Cabaran 7 Hari Blogging #5 - Subjek Kegemaran

Assalamualaikum wbt..


Cabaran 7 Hari Blogging #5 - Subjek Kegemaran  |  Waduh-waduhh.. Kok nya lambat sekali up entry ini... Sering kelupaan sih.. Haisss, terkecek indonesia pulak.. Mentang-mentang la berurusan dengan orang indonesia siang tadi.. Hehe..

Okeh, berbalik pada tajuk utama kita.. SUBJEK KEGEMARAN?? Apakah?? Task kali ni, minta aku ceritakan tentang subjek kegemaran aku.. Hurmm agak susah ni.. Bageymana yaaa!!

Untuk membereskan task yang ke-5 ni, aku cerita la sikit tentang subjek kegemaran aku time skolah-skolah dolu.. Subjek ape ye aku suka snagat dulu.. Hurmm Hampir terlupa aku ni.. Almaklumlah dah lama tinggal sekolah.. 

Tak pe la.. Aku perah jugak otak aku untuk ingat.. Jom baca cerita pendek aku ni..

Time sekolah menengah dolu, subjek yang aku paling suka adalah subjek Bahasa Melayu.. Aku suka sangat buat karangan time sekolah dulu.. Seronok cari isi tersurat dan tersirat.. Memang best.. Dapat belajar perkataan-perkataan baru yang sering digunakan dalam sesebuah karangan yang baik dan berkualiti.. Ingat lagi time kami diberi tugasan untuk buat karangan.. Masa cikgu bagi markah dan ulas karangan kami, ada sorang kawan aku ni, cikgu puji karangan dia.. Dia gunakan perkataan yang sebelum ni memang kami tak pernah tahu dan tak pernah terlintas untuk diguna pakai dalam karangan yang kami buat.. Nak tahu perkataan ape?

"Dewasa ini,"

Itulah perkataan yang kami rasa sangat pelik dan unik yang digunakan oleh kawan aku tu dalam karangan nya!! Time tu aku tak ingat tingkatan berapa.. Kawan aku ni, kakak dia cikgu.. Tu sebab dia boleh guna pakai perkataan educated cenggitu.. Hehe.. 

Selain bahasa melayu, matematik pown aku suka.. Tapi malas lah dah aku nak cerita kat sini dan terlebih malas nak menaip dah.. Haha.. Jari jemariku dah keletihan.. Time to sleep..!! Jumpa esok lak ye.. Nite olls..~





5 comments on "Cabaran 7 Hari Blogging #5 - Subjek Kegemaran"
  1. Saya pun suka math, tapi add math tak suka. hahaha

    ReplyDelete
  2. dulu dulu suka jugak bahasa melayu sebab senang nak score hahahha =D

    ReplyDelete
  3. ooo bahasa melayu eh... subjek apa eh sy minat.. hmmm.. haha mcm xde pula..

    ReplyDelete
  4. Tak suka math.. Menyampah giler..
    Hahaha.. boleh camtu..

    ReplyDelete