahaha).. Encik somi kesian, terus kasi makan..

Keesokan harinya, Ciciko masih ada di halaman rumah kami.. Keadaan dia sangat menyedihkan.. Dengan kurusnya.. Kusut masainya.. Kotornya.. Aku rasa dia mengalami cirit-birit sebab melihat keadaannya yang agak teruk tu.. Kerana kesian, kami ambil dia untuk di pelihara.. Boleh juga jadi teman sepermainan untuk Qhaliff.. Encik somi mandikan dan beri makan.. Aku bab-bab jaga kucing ni malas sikit.. So, encik somi yang uruskan semua.. Hehe.. Takat nak beli makanan ke ape, boleh la aku uruskan.. Nak mandikan ke jaga ke, memang tak lee.. Malas wehhhhh!!


Ni masa mula-mula kami ambil dia dan bersihkannya.. Terketar-ketar dan macam orang terkena parkinson aje gayanya... Kesian gile kowt... Syiok jerk dia dok lam selimut tebal.. Hehe.. Malam tu, kami dok fikir kat mana dia nak tidur.. Kang kalau lepas dalam rumah aje, mau dia berak merata.. Adehh tak sanggup mak nakkk!! Leh pengsan 5 hari..

Time dok fikir tu tetiba teringatkan Bos kecik aku.. Bos kecik a.k.a ketua bahagian tempat aku kerja a.k.a EO.. hehe.. EO aku tu memang seorang yang sayangkan kucing.. Banyak kucing yang dia pelihara.. Tapi semuanya kucing mahai-mahai lee.. Bukan kucing kampung.. Hiks.. Dia ada petshop.. So, aku pown call la dia kowt-kowt ada sangkar kucing yang boleh dipinjam.. (pinjam??) Yela pinjam dulukan, mane tau kejap jerk aku jaga kucing ni.. rugi pulak beli.. Kalau dah agak lama nak jaga boleh la aku bayar jerk sangkar tu nanti..

Agaknya nasib menyebelahi kami, EO cakap ada sangkar kecik untuk dipinjamkan kepada kami.. Alhamdulillah.. Terus la kami ke rumah dia untuk ambil sangkar tu.. Lega rasa.. Mungkin rezeki lagi malam tu, EO sedekah pulak makanan kucing.. Siap bagi susu kambing untuk ciciko cuba.. Kami beli juga pasir untuk ciciko membuang dengan EO.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar malam tu.. TQ sangat pada Eo aku tu sebab banyak membantu malam tu.. Hiks..


Bersepah sekali sangkarnya..

Makanan dan pasir ciciko

Hari-hari dok jaga makan dan kebersihannya, Ciciko semakin sihat dan sangat aktif... Semua pelik tengok kelincahan Ciciko.. Terlalu aktif.. Kalau ada tikus dalam rumah ni, harus dia kejar sampai dapat.. Hehe.. Habis kaki kami digigitnya.. Bak kata orang-orang tua dulu tu, 'menikus'.. Qhaliff pown dikejarnya.. Lari mencuat si kecik tu kene kejar..

Bila dah ada teman main ni, aku tengok Qhaliff lebih happy.. Seronok jerk.. Balik dari rumah pengasuh, terus cari Ciciko dalam bilik stor.. Nasib baik anak aku tak de alahan apa-apa pada kucing dan bulu kucing.. Kalau tak memang aku tak bela dah kucing...


Tika dan saat ni, Qhaliff sedang bercuti dengan pengasuhnya.. Pengasuh bawak dia balik kampung.. Lahai sunyi gile rumah ni tak de budak kecik tu.. Lambat betul dapat jumpa dia balik.. Seminggu.. Khamis ni dia baru balik.. Tu pown kalau balik khamis ni.. Silap-silap, sabtu baru dapat jumpa.. Alahaii!! Rasa lambat pula hari-hari berlalu bila Qhaliff tak de dengan aku.. Rindu bangat dengan dia.. Agaknya Ciciko pown rindu kowt dengan dia.. Haha..

Moh le kite tengok video Qhaliff dok bergurau senda dengan Ciciko..






10 comments on "Ciciko Datang Menjadi Peneman Adik"
  1. Alhamdulillah..pahala tersembunyi ni Lea...
    Seronok tengok Qhaliff dengan Ciciko bergurau..bff ni..sama2 kecil..sama2 baby lagi..hihi..

    ReplyDelete
  2. comelnya ciciko. kucing aina pun aina je peneman dia, adik beradik dia semua hilang

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah..Ciciko dah ditakdirkan bersama anda..ekek...

    ReplyDelete
  4. Alahai sedihnya cerita tu lea. Teringat zaman bela kucing dulu2. Lebih2 anak kucing ni lagi kesian dengar huu..kucing memang dia dok dgn manusia, tapi kita ni alasan tak nak bela kucing.. semmoga kucingn iaktif dan sihat.. pahala tuu lea ,, semoga lea pon dimurahkan rezeki.. mungkin ciciko dah banyak berdoa untuk lea :))).. dah versi sedih plak komen hii

    ReplyDelete