8 Cara Menghabiskan Masa Bersama Anak-Anak

Assalamualaikum wbt..

8 Cara Menghabiskan Masa Bersama Anak-Anak  |  Kengkadang kalau hari cuti kita blur tak tahu nak buat aktiviti apa bersama anak-anak.. Kebanyakan bila hujung minggu hanya lepak santai depan tv atau anak mengadap tablet masing-masing tanpa mengisi masa terluang dengan aktiviti yang lebih berfaedah.. Bosan kan?? 

Di zaman serba mahal ni, aku rasa ramai mommy-mommy diluar sana yang berkerjaya kan.. Lagi la tak punya masa untuk anak-anak.. Bila hujung minggu, mesti nak siapkan kerja rumah pula.. Kemas rumah, memasak, cuci pakaian dan sebagainya.. Habis, bilanya nak luangkan masa bersama anak-anak?

Boleh sebenarnya.. Nak tau macam mana, jom baca seterusnya..


 1 Kemas Rumah Bersama

Dalam kehidupan seharian kita, banyak sebenarnya kerja rumah yang perlu dibereskan setiap hari... Bagi ibu yang bekerjaya, hujung minggulah masa yang sesuai untuk menguruskan rumahtangga.. Kadangkala masa untuk anak-anak pown tiada.. jadi untuk menghabiskan lebih masa bersama anak-anak, ajaklah mereka sama-sama melakukannya seperti menyapu sampah, mop lantai, lipat pakaian, bersih bilik air, siram pokok bunga dan sebagainya.. Cipta waktu untuk perbualan dan pengajaran yang lembut..



2 Memasak

Aktiviti memasak pula boleh dijadikan aktiviti yang menyeronokkan.. Mengajak mereka sama-sama membantu ketika memasak.. Berikan tugas-tugas yang bersesuaian dengan anak.. Atau boleh juga menugaskan setiap anak, sehari dalam seminggu untuk membantu untuk memasak.. Bagi anak yang dah besar la.. hehe.. Cara ini juga dapat memberikan mereka kemahiran, malah bermanfaat untuk mereka ketika mereka dewasa nanti...



3 Makan Bersama

Waktu makan adalah waktu kita berkumpul bersama anak-anak.. Ini adalah waktu yang tepat untuk percakapan yang berkualiti bersama mereka.. Malahan, ia antara perkara yang boleh dilakukan sekali dalam sehari..



4 Bermain

Bermain adalah kegemaran bagi kebanyakan kanak-kanak.. Setiap kali ada kelapangan masa, ajaklah mereka bermain bersama-sama.. Bagi mereka, ini bukan hanya soal bermain dan memang, tetapi sebaliknya ia adalah masa untuk kita duduk dan bergelak ketawa bersama...



5 Riadah

Melakukan riadah dapat membentuk gaya hidup yang sihat... Jadi, ajarlah anak tentang pentingnya beriadah walaupun sekadar beraktiviti yang santai.. Mereka pasti gembira melakukannya..



6 Mengaji atau membaca buku

Sepertimana yang kita tahu, mengaji dan membaca buku banyak sangat kebaikannya.. Jadi, galakkanlah anak mengaji dan membaca buku bersama-sama setiap kali ada masa terluang.. Apabila melakukan aktiviti ini, bolehlah saling bertukar cerita dan pandangan..



7 Berbelanja / Shopping

Sekali sekala ajaklah anak-anak berbelanja agar mereka merasakan mereka istimewa ketika anda meluangkan masa bersama mereka.. 



8 Luang sedikit masa sebelum anak tidur

Jika anak-anak sudah besar, ini bukanlah lagi menidurkan mereka tetapi situasinya masih sama.. Pergi ke bilik tidur mereka dan luangkanlah beberapa minit untuk berbicara dengan mereka agar mereka tahu yang kita pedulikan mereka.. 


4 comments on "8 Cara Menghabiskan Masa Bersama Anak-Anak"