Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-5

Monday, November 14, 2016

Assalamualaikum wbt..


Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-5  | Konsert Gegar Vaganza yang berlansung semalam sangat havoc kerana persembahan para peserta sangat mantap.. Rasanya juri pown pening kepala nak menilai para peserta pada malam tu.. Gile ko, semua best-best belaka..

Korang jangan pertikaikan yang Ameng lupa lirik ye..!! Haha.. Walaupown dia lupa lirik tapi persembahan dia malam tu sangatlah ohsem tahap maksima hokeh.. Rasanya cam lagi hebat dari penyanyi asal persembahan Ameng malam tu..

Okeh2.. Tamo cakap banyak, jom kite tengok sape yang tersingkir di Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu ke-5

PESERTA GEGAR VAGANZA YANG TERSINGKIR PADA MINGGU KE-5



Pada konsert semalam beliau telah menyampaikan lagu "Ratuku" penyanyi asalnya adalah penyanyi kesukaan aku Awie.. Nyanyian beliau juga mantap pada malam itu, tapi mungkin rezeki beliau di pentas Gegar Vaganza hanya setakat ini sahaja.. Moga diluar sana rezeki beliau lebih melimpah ruah.. InsyaAllah.. Beliau yang aku maksudkan adalah SHIDI DATA....


Untuk anugerah khas GV PERSEMBAHAN PENTAS PALING MENYENGAT dimenangi oleh Azharina.. Azharina menyanyikan lagu Berhenti Berharap nyanyian asal Shiela On 7.. Persembahan Azharina pada malam tu sangat berbeza dari pada biasa.. Dia memang layak untuk memenangi anugerah tersebut.. Bak kata Dato' Katty, "macam tengok persembahan konsert"... hehe..!!

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU KE-6

Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-6
Tema  :  Rock Dut ( Rock + Dangdut )
Tarikh : 20.11.2016 (Ahad)

  AMENG - Gali Lubang Tutup Lubang (Rhoma Irama)
  AZHARINA - Kejoraku Bersatu (Search)
  GMIE - Titian Perjalanan (XPDC)
  INTAN SARAFINA - Selamat Jalan Romeo (Ramlah Ram)
  NORA Bring Me To Life - Evanescence [ Lagu Asal Rindu - Amelina ]
  SITI SARAH - Senggol Senggolan Cubit-Cubitan (Mas Idayu)
  ZARUL - Fantasia Musim Cinta (Iwan)
  ZUR EDA - Ah Rindu Lagi (Amelina)

Lagu Pengacara GV3 Minggu Ke-6

JIHAN & NABIL - Pencuri Hati (Ayda Jebat)

Kalau korang belum tengok lagi konsert semalam yang mantap meletop tu, korang bolehlah klik link yang aku sertakan kat bawah ni ye.. Aku pown nak tonton balik.. Haha..!!


Jom Tonton

Credit : Kepala Bergetar


3 comments:

  1. Siti Sarah and Nabil Jihan :) waa, kemain dia org ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahun ni persaingan mantap-mantap..kak PC suka juga tengok persembahan mereka..tapi tak suka tengok penyingkiran..huhu...tapi itulah adat pertandingankan..dan lazimnya lepas penyingkiran mereka lebih dipandang..

    ReplyDelete
  3. Tiap minggu aida tgk.
    I ni kan otai :-)

    ReplyDelete